SUPPORT PENAJA

Showing posts with label FUYOO .. GOSSIP BEB. Show all posts
Showing posts with label FUYOO .. GOSSIP BEB. Show all posts

Saturday, 5 May 2012

NICKI MINAJ PERNAH BERNIAT BUNUH AYAH SENDIRI




Bapa kepada Nicki Minaj iaitu Omar, begitu terluka apabila penyanyi itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia pernah berhasrat mahu membunuh ayahnya semasa zaman kanak-kanak. Dalam satu wawancara menerusi program Nightline, penyanyi lagu Superbass itu berkata Omar bukanlah seorang ayah yang perlu dicontohi kerana dia merupakan seorang penagih dadah dan peminum alkohol tegar.
Ketagihan Omar terhadap arak membuatkan dia sering mengancam untuk membunuh Nicki dan ibunya, malah pernah membakar rumah yang menjadi tempat tinggal mereka.


"Tahu atau tidak, saya ingin membunuh ayah saya dan sejak dahulu lagi saya berharap agar dia mati.Ketagihan ayah terhadap dadah dan arak membuatkan ibu tidak tahu apa yang perlu dilakukannya kerana setiap kesalahan yang dibuat, diri ibu akan terancam," kata Nicky yang sedang beremosi itu.

Bagaimanapun, keluarga Nicki segera membantah kenyataan Nicky dan mengatakan penyanyi tersebut sengaja ingin memperbesarkan masalah.Hal itu membuatkan Omar tampil dan membuat pengakuan yang dia sememangnya seorang penagih dan kaki botol, tetapi tidak pernah berniat untuk membunuh isterinya.

Monday, 13 February 2012

NABILA IKA MINUM ARAK



IKA NABILA - AF6
GAMBAR IKA NABILA MINUM ARAK DI KARAOKE TERSEBAR | Gambar Ika Nabila sambil minum arak disebuah pusat karaoke telah tersebar di beberapa laman blog. Dalam gambar tersebut, Ika Nabila pegang segelas minuman yang dipercayai minuman alkohol seperti dakwaan oleh sesetengah pihak.


Ika apabila ditemui menjelaskan bahawa gambar tersebut bukanlah minuman arak tapi hanya jus sparkling. Menurutnya, ada pihak yang cuba memburukkan namanya dengan menyebarkan fitnah.



















































Monday, 23 January 2012

FUYOO..MODEL HEIDI KLUM TUNTUT CERAI DARI SEAL

Gempar bila khabar mengejutkan yang dilaporkan oleh laman web thesun.uk bila pasangan selebriti terkenal, iaitu model Heidi Klum dan Seal yang mengakhiri perkahwinan mereka . Keduanya dikabarkan akan mengakhiri rumah tangga yang telah terjalin selama tujuh tahun itu
Gempar bila khabar mengejutkan yang dilaporkan oleh laman web thesun.uk bila pasangan selebriti terkenal, iaitu model Heidi Klum dan Seal yang mengakhiri perkahwinan mereka . Keduanya dikabarkan akan mengakhiri rumah tangga yang telah terjalin selama tujuh tahun itu.Klum akan menfailkan penceraian tersebut terhadap suaminya di L.A. County Superior Court pada minggu depan. Hal itu dilakukannya kerana tidak ada persefahaman antara mereka .
Pasangan yang selalu kelihatan tampil mesra itu bersatu pada 10 Mei 2005 . Pasangan yang memiliki empat anak iaitu Leni, tujuh, Henry, enam, Johan, lima dan Lou, dua tahun, itu dikenali ramai kerana keharmonian mereka yang gemar memperbaharui ikrar perkahwinan pada setiap tahun.
pada ulang tahun perkahwinan dengan mengadakan pesta mewah.

Ada spekulasi banyak pihak mengatakan antara punca keretakan tersebut ada berkaitan dengan pendapatan Seal. Menurut Forbes, Heidi dikatakan sebagai model nombor dua dengan pendapatan paling tinggi di dunia tahun 2011 iaitu, US$ 20 juta .  Manakala pendapatan Seal pula masih tidak diketahui. Bagaimanapun, penyanyi itu sedang sibuk mempromosikan album terbarunya, Soul 2.
Pada Jumaat, penyanyi R&B kelahiran London itu berkongsi kemas kini di akaun Twitter peribadinya dengan pesanan yang berbunyi “Sudah berakhir”, seolah memberikan pembayang bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.

Seal, 48, melamar Klum di dalam sebuah iglu yang dibina oleh penyanyi itu di kawasan glasier di Kanada pada Disember 2004.
Masih tidak diketahui bagaimana mereka akan membahagikan harta tersebut selepas bercerai kelak.

Saturday, 21 January 2012

FUYOO.. JENNIFER GARNER NAK LETAK NAME ANAK MINNIE MOUSE.. Ahakss




Pasangan popular Jennifer Garner dan Ben Affleck telah pun dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu, Violet, 6 tahun dan Saraphina,  3 tahun dan kini sedang menunggu kelahiran anak mereka yang ketiga ( Ex Ben iaitu Jennifer Lopez  pun baru 2 tu pun kembar, da cerai pun ngan husben.)
Tapi yang Ceciter pelik bebenor ler bila dalam satu Rancangan Talk Show yang telah diadakan, Garner, 39 tahun telah menyatakan yang  mana beliau dan hasben berminat nak letakkan nama anak yang bakal dilahirkan tersebut dengan nama-nama watak kartun dalam Walt Disney macam Donald Duck, Minnie Mouse, Peter Pan, Captain Hook dan lain-lain lagi.
Dan yang paling gempakk...nak tau tak they olls  ni siap nak wat pertandingan lagi khas kepada peminat  bertujuan untuk mencari nama yang paling sesuai untuk bakal anak dorang...macam-macam hal ler plak kan...letak jela nama Ben Jr ke..ape salahnye..senang citerr .. tak gitu ..hahaha





FUYOO... GAMBAR LUCU BLUE IVY CARTER




Gambar diatas adalah gambar yang disiarkan oleh media US yang menggambarkan bayi Beyonce serta Jay-Z iaitu Blue Ivy yang bermuka hodoh. Bagi Ceciter le, dorang semuanya sebenarnya dengki dan sengaja je sebab takde keje lain nk wat kot  ...


Gambar yang ni lak digambarkan Blue Ivy cantik cam mak die..hehhee


 Namun bekas anggota Destiny's Child, iaitu Michelle Williams telah tampil dan membuat kenyataan sekaligus menyangkal spekulasi segelintir pihak yang mengatakan anak sulung Beyonce Knowles dan suaminya Jay-Z  iaitu Blue Ivy Carter berwajah hodoh.


Menurut Williams, anak rakan baiknya itu sangat cantik ketika dia melawat mereka baru-baru ini.

"Blue sangat cantik seperti ibunya dan memang tidak masuk akal apabila ada sesetengah pihak mendakwa anak pasangan ini hodoh," ujar Williams kepada Daily Mail.

Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kumpulan trio wanita popular ini, Kelly Rowland enggan mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai Blue yang lahir pada 7 Januari lalu kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan selebriti tersohor itu.


"Biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila sudah bersedia," ujarnya yang turut mengakui Beyonce sememangnya lahir untuk menjadi seorang ibu kerana memiliki sifat keibuan semulajadi ketika menjaga puteri sulungnya itu.

Thursday, 19 January 2012

FUYOO.. BENARKAH ROSLIN HASHIM TELAH BERKAHWIN KALI KE 3

Bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim yang pernah mengejutkan banyak pihak kerana menceraikan isteri pertamanya selepas 12 hari melangsungkan pernikahan, mengesahkan beliau kini berkahwin untuk kali ketiga pada tahun lalu.
Roslin, 36, membuat pengakuan itu selepas prosiding tuntutan ganti rugi perkahwinan dikemukakan beliau terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri barunya.

