Julian Germain seorang jurufoto telah mengambil gambar kehidupan dalaman kelas di sekolah seluruh dunia, dari England ke Nigeria dan banyak negara lagi . Berikut adalah beberapa gambar pelajar dan bilik darjah yang berjaya dirakamkan .
Seakan peluang keemasan datang bergolek , masyarakat orang Asli Mali mampu menyebabkan semua ikan di perairan suci Tasik Antogo lesap dalam masa 15 minit sahaja. Aktiviti yang akan berlaku setahun sekali itu akan dimulai dengan bacaan doa sebelum semua akan berlari turun ke arah tasik bersama-sama bakul tangkapan masing masing . Kalau tak caya nengok ler video yang Ceciter share nie .. Yang paling kelakar siap sumbat dalam mulut tu .. mungkin dah lama tak makan ikan kot .Hahahaha!!!!
Tahniah dan pujian mengunung harus diberikan buat anak-anak muda tempatan kerana berjaya menghasilkan sebuah filem animasi yang kualiti grafiknya bertaraf antarabangsa .Sis memula pun ingatkan Seefood nie filem hasill Walt Disney rupanya tak . Seefood,sebenarnya merupakan sebuah filem animasi terbitan Silver Ant Sdn. Bhd. yang diedarkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd . Sebenarnya sudah banyak kali dipertikaikan ejaan Seefood yang sebenarnya bermaksud seeing food itu memaparkan jalan cerita yang sarat pengajaran serta amat sesuai buat tontonan si cilik.
Filem animasi arahan Goh Aun Hoe itu juga telah berjaya ditayangkan di lebih 90 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia.Malah, menurut Aun Hoe lagi filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia itu mengekalkan usaha 100 peratus bakat tempatan.“Filem ini memakan masa selama lebih dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya manakala kajian yang dilakukan untuk Seefood juga mengambil masa yang panjang iaitu hampir sepuluh tahun.
Seefood mengisahkan tentang pengembaraan seekor jerung bernama Pup dan sahabat baiknya Julius ke daratan apabila berdozen telur ikan jerung dalam terumbu karang dicuri pemburu haram dari perairan.Tanpa mengambil kira risiko dan bahaya yang bakal ditempuhinya, Pup nekad untuk menyelamatkan adik-beradiknya.Julius yang khuatir akan keselamatan Pup muncul dengan sutnya yang menyerupai robot akuarium untuk memburu makanan di daratan.Malangnya, Julius pula yang menjadi mangsa tangkapan seorang nelayan yang tamak dan Pup pula yang bertindak untuk menyelamatkan kawan baiknya daripada menjadi hidangan sup jerung istimewa.
So jom jangan lupa terjah pangung bersama family & kawan-kawan untuk tonton filem Seefood yang mula ditayangkan pada 8 Mac (hari ini) di 65 buah panggung wayang seluruh Malaysia dan Brunei.
Memang kretif and inovatif ler mamat dari Sweden seorang nie . Mahu tak nya dia sanggup mengubahsuai kereta Volvo 240 wagon miliknya semata-mata sebab nak pasang serombong yang mengunakan kayu sebagai bahan bakar . Namun untuk melakukan nya bukan main suka-suka tau .. Dah dapat kebenaran pihak berkuasa barulah ok .
Uishh ngeri seh !!!! Aksi begini konpemla tak mungkin akan kita lihat kalau kat Malaysia kan . Ada pun mungkin kat Zoo ker atau tak pun terserempak gan ular sesat kat belukar atau nak lagi daring pegi ler cari kat hutan rimba kan . Actually Sis bukan nak story pasal ular tapi berkenaan memburu ular sebagai sumber pendapatan tau .. Sesungguhnya ianya bukan satu kerja yang mudahkan. Kalau tak kena gaya benda yang diburu lak buru kita . Melayang nyawa beb . Tapi di Selatan Afrika keadaan begini ,merupakan satu senario biasa kerana memburu ular merupakan antara sumber pendapatan mereka disana . Yang Sis kagum sangat-sangat ler , yela part teknik pemburuan mereka itu . Guna tangan jer beb .. Apa yang pada mulanya mungkin kelihatan seperti idea yang amat merbahaya dan sungguh tak masuk akal langsung tapi sebenarnya ianya adalah satu serangan yang terancang . Hinggakan ular sawa yang lebih dari 6m panjang pun ler tumpas tau .. Tak caya jom tengok ..
“Hijrah” atau “Jantina Ketiga merupakan salah satu kasta di India, Bangladesh, dan Pakistan. Mereka merupakan komuniti manusia atau hermaphrodites yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita. Jumlah populasi golongan ini dianggarkan 50,000 hingga 5 juta orang. Mereka adalah sebahagian daripada budaya Asia Selatan selama beribu-ribu tahun dahulu. Disebabkan perbezaan seksual mereka, mereka merupakan orang buangan sosial. Apabila korang bertemu golongan Hijrah di Bangladesh, anda boleh berasa bangga dengan kehadiran mereka kerana dalam mereka berbeza dari yang lain.