SUPPORT PENAJA

Showing posts with label FUYOO ...FAKTA SAINS. Show all posts
Showing posts with label FUYOO ...FAKTA SAINS. Show all posts

Sunday, 19 February 2012

NAK ELAK SERANGAN SAKIT JANTUNG MINUM TEH


Tips yang baik . Melalui hari ini korang kena la ubah cara pemakanan korang .Nie berkenaan satu kajian terbaru mengatakan pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak korang daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2. Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular. “Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP). Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.


Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran. Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.

“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya. - AGENSI 

Tuesday, 14 February 2012

MATI DARI SUDUT SAINS

  Kematian hadir tanpa duga. Tiada siapa tahu bila dan di mana. Namun ada insan yang kecewa dengan hidup dan berikhtiar untuk menamatkan riwayat hidup. Mereka sanggup terjun bangunan tinggi untuk mengakhiri hidup akibat putus cinta, meminum racun ketika dilanda tekanan hebat dalam diri serta mungkin menggunakan dadah berlebihan untuk lari dari masalah hidup. Mereka sangka, mati itu satu kemanisan dan penyelesaian segala kekusutan hidup. Kononnya biarlah mati terhina daripada hidup terseksa! Mereka tidak sedar mati begitu menyakitkan. Apatah lagi mati dalam keadaan kufur dan tidak beriman. Roh yang keluar amat busuk dan hodoh serta dikutuk oleh sekalian makhluk. Menurut sumber-sumber yang sahih, segala binatang dan makhluk boleh melihat roh melainkan manusia dan jin sahaja yang tidak diizinkan Allah untuk melihatnya. Roh itu dicaci dan terawang-awang dengan penuh kekesalan. Masyarakat umum mempercayai seseorang itu sudah mati apabila tiada lagi desah nafas dan berhenti sudah degup jantung. Manakala masyarakat Islam mempercayai bahawa mati bermaksud keluarnya roh dari badan. Dan persoalan demi persoalan berkaitan roh hanya mampu dijawab oleh Allah s.w.t.

Apa yang berlaku selepas mati

Badan kita terdiri dari jutaan sel. Sel-sel berkumpul membentuk lapisan demi lapisan. Lapisan sel inilah yang akhirnya membentuk tisu dan organ seperti jantung, kulit dan hati. Sel seolah-olah sebuah rumah yang mempunyai komponen yang sentiasa bekerja tanpa henti. Mitokondria, jasad Golgi, ribosom, nukleus, dansitoplasma bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Untuk bekerja secara normal, sel memerlukan tenaga yang diambil dalam bentuk tenaga ATP (Adenosine-5'-triphosphate). Sel juga memerlukan oksigen, fosfat, kalsium dan bahan makanan sebagaimana kita. Setiap apa yang kita makan akan disalurkan kepada sel-sel tertentu mengikut pengkhususan kerja mereka. Namun jika berlaku sebarang masalah dan bekalan ini tidak mencukupi, sel akan mati. Boleh dikatakan bahawa kematian bermula apabila roh dikeluarkan dari jasad. Jasad adalah pakaian roh. Maka apabila manusia mati, jantung berhenti mengepam darah ke seluruh badan. Sel-sel badan tidak lagi menerima oksigen yang diangkut oleh darah. Akibat ketiadaan oksigen, semua sel akan mati. Kematian sel bermula pada sel otak dan berakhir pada sel kulit. Dalam beberapa minit darah akan mengalir dari bahagian atas ke bahagian bawah dan berkumpul di situ akibat tarikan graviti bumi. Bahagian atas yang ketiadaan darah kelihatan pucat manakala bahagian bawah menjadi lebih gelap. Tempoh perubahan badan adalah berbeza-beza. Sel otak akan mati jika ia mengalami kekurangan oksigen selama tiga minit. Sel otot boleh bertahan setelah beberapa jam manakala sel tulang serta kulit boleh bertahan berhari-hari lamanya. Perlu diketahui bahawa badan bernafas secara aerobik iaitu dengan menggunakan oksigen. Maka apabila mati, proses respirasi aerobik akan terhenti dan menghalang penghasilan tenaga molekul yang diperlukan untuk melakukan tindakbalas biokimia otot. Ion kalsium akan bergerak ke sel-sel otot bagi menghalang otot berehat atau mengendur. Tapi apa yang berlaku ialah otot menjadi kaku dan keras, tidak bergerak lagi. Sel telah mati. Tidak mampu melawan bakteria daripada memusnahkan dirinya. Enzim dan bakteria sebenarnya sudah wujud dalam sel semasa kita masih hidup lagi. Oleh sebab itulah, diriwayatkan jika kita ditemukan dengan tanda berupa denyutan atau kedutan di antara dahi kanan dan kiri menandakan kematian kita akan terjadi dalam beberapa hari lagi, kita digalakkan berpuasa supaya badan kita tidak mengandungi banyak kotoran dan ini memudahkan memandikan mayat kita nanti.

