Gempar bila khabar mengejutkan yang dilaporkan oleh laman web thesun.uk bila pasangan selebriti terkenal, iaitu model Heidi Klum dan Seal yang mengakhiri perkahwinan mereka . Keduanya dikabarkan akan mengakhiri rumah tangga yang telah terjalin selama tujuh tahun itu
Pasangan yang selalu kelihatan tampil mesra itu bersatu pada 10 Mei 2005 . Pasangan yang memiliki empat anak iaitu Leni, tujuh, Henry, enam, Johan, lima dan Lou, dua tahun, itu dikenali ramai kerana keharmonian mereka yang gemar memperbaharui ikrar perkahwinan pada setiap tahun.
pada ulang tahun perkahwinan dengan mengadakan pesta mewah.
Ada spekulasi banyak pihak mengatakan antara punca keretakan tersebut ada berkaitan dengan pendapatan Seal. Menurut Forbes, Heidi dikatakan sebagai model nombor dua dengan pendapatan paling tinggi di dunia tahun 2011 iaitu, US$ 20 juta . Manakala pendapatan Seal pula masih tidak diketahui. Bagaimanapun, penyanyi itu sedang sibuk mempromosikan album terbarunya, Soul 2.
Pada Jumaat, penyanyi R&B kelahiran London itu berkongsi kemas kini di akaun Twitter peribadinya dengan pesanan yang berbunyi “Sudah berakhir”, seolah memberikan pembayang bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.
Seal, 48, melamar Klum di dalam sebuah iglu yang dibina oleh penyanyi itu di kawasan glasier di Kanada pada Disember 2004.
Masih tidak diketahui bagaimana mereka akan membahagikan harta tersebut selepas bercerai kelak.