Ya, saya memang sudah bernikah, tetapi saya tidak boleh cakap banyak sebab nak menjaga perasaan keluarga pihak sebelah lagi (isterinya),” katanya. 


Daripada sumber terdekat, difahamkan majlis pernikahan berlangsung di Thailand Disember lalu yang hanya dihadiri pasangan terbabit dan ibu bapa pengantin perempuan.



Mereka dikatakan melangsungkan pernikahan di luar negara berikutan kes Roslin masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah. Walaupun ahli sukan popular di arena hiburan itu cuba menyembunyikan identiti isteri barunya, tetapi difahamkan gadis lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Ayu.

Malah, walaupun belum bercadang memperkenalkan suri hatinya dalam waktu terdekat, pasangan terbabit dilaporkan bakal mengadakan majlis kenduri pada 27 Januari ini di lokasi masih dirahsiakan.
Isterinya itu bukan di kalangan individu dikenali ramai, namun sebelum ini dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan bintang bola sepak.
Terdahulu pada prosiding dibuat secara tertutup, Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim, memberikan keterangan utama selama kira-kira 20 minit di depan Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan.

Sebagai rekod, perkahwinan pertamanya dengan Faizah pada 30 Januari 2009 bertahan selama 12 hari sebelum menceraikan isterinya. Manakala perkahwinan keduanya dengan Nurhayati Othman pada 9 Julai 2010 diceraikan selepas 28 hari pernikahannya.

Tuesday, 17 January 2012

FUYOO.. KATTY PERRY USIR SUAMI DARI RUMAH ..





MISTERI kedatangan van pengangkut barang ke rumah pasangan Russell Brand dan Katy Perry beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila Russell telah diusir daripada kediaman mewah mereka di Hollywood Hills.
DailyMail melaporkan, Russell kelihatan muram ketika mengangkat barang-barangnya keluar daripada rumah tersebut.
Pelawak berusia 36 tahun itu juga dikhabarkan akan kembali ke London selepas memutuskan untuk menceraikan isterinya.Sementara itu, bekas isterinya, Katy pula kelihatan ceria apabila mempamerkan rambut barunya yang berwarna biru selepas mengumumkan perpisahan dengan Russell.

Khabar angin turut mengatakan ibu bapa Katy ingin menjodohkannya dengan pemain bola keranjang terkenal, Tim Tebow.

FUYOO.. ELFIRA ROY DIKUTUK ???

Pelakon berbakat besar, Elfira Loy menjelaskan dia tidak berkecil hati apabila ramai peminat pelakon 
popular Indonesia, Randid Pangalila mengutuknya menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook gara-gara gandingan mereka dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang disiarkan baru-baru ini.
Elfira, 17, berkata, dia tidak melenting dengan perkara itu kerana telah menjangkakan ia akan berlaku kerana Randid adalah pelakon popular dan ramai peminat.
"Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.


"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Elfira berkata, perkara tersebut berlaku kerana lakonan mereka dalam drama arahan Michael Ang itu mendapat sambutan hangat sehingga diulang tayang sebanyak beberapa kali di saluran Astro Ria.
Tambahnya, adegan romantik antara mereka juga mungkin menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadapnya.

"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Elfira berkata, perhatian yang diberikan oleh peminat Randid terhadapnya adalah sebagai tanda kehadirannya sebagai pelakon telah disedari oleh masyarakat.
Selain Elfira dan Randid, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora, Didie Alias dan Sharikah Sakinah.

Monday, 16 January 2012

FUYOO.. ADIRA MENGAKU BUKAN LESBIAN PUNCA PUTUS DENGAN HAFIZ





Setahun menjadi pasangan bermadu kasih, percintaan pasangan duet lagu Ombak Rindu iaitu Hafiz dan Adira akhirnya sampai ke penamat. Kedua-duanya gagal mengenali hati budi masing-masing dan kini mahu lebih fokus kepada kerjaya. Namun mereka berdua masih menjadi kawan baik dan masih selesa berkongsi masalah dan cerita masing-masing. 