Pengebumian jenazah

Mengurus jenazah orang Islam adalah wajib dan merupakan fardu kifayah yakni jika tiada orang mengurus jenazah tersebut, semua orang Islam di kawasan itu berdosa. Tetapi apabila sudah dikerjakan oleh beberapa orang Islam, maka orang Islam yang lain akan terlepas dari menanggung dosa. Di antara perkara yang wajib dilakukan ke atas jenazah adalah memandikan, mengkafankan, melakukan solat jenazah dan mengebumikannya. Berbeza dengan sesetengah agama, Islam tidak membenarkan membakar mayat. Mayat tidak boleh dibakar kerana ini dikhuatiri akan menyakitinya. Malah melakukan bedah siasat tanpa ada keperluan juga turut ditegah. Dari segi pengebumian, jenazah hendaklah ditanam sehingga tiada bau dapat dihidu oleh orang yang masih hidup dan tidak memudahkan binatang mengorek kembali lubang kubur tersebut. Orang yang syahid dalam peperangan, dikafankan dalam kain yang mereka terbunuh dalamnya melainkan jika dikehendaki oleh keluarga supaya mengkafankan dalam kain lain. Nabi bersabda “ selimutkanlah mereka dengan luka dan darah mereka”. “Bau Luka itu bau kasturi”. Imam Syafie rahimahullah berkata, “ Saya lebih menyukai bahawa di dalamkan kuburan mayat itu kadar sedepa dan yang lebih dari itu, lalu ditimbus, nescaya memadai. Saya menyukai yang demikian adalah supaya tidak tercapai oleh binatang buas dan tidak mudah kepada seseorang, kalau ia mahu membongkarnya. Dan tidak timbul baunya. Diletakkan mayat dalam kuburnya atas lambung kanan. Ditinggikan kepalanya dengan batu atau batu bata, disandarkan mereka supaya tidak menelungkup atau menelentang, dan kepala diletakkan mengadap kiblat. Kebiasaannya di Malaysia, penggalian kubur adalah sedalam 6 kaki. Antara lain hikmah mengebumikan jenazah adalah dari segi kesihatan ialah tidak tersebarnya penyakit. Sejarah pengebumian jenazah bermula di zaman Nabi Adam alaihis salam lagi. Peristiwa ini tercatat dalam surah al-Maidah dari ayat 27-31. MenurutKitab Tafsir Al-Quranul Karim terbitan Yayasan Amal Bakti Sumatera Utara tahun 1967, dalam qaul pertama, diceritakan sebab pembunuhan antara kedua putera Adam yang menyebabkan berlakunya peristiwa pertama dalam sejarah pengebumian manusia. Menurut riwayat, adalah Siti Hawa melahirkan sepasang kembar setiap kali ia melahirkan anak. Lelaki dari pasangan pertama akan dikahwinkan dengan perempuan dari pasangan kedua dan begitulah seterusnya. Kebetulan, anak Nabi Adam yang bernama Qabil dilahirkan dengan pasangan kembar perempuannya yang cukup cantik. Gadis ini akan dikahwinkan dengan Habil manakala kembar Habil yang akan dikahwinkan dengan Qabil kurang elok rupa parasnya. Kerana itu, Qabil tidak mahu menerimanya, katanya perbuatan itu hanya kemahuan bapanya sahaja, bukan dari Tuhan. Maka Nabi Adam menyuruh Qabil dan Habil melakukan korban. Korban siapa yang diterima Allah, dialah yang akan dikahwinkan dengan saudaranya yang rupawan itu. Qabil adalah seorang pekebun manakala Habil merupakan seorang penternak. Habil telah mengorbankan kambingnya yang gemuk sedang Qabil telah mengorbankan tanaman gandumnya yang kurang elok. Maka oleh Allah diterimanya akan korban Habil dengan mendatangkan api dari langit mengambil korban Habil dan tidak diterima oleh Allah akan korban Qabil itu. Kerana hal itu, maka timbullah kedengkian Qabil terhadap Habil lalu ia bercita-cita untuk membunuh Habil. Menurut Imam Ar-Razy, iblis menunjukkan kepada Qabil bagaimana cara membunuh Habil. Iblis telah datang dengan mengambil seekor burung lalu dipukul tepat di kepalanya dengan menggunakan batu, lalu Qabil mendapat idea bagaimana mahu membunuh Habil. Lalu dia pun mencari batu besar dan dicarinya Habil. Didapati Habil sedang tidur lalu dipukulnya kepala Habil dengan batu, lalu Habil mati di situ juga. Inilah peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah anak-anak Adam. Sesudah Qabil melakukan pembunuhan itu, dia tidak tahu bagaimana harus disembunyikan mayat Habil. Qabil mengusung mayat Habil ke sana kemari dengan penuh kekesalan dan dicerca ibu-bapanya sehingga Allah menunjuknya jalan.. Jumhur ulamak telah menerangkan bahawa Allah telah mengutus dua ekor burung gagak berkelahi berbunuh-bunuhan di hadapan Qabil, lalu mati seekor. Yang hidup mengorek-ngorek tanah dengan paruhnya sehingga lama-kelamaan terbentuklah lubang dan ditanamilah gagak yang mati itu. Dengan menyaksikan perbuatan gagak itu tahulah Qabil bahawa dia harus menanam mayat Habil dengan menggali tanah membentuk lubang kubur.



