SUPPORT PENAJA

Monday, 9 January 2012

FUYOO.. PENGAWAL PERIBADI WAN AZIZAH PENGSAN DISYAKI DISUNTIK RACUN..





Fayyad Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun.
Laporan laman web Keadilandaily menyebut, mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.
“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” Zainulfaqar dipetik menulis dalam Twitternya.
Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.
Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.
“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya.

FUYOO.. MENURUNKAN BENDERA PRESIDEN UMNO, PELAJAR UPSI DIGANTUNG 3 SEMESTER



ADAM ADLI TURUNKAN BENDERA NAJIB RAZAK TIDAK AKAN MEMINTA MAAF KEPADA PERDANA MENTERI.





Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, 22, dihukum gantung pengajian selama tiga semester, berkuat kuasa serta merta. 
Hukuman itu dijatuhkan selepas beliau didapati bersalah menurunkan bendera Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semasa demonstrasi di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.
Dia dijatuhkan hukuman mengikut Peraturan 3 dan 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.




Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin.
Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam.


Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin.
Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU.
Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf,” katanya lagi.
Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam.
Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”


Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri.
Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata.


“Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku.
“Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik,” kata beliau lagi sambil menambah, “mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri.”


“Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti,” katanya lagi.
Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu.“Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda,” katanya










FUYOO..DATUK CHONG WEI MENANG TUMBANGKAN LIN DAN




SELEPAS dihantui pelbagai isu mengenai persembahanya ketika menentang Lin Dan, hari ini jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa Lin Dan bukanlah halangan terbesar dalam kerjayanya.


Hasilnya, Lin Dan tersungkur di kaki Chong Wei pada aksi final Siri Super Terbuka Korea dengan catatan 12-21, 21-18, 21-14. Chong Wei pulang dengan hadiah lumayan AS$75,000 (RM235,875).

FUYOO..DATO SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH


Berita terkini yang saya lihat melalui siaran BERITA AWANI ASTRO sebentar tadi, bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim di dapati tidak bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan liwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan.



Dato Seri Anwar Ibrahim Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah. Berita seterusnya akan di kemaskini nanti.

FUYOO..MFACE GUNA POPULARITI ARTIS






SEIRING dengan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa ini, penggunaan laman sosial dilihat sebagai medium utama serta menjadi alat komunikasi yang paling popular.


Bermula dengan era MySpace dan Friendster, kini laman sosial yang menjadi pilihan ramai adalah Facebook dan Twitter dengan pengguna yang sudah mencecah jutaan orang tanpa mengenal usia.


Laman sosial Facebook misalnya yang kini sudah memiliki sehingga 500 juta pengguna di seluruh dunia sehingga menjadikan pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai antara manusia yang terkaya di dunia.


Melihat kepada perkembangan yang luar biasa itu, kini muncul pula laman sosial terbaharu ciptaan anak tempatan iaitu Mface yang diasaskan dan dipengerusikan oleh seorang pengacara popular iaitu Datuk AC Mizal.


Dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini, pengacara berkenaan berkesempatan untuk menjelaskan tentang laman sosial yang dihasilkannya itu.



Sedikit tentang laman sosial ini?DATUK AC MIZAL: Mface adalah sebuah laman sosial terbaharu dengan konsepnya yang hampir sama dengan kebanyakan laman sosial yang lain. Apa yang membezakannya cuma reka bentuk paparan laman antara sesuatu laman web itu. Namun, saya yakin Mface yang bermaksud Malaysian Face ini mampu menjadi tarikan kepada para pengguna di negara ini.
Bagaimana boleh timbul idea untuk menghasilkan Mface?
Sebenarnya idea ini mula ditimbulkan bersama seorang individu iaitu Tedy Teow yang juga rakan kongsi dan pengasas bersama laman sosial Mface. Saya akui kewujudan laman sosial ini adalah ilham daripada laman Facebook yang mana fungsinya pengguna boleh mengemaskini status, maklumat terkini dan gambar dengan orang ramai.
Dengar kata anda turut mengundang 60 orang artis untuk menjayakan Mface ini?
Inilah satu lagi kelainan yang cuba dilakukan untuk membezakannya dengan laman sosial yang lain. Apa yang ingin saya tekankan, 60 orang artis yang saya undang ini adalah pemilik bersama serta rakan kongsi kepada Mface.Setiap artis yang diundang, secara automatik mereka akan diberikan sebanyak 100,000 unit syer. Jika pengguna Mface nanti sudah mencecah satu juta pengguna, ia akan disenaraikan di bursa saham Malaysia.
Petikan dari Kosmo
09 Jan 2012






FUYOO..AZWAN ALI DAKWA KENA MANDREM




Siapa tidak kenal dengan Diva Azwan Ali . Apa sahaja yang diperkatakan olehnya seringkali dikatakan sensasi . Pada hari ini 8 Januari beliau telah muncul di rancangan terbitan TV3 iaitu program Melodi dan telah melaser seorang peserta program realiti lawak kerana telah dikatakan 
menghantar ular sihir ke rumahnya kerana kononnya beliau mendakwa Azwan Ali menjadi ‘batu api’ yang mempengaruhi seorang juri mengeluarkan peserta itu. Bukan setakat itu beliau juga telah melaser  peserta tersebut di Twitter:-