SUPPORT PENAJA

Showing posts with label FUYOO ...PELIK BEB. Show all posts
Showing posts with label FUYOO ...PELIK BEB. Show all posts

Monday, 27 February 2012

SAMBUTAN PALING PELIK DAN MENYAKITKAN DI DUNIA

Seram dan ngeri . Tu jerler yang Sis leh komen kat sini . Mau tak nyer  . Cuber ler korang sumer bayang kan  rupa nya dalam  planet bumi nie ade ler satu ceruk tu  , ada ler plak dibuat nya satu upacara keagamaan yang disambut dengan cara menyeksa diri sendiri . Abis daging kat pipi tu sajer jer dok korek bagi terlopong . Ishkk tak sakit ke brother brother oii.. Kalau kat negara kita Malaysia nie benda-benda horror dan daring camnie leh tengok time perayaan Thaipusam jer kan . Tapi takde ler daring bebenor cmnie . Nie dah daring tahap dewa dah nie . Nape Sis kata camtu ??...Korang nak tengok ler sendiri dan judge k . ...



Friday, 24 February 2012

NGERI !!! GADIS MAKAN DAGING SENDIRI



Kesian betol ler bila terbaca berkenaan nasib yang menimpa seorang gadis dari tanah seberang Indonesia. Gadis tersebut Ningsih yang berumur 19 tahun merupakan warga Dusun Gumuk, Desa Gelung, Kecamatan Panarukan. Situbondo. Apa yang  Sis nak story kat sini ialah berkenaan penyakit aneh yang menimpa gadis tersebut . Penyakit nya ialah dia gemar makan daging dia sendiri . Selama sebelas tahun,  sebahagian dari sepuluh jarinya habis dia kunyah.

Nining  panggilan mesra gadis ini yang mengalami gangguan jiwa telah mula menyeksa diri nya sendiri, sejak berusia 8 tahun.. Bagi  mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku keluarganya membungkus tebal-tebal kedua belah tangannya.Namun mungkin akibat ketagihan terhadap daging sendiri , cara ini rupanya tidak berkesan kerana Nining sudah mulai memakan daging di kedua bahunya pula.

Nining  tinggal  bersama ayahnya Munasip (40), dan neneknya Bunira (60) yang setia merawatnya setiap hari . Sedangkan ibu kandungnya Ernanik merantau ke Malaysia untuk bekerja  semenjak 5 tahun yang lalu . 
Anehnya, menurut Bunira, Nining tidak pernah merasa sebarang kesakitan saat memakan dagingnya sendiri. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merawat penyakit misteri gadis tersebut namun sehingga kini masih gagal .

Thursday, 23 February 2012

IKAN PELIK DAN MENAKUTKAN DITEMUI



 Seekor ikan yang kelihatan amat menakutkan dengan gigi makk aii kalau kena gigit mau terputus kaki  telah dijumpai di sebuah pulau yang tidak pasti ler plak kat mana . Sis harap bukan ler kat Malaysia . Kalau yer mau gerun ketak kaki nak g berenang kat pantai takpun bercanda-canda sepak sepak air kalau camtu . Terpikir sejenak gak ler kalau dah jumpa seekor ikan  camnie horror sure wujud lagi kaum kerabat dia yang lain kan .. Nak nengok ngeri ke idak ikan nie jomm layan pe yang Sis nak share nie .


Saturday, 11 February 2012

BENDA PELIK DALAM BOTOL ??


Sume tau apa itu botol dan kegunaan nyer kan . Macam-macam ler leh susun dan letak dalamnyer . Nak simpan biskut rayake, miloke , kopike , serbun sabunke dan mungkin juga nak letak "lucky star" . Ala yang dibuat dari kertas warna-warna tu . Teringat sejenak  zaman sekolah dulu sanggup tak tido malam tu sebab excited bebenor nak siapkan kasi penuh botol . Dah ler besar botol tu .. Menyesal tak guna botol kicap jer .Kurus dan kecik skit kan. Hahaha . Tapi tau kah uolls selain dari senarai yang Sis dok heboh kan kat atas tu ada ler jugak manusia kat atas bumi yang indah lagi permai nie boleh ler plak sumbat macam-macam benda pelik lagi mengerikan dalam botol pelbagai saiz. Tak caya jom layan .. Tapi bagi sesiapa yang jenis pengecut nengok benda-benda yang horror-horror ni Sis nasihatkan pikiaq ler berbelas kali yer sebelum  nak intai pe yang ada tu ..
















Thursday, 19 January 2012

FUYOO.. KEMALANGAN KERETA YANG PELIK


Malang memangler tak berbau kan ..  Ceciter konpem ler kalau bole sume daripada kita kalau bab -bab kemalangan nie nak jer elak sangat-sangat kan . Tapi nak wat cmner pada yang dah takdir nak kena tu kita tumpang simpati jer ler yer . Bawakler banyak bersabar .

Tapi yang lawak nyer bila nengok jer pictures yang Ceciter cuber share ni tertibe ilang rasa sian ..Mb ada ler skit tapi lebih nyer rasa nak tergelak jerler . Mana tak nyer terpikir dan termenung jap gak ler pelikkk sangat-sangat cmner ler leh jadi cmtukan . 





                                                             


       
                          




                     



                       










Wednesday, 11 January 2012

FUYOO..AWATLAH PELIK BENO FESYEN LADY GAGA



Stefani Joanne Angelina atau lebih dikenali di peringkat global dengan nama Lady Gaga  lahir pada 28 Mac, 1986  merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu di Amerika. Dilahirkan dan dibesarkan di New York City memulakan persekolahan di Convent Sacred Heart dan kemudian menghadiri Sekolah Kesenian iaitu Universiti Tisch  New York sebelum menarik diri untuk memberi tumpuan kepada kerjaya muzik beliau. Beliau memulakan persembahan dalam arena muzik rock Side Lower Manhattan Timur .




 Lady Gaga mula terkenal sebagai artis rakaman berikutan pengeluaran album pertama Fame (2008), yang merupakan satu kejayaan antara yang  terbaik dengan mengungguli carta di seluruh dunia termasuk single antarabangsa beliau iaitu "Just Dance" dan "Poker Face ". Selepas memulakan Fame Ball Tour, diikuti album Monster Fame (2009), yang melahirkan hit single di seluruh dunia iaitu "Romantik Bad", "Telefon" dan "Alejandro Kira-kira 23 juta album dan 64 juta single telah terjual di seluruh dunia, menjadikan beliau sebagai salah satu artis muzik yang paling laris sepanjang masa di seluruh dunia. Pencapaian beliau termasuk empat Guinness World Records, lima Anugerah Grammy dan tiga belas Anugerah Muzik MTV Video. Lady Gaga juga telah berturut-turut muncul  sebagai Artis Majalah Billboard, Pada tahun 2010 beliau telah diletakkan antara senarai dalam majalah Forbes, dan telah dinamakan sebagai salah seorang yang  paling berpengaruh dalam majalah TIMES.

Opss.. Dah panjang plak melalut. Ok ok, back to topic. Huhu.. Sebenarnya kami nak paparkan beberapa gambar Lady Gaga dengan fesyen’nya yang kelihatan sungguh pelik dan boleh dikategorikan paling pelik ler dalam dunia . Kalau uolls adalah peminat si Lady Gaga ini, mesti  uolls  tahu apa yang kami maksudkan . OK  Jom layan koleksi gambar Lady Gaga dengan fesyen’nya yang ntah apa-apa ntah kat sini.