Reput tanpa kebumi

Amat besar hikmah mengkebumikan jenazah di dalam kubur. Manusia yang dicipta dari segumpal tanah akhirnya kembali kepada tanah. Kita sedia maklum, semua jasad yang mati, lama kelamanan akan mereput. Proses pereputan ini berlaku berperingkat-peringkat di dalam kubur. Seandainya jenazah tidak disemadikan di tanah perkuburan, maka akan tersingkaplah kejadian pereputan yang mengaibkan ini dan manusia tidak dapat hidup aman lantaran bau busuk yang dikeluarkan dari mayat. Malahan, bakteria akan tersebar dan menularkan penyakit kepada manusia yang masih hidup. Peringkat pertama pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri (self-destruction). Enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri. Struktur membran sel akan rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Ia akan menyahaslikan makromolekul dalam badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma seperti sel perembesdan makrofaj. Peringkat kedua adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria anaerobik . Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiada oksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria anaerobik terutamanya pada bahagian organ dalaman badan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipid pada mayat dan menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskan mengakibatkan tubuh mengembung bermula dari perut yang akan mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletus dari mulut dan hidung mayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk. Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulit tidak dapat lagi menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalu menyebarkan bau yang meloyakan. Peringkat ketiga adalah peringkatpereputan. Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalir keluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak. Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turut membusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembut menjadi kecut dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnya mayat tinggal rangka. Peringkat keempat adalah peringkat terakhir dalam proses pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan. Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi. Akhirnya,mikroorganisma seperti bakteria, kulat, alga dan serangga berjaya menakluki tulang. Berlakulah perembesan asid dan enzim metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulang pula hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahan kimia di persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah. Maka, tiada apa lagi yang tinggal pada jasad. Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabila mati, segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlah sentiasa akan mati kerana ia satu peringatan.





Sumber dari Majalahsains

Sunday, 5 February 2012

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PARACETAMOL @ PANADOL

Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.

