Gambar diatas adalah gambar yang disiarkan oleh media US yang menggambarkan bayi Beyonce serta Jay-Z iaitu Blue Ivy yang bermuka hodoh. Bagi Ceciter le, dorang semuanya sebenarnya dengki dan sengaja je sebab takde keje lain nk wat kot ...
Gambar yang ni lak digambarkan Blue Ivy cantik cam mak die..hehhee
Namun bekas anggota Destiny's Child, iaitu Michelle Williams telah tampil dan membuat kenyataan sekaligus menyangkal spekulasi segelintir pihak yang mengatakan anak sulung Beyonce Knowles dan suaminya Jay-Z iaitu Blue Ivy Carter berwajah hodoh.
Menurut Williams, anak rakan baiknya itu sangat cantik ketika dia melawat mereka baru-baru ini.
"Blue sangat cantik seperti ibunya dan memang tidak masuk akal apabila ada sesetengah pihak mendakwa anak pasangan ini hodoh," ujar Williams kepada Daily Mail.
Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kumpulan trio wanita popular ini, Kelly Rowland enggan mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai Blue yang lahir pada 7 Januari lalu kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan selebriti tersohor itu.
"Biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila sudah bersedia," ujarnya yang turut mengakui Beyonce sememangnya lahir untuk menjadi seorang ibu kerana memiliki sifat keibuan semulajadi ketika menjaga puteri sulungnya itu.