Alamak risau ler plak bila terbaca berkenaan seorang lelaki Taiwan dilaporkan mati, selepas bermain permainan komputer selama 23 jam terus-menerus di sebuah kafe Internet, kelmarin.Sian betol ler keras camtuje badan dia time tu
Menurut laman web berita Apple Daily, anggota polis menemui mayat Chen Rong-yu, 23, tersembam pada kerusi dengan kedua-dua tangannya kaku di papan kekunci dan tetikus di kafe Internet di Taipei. Seorang pekerja di kafe Internet itu berkata, Rong-yu datang ke kafe tersebut lewat Selasa lalu dan duduk di hujung terminal komputer. Jelasnya, tindakan Rong-yu yang kerap berehat menyebabkan pekerja kafe menyangka dia sedang tidur
Pada malam berikutnya, seorang pekerja wanita cuba mengejutkan Rong-yu tetapi mendapati badannya sejuk lalu menghubungi polis.
Sementara itu, keluarga mangsa berkata, Rong-yu pernah menerima rawatan bagi masalah jantung pada September lalu.
Polis masih menyiasat punca kematian Rong-yu tetapi mengesyaki keletihan, kekurangan pergerakan dan cuaca sejuk menyebabkan darah beku dan serangan jantung.Rong-yu dipercayai sedang bermain permainan League of Legends yang dicipta oleh Garena, sebuah syarikat perkhidmatan permainan yang berpangkalan di Singapura. - DPA