Kata Hafiz:-
Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya 



Manakalah Adira pula tidak menolak yang kesibukan kerja merupakan salah satu perpisahan mereka


Kata Adira :-
Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. 


Selain itu Adira juga memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.
“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.
Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.
“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.
Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

FUYOO..VIDEO DATO' SITI YANG WAJIB DITONTON




Bertuah sungguh kan Diva terkenal tanah air kita siapa lagi kalau bukan  Dato’ Siti  Nurhaliza .  Sempena ulang tahun kelahiran  yang ke 33 tahun beliau , pihakAstro telah pun menyiarkan Biography Dato’ Siti Nurhaliza di History Channel.

Memang menarik kisah hidup Dato’ Siti. Pelbagai kisah dapat ditonton, daripada disuruh balik kampung oleh wartawan-wartawan kerana tidak mahu bergambar dengan artis lelaki sehinggalah majlis perkahwinannya dengan Dato’ K, kesemuanya diceritakan di dalam video tersebut. Bagi pendapat Ceciter ler memang wajib tontonler  walaupun uolls bukan peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Kepada Dato’ Siti, Ceciter nak ucapkan Selamat Hari Jadi, semoga dimurahkan rezeki dan cepat mendapat cahaya mata. 




FUYOO .. KOS BERSALIN BEYONCE CECAH HAMPIR 1.3 JUTA


Ceciter pasti ramai dari uolls telah mengetahui yang penyanyi Diva Beyonce telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel . Tapi tahukah uolls apa yang berlaku disebalik kelahiran bayi tersebut


Penyanyi pop dan suaminya, hip-hop maestro Jay-Z, 42, dilaporkan menghabiskan wang hampir mencecah $1.3 juta untuk mengubahsuai suite di Hospital Lenox Bukit Manhattan Upper East Side dan menurut beberapa laporan seluruh lantai di hospital juga diubahsuai sehingga kelihatan seperti hotel 5 bintang. 


Apabila Beyonce mendaftar masuk dengan nama samaran Ingrid Jackson mestilah permintaan beliau pasti ala – ala diva-ish jugak kan . Segala nya perlu kelihatan mewah dan sistem keselamatan pun amat diambil kira . Misalnya kakitangan di hospital dilarang untuk menggunaka
n telepon bimbit dan kamera keselamatan juga telah ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan dari sebarang gambar yang tidak dibenarkan diambil .Beliau juga mengarahkan beberapa pasukan keselamatan disitu untuk berjaga sepanjang penginapan beliau. Yela masuk akal jugak kan sebab mereka mahu memastikan bahawa Bey dan bayinya tidak dikerumuni dan diganggu oleh paparazzi atau pengintip yang tidak bertanggungjawab .




Sunday, 15 January 2012

FUYOO .. ROZITA CHE WAN MOHON MAAF





Berhubung pemakaian gaun remaja oleh Rozita Che Wan di majlis ulangtahun kelahiran pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab, Ci Ta telah memberikan maklumbalas kepada Harian Metro. Beliau meminta maaf tetapi menyatakan yang dia hanya mengikut trend dan tema yang ditetapkan di majlis tersebut:-Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.Berhubung pemakaian gaun remaja oleh Rozita Che Wan di majlis ulangtahun kelahiran pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab, Ci Ta telah memberikan maklumbalas kepada Harian Metro. Beliau meminta maaf tetapi menyatakan yang dia hanya mengikut trend dan tema yang ditetapkan di majlis tersebut:-Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.
Berhubung pemakaian gaun remaja oleh Rozita Che Wan di majlis ulangtahun kelahiran pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab, Ci Ta telah memberikan maklumbalas kepada Harian Metro. Beliau meminta maaf tetapi menyatakan yang dia hanya mengikut trend dan tema yang ditetapkan di majlis tersebut:-Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.
Tambah Cik Ta, bukan dia seorang berpakaian begitu malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua yang hadir berpakaian mengikut tema yang sama.

Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.
Sebenarnya kami tertanya-tanya adakah definisi pakaian sopan bagi Rozita bermaksud “baju kurung’. Rasanya banyak baju kasual lain yang sopan dan bersesuaian dengan usia beliau, misalnya berseluar panjang atau berskirt labuh sedikit. Dia berkata lanjut:-

Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?.
Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya.
Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet.
Buat pengetahuan anda, Cik Ta juga pernah dikritik sebelum ini kerana memakai skirt pendek sewaktu menonton persembahan Akademi Fantasia ke-8 (AF8).

FUYOO ...YUSRY & LISA PUNCA SCHA & AWAL TUNDAKAN PERKAHWINAN



Pasangan serasi pelakon dan pengacara, Awal Ashaari, 30, dan Scha Al- Yahya, 29, akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Mereka tidak sabar untuk berkongsi berita baik ini bersama peminat-peminat mereka. Awal melamar Scha untuk menjadi isterinya semasa jamuan makan malam bersama keluarga terdekat. Sekarang ini Awal dan Scha terpaksa mencari lagi tarikh yang paling sesuai dan besar kemungkinan memilih pertengahan tahun untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Kalau tidak bulan Mei, bulan Jun atau bulan Julai nanti.
“Apapun majlis kami yang kami rancang pernikahan pada 23hb Februari dan resepsi pada 25hb Februari terpaksa kami tunda. Kami hanya mampu merancang tetapi dengan ketentuan Allah kerana tarikh majlis kami sama pula dengan tarikh majlis pernikahan Lisa dan Yusry yang juga pada 23 Februari. Hubungan kami dengan Lisa dan Yusry memang rapat. Pada mulanya, Lisa ingin simpan rahsia mengenai tarikh majlis perkahwinannya tapi bila saya beritahu tarikh majlis perkahwinan saya dan Scha, barulah dia beritahu tarikh pernikahannya itu pada 24 Februari nanti. Kalau boleh, kami tidak mahu majlis perkahwinan kami sama dengan tarikh rakan artis lain. Pada masa sama, ibu saya dan Scha pula sakit dan tidak sesuai kami buat majlis kahwin pula.” – Awal
Mereka telah memilih tarikh yang baru dan dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini pula.“Saya akui susah nak dapat tarikh majlis kahwin yang sesuai termasuklah untuk mendapatkan ballroom hotel untuk majlis resepsi kami. Kalau nak tempah dewan memang kena setahun lebih awal. Insya-Allah, majlis perkahwinan kami bakal berlangsung pada Mei, Jun atau Julai, tahun ini juga. Maaflah, tarikh yang tepat belum diputuskan lagi. Saya memang setuju dengan cara rakan artis, Lisa Surihani dan pasangannya, Yusry KRU yang buat sidang media mengumumkan hari bahagia mereka dengan pihak media. Kami juga ingin mengikut jejak mereka dengan mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis perkahwinan kami nanti.” – Awal
Menurut Scha majlis perkahwinannya tentulah serba ringkas dan sederhana. Mereka tidak ditaja mana-mana pihak dan yang penting perkara baik mesti dipercepatkan.
“Saya tidak pentingkan sangat majlis perkahwinan itu secara besar-besaran kerana saya fikirkan perkara yang lebih jauh lagi iaitu kehidupan selepas berkahwin kerana ia bukan untuk sehari dua sebaliknya seumur hidup. Kami juga tidak buat majlis ataupun bertunang kerana lebih suka buat perkara wajib seperti dituntut agama. Kami belum sempat untuk buat kad kahwin dan menghadiri kursus kahwin lagi sekali gus masih mempertimbangkan beberapa pereka yang bakal mereka baju kahwin kami nanti.”
“Dari segi konsep pula, Awal impi konsep tradisional Melayu yang ada bunga rampai, kompang, pencak silat serta lagu pengantin, saya pula lebih suka konsep moden dan kontemporari. Nampaknya, kami terpaksa bertolak ansur dan gabungkan konsep diimpikan bersama. Contohnya, Awal, pakai persalinan songket dan saya pula kebaya renda moden.