SUPPORT PENAJA

Tuesday, 31 January 2012

PELAWAK DAN PENGACARA DEE MINTAK MAAF PADA PEMINAT

KATA orang artis milik masyarakat dan perlu menunjukkan muka manis setiap kali berdepan peminat. Bagaimanapun, jangan terlupa artis juga manusia biasa yang kadangkala dilanda ujian hebat dalam hidup.Inilah situasi yang menimpa pelawak dan pengacara popular, Dee. Ketika rakan SS bertemunya pada majlis sidang akhbar Program Mutiara Kasih Eksklusif Bersama Jamal Abdillah di Restoran Saloma, semalam, Dee meluahkan perasaan gelisah kerana ibunya sedang sakit.
Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Jangan Ketawa ini beritahu ibunya, Sharifah Noor Syed Alwi Alhady, 83, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sejak seminggu sebelum perayaan Tahun Baru Cina akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Penyakit ini sering menyerang ibunya yang terpaksa keluar masuk wad dan kali ini paling serius sehingga ditempatkan di wad HDW. Disebabkan itu, Dee terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk melawat ibunya. Sebaik habis menjayakan persembahan di mana-mana tempat, dia akan balik kampung semata-mata untuk berada di sisi ibu tercinta.

Biarpun penat, Dee mengakui tidak kisah berbuat demikian kerana mengenangkan jasa ibu yang menjaganya sejak kecil hingga dewasa. Tambah lagi keadaan ibunya kurang sedar biarpun tidak koma. Mujurlah dia dibantu abang dan kakak yang tidak jemu-jemu menjaga ibunya, tidaklah dia terlalu terdesak sangat untuk berkejar ke sana sini.

Tambahnya, dia turut berterima kasih dengan layanan baik yang diberikan semua kakitangan HSB dan doktor yang merawat ibunya dengan baik sekali. Dia sangat terharu dengan keikhlasan mereka merawat ibunya dengan rapi biarpun ada sesetengah pihak menganggap layanan yang diberikan tidak setaraf layanan hospital swasta. Namun yang agak membuatkan Dee risau ialah tanggapan peminat yang terserempak dengannya di HSB. Katanya, ada yang ingin beramah mesra dan bersalaman dengannya, tetapi dia tidak mampu melayan mereka kerana fikirannya runsing.
Malah ada yang bertanya kenapa dia nampak sombong sedangkan dalam kaca TV dia sentiasa ceria. Justeru, Dee mohon maaf kepada peminat jika terasa dengan sikapnya dan pada masa sama dia reda dengan ketentuan Allah. 


Petikan dari Harian Metro

FILEM THE GIRL WITH THE DRAGON TATOO DIHARAM DI INDIA



Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbuster, The Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.

Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).

"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh."Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan," tambahnya. 

Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.

"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.

Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.

Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP