SUPPORT PENAJA

Friday, 24 February 2012

NGERI !!! GADIS MAKAN DAGING SENDIRI



Kesian betol ler bila terbaca berkenaan nasib yang menimpa seorang gadis dari tanah seberang Indonesia. Gadis tersebut Ningsih yang berumur 19 tahun merupakan warga Dusun Gumuk, Desa Gelung, Kecamatan Panarukan. Situbondo. Apa yang  Sis nak story kat sini ialah berkenaan penyakit aneh yang menimpa gadis tersebut . Penyakit nya ialah dia gemar makan daging dia sendiri . Selama sebelas tahun,  sebahagian dari sepuluh jarinya habis dia kunyah.

Nining  panggilan mesra gadis ini yang mengalami gangguan jiwa telah mula menyeksa diri nya sendiri, sejak berusia 8 tahun.. Bagi  mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku keluarganya membungkus tebal-tebal kedua belah tangannya.Namun mungkin akibat ketagihan terhadap daging sendiri , cara ini rupanya tidak berkesan kerana Nining sudah mulai memakan daging di kedua bahunya pula.

Nining  tinggal  bersama ayahnya Munasip (40), dan neneknya Bunira (60) yang setia merawatnya setiap hari . Sedangkan ibu kandungnya Ernanik merantau ke Malaysia untuk bekerja  semenjak 5 tahun yang lalu . 
Anehnya, menurut Bunira, Nining tidak pernah merasa sebarang kesakitan saat memakan dagingnya sendiri. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merawat penyakit misteri gadis tersebut namun sehingga kini masih gagal .

No comments:

Post a Comment