Baru-baru ini, kawan saya ada forward 1 artikel yang mengingatkan tentang betapa bahaya pengambilan PANADOL ini. (Saya rasa ramai yang dah dapat @ baca artikel ini sebelum ni). Ramai juga yang forward atau share kan info ini di facebook masing-masing. Saya juga ada terbaca dalam facebook kawan-kawan saya.Semua orang nampaknya begitu concern dan prihatin terhadap masalah ini. Menunjukkan rakyat Malaysia ni dah semakin peka terhadap perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Ini satu perkembangan yang bagus. Kepada yang masih belum terbaca tentang perkara ini. Saya kongsikan dengan anda catatan artikel tersebut.

Bahaya Paracetamol (Panadol @ Actifast)
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang kawan yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Petua hilangkan pening (Cara Alternatif)


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron atau ion di dalam sel otak .Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (contohnya air 100 Plus).Campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Kalau nak lebih mudah, 1 cawan isotonik dicampur dengan 2 cawan air biasa.



Merendam kaki dalam air suam .
Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.



Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.




Sumber dari sebuah laman web







Wednesday, 1 February 2012

CUCI TANGAN DI HOSPITAL DEDAH DIRI KEPADA JANGKITAN


 Ia tidak syak lagi bahawa mencuci tangan adalah cara yang mudah untuk mencegah jangkitan, terutamanya jika bersama-sama dengan sabun.

Tetapi agak mengejutkan bila seorang
bacteriologists terkemuka di Britain mengatakan mencuci tangan uolls di hospital-hospital sebenarnya boleh membuat uolls lebih cenderung mendapat jangkitan .

Prof Hugh Pennington berkata pili hospital sering terdedah dengan kuman berbahaya.Beliau berkata sedikit pembelanjaan diperlukan dengan segera untuk menggantikan paip air tangan dengan sistem infra-merah automatik untuk menghentikan kakitangan, pesakit dan pelawat daripada terkena jangkitan  virus.Profesor Pennington, iaitu profesor Emeritus bakteriologi di Aberdeen University, berkata sistem basuhan automatik kini biasa di rumah penyembelihan tetapi tidak hospital.

"Teknologi ini sebenarnya telah lama wujud tetapi ia akan membuat perbezaan yang signifikan untuk mengawal jangkitan di hospital-hospital," katanya. 
"Mereka memasangnya di lapangan terbang malah di rumah penyembelihan  tetapi untuk sebab-sebab tertentu tidak di hospital-hospital . Ia seolah-olah gila dan tidak masuk akal..

"Ianya sebenarnya penting sebab anda seolah-olah telah mendapat jangkitan lebih selepas anda membasuh kerana secara logiknya paip air tersebut telah disentuh oleh ramai orang yang mungkin pembawa jangkitan virus .


Tuesday, 24 January 2012

FUYOO ..KESAN POSITIF DAN NEGATIF PERMAINAN VIDEO

Ramai yang memperkatakan tentang baik buruk permainan video dan internet masa kini. Terdapat juga laporan yang menyatakan permainan video lebih menjurus ke arah perilaku negatif anak-anak dan remaja jika tidak dikawal. Baru-baru ini, seorang saintis telah menerbitkan hasil kajiannya tentang kesan positif dan negatif permainan video di kalangan kanak-kanak dan remaja.    Douglas Gentile berkata penyelidikan yang dilakukannya bersama kumpulannya telah mendapati ada kesan negatif dan positif daripada bermain permainan video. Profesor bidang psikologi Universiti Iowa State menyatakan contoh kedua-duanya dalam satu artikel terbarunya Nature Reviews / Neuroscience terbitan Disember 2011.



Dalam artikel “Brains on Video Games”, enam orang pakar memberikan penjelasan terkini mengenai kesan negatif dan positif permainan video yang boleh menjejaskan kognisi dan tingkah laku. Melalui maklumat tersebut ia boleh dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pemulihan.                           

“Kesemua enam penyelidik daripada empat kumpulan kajian yang berlainan menulis perspektif untuk artikel ini — semuanya bergantung antara satu sama lain, tetapi tumpuan diberikan kepada berbagai isu,” kata Gentile, yang bertugas di di Makmal Kajian Media di Iowa State. “Apa yang paling berharga ialah, hasil kajian mendapati permainan video bukanlah sesuatu yang negatif walaupun ia turut menyumbang kepada masalah, namun ia juga boleh mendatangkan faedah-faedah tertentu.”Kesan Positif Permainan Video". 

Dalam artikel tersebut, Gentile menyatakan penyelidikan telah menunjukkan yang permainan video boleh mendatangkan kesan positif. Satu kajian yang dilakukan oleh dua orang penyelidik bersama iaitu Daphne Bavelier and C. Shawn Green dari Universiti Rochester (N.Y) untuk permainan perang dan tembak-menembak “Unreal Tournament” mendapati yang kemahiran dan tumpuan pemain-pemain meningkat dengan bermain permainan tersebut.
“Jika kandungan permainan video dipilih dengan bijaksana dan tujuan untuk mendidik, ia sebenarnya boleh meningkatkan beberapa kemahiran yang lain” tambah Gentile. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia lebih kepada alat-alat pengajaran yang yang berfungsi mendidik anak-anak berbanding daripada apa yang kita bayangkan. Dan fungsi peralatan video tersebut boleh menjadi baik atau sebaliknya.”
Gentile juga mendokumentasi kesan negatif kajian tersebut. Ada yang berpendapat kebanyakan daripada kesan yang dilaporkan merupakan kesan pendidikan di peringkat awal. Beliau memetik analisis paling komprehensif yang dijalankan sehingga kini — yang diketuai oleh rakan sejawatnya yang juga pakar psikologi. Tinjauan tersebut melibatkan 136 kertas kerja yang memperincikan 381 ujian bebas melibatkan 130,296 peserta penyelidikan.
Hasil penemuan menunjukkan, bermain permainan video yang melibatkan keganasan membawa kepada peningkatan kelakuan sifat tidak peka persekitaran, fisiologi yang tidak seimbang, perlakuan dan tabiat agresif. Ia juga mengurangkan keinginan pemain untuk bersosial di alam nyata.


“Hasil ujikaji permainan video yang boleh menyebabkan kegiatan jenayah atau keganasan fizikal yang serius adalah lemah berbanding bukti bahawa permainan menambahkan sikap agresif yang berlaku setiap hari di sekolah. Sebagai seorang ahli psikologi, saya mengambil berat tentang sikap agresif setiap hari (lisan, hubungan dan fizikal), manakala pengkritik-pengkritik lebih berminat kepada melihat kesan negatif dari hasil ujikaji ini” Gentile menulis.

Mengikut laporannya, tidak terdapat banyak kajian tentang bagaimana bermain permainan video menjejaskan perhatian yang diperlukan dalam bilik darjah. Tetapi yang ada cuma — termasuk dua yang dijalankan di Iowa State — menyatakan ada kaitan antara permainan video dan masalah tumpuan di sekolah.



Ketagihan Permainan Video


Gentile juga memberi fokus kajian tentang ketagihan permainan video dalam artikel tersebut. Sebagai tambahan kepada kedua-dua penanda aras kajian berkenaan patologi permainan video. Beliau menulis kini terdapat skor kajian yang menunjukkan yang corak masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain permainan video dan internet menyamai masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan atau ketagihan judi. 

Beliau menegaskan bahawa permainan video ini dapat menyumbang ke arah kemajuan dalam pembelajaran, terutamanya sejak ia didapati boleh digunakan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Namun begitu, Gentile berkata yang jumlah wang dibelanjakan untuk permainan berpendidikan sangat kecil berbanding jumlah yang dibelanjakan untuk permainan hiburan komersial. Ini disebabkan kebanyakan permainan pendidikan adalah tidak begitu menarik perhatian pengguna, tidak menyeronokkan atau tidak sebaik kualti permainan yang berada di pasaran” ujar beliau.

Dengan memberikan semua kesan yang berbeza permainan video dan internet terhadap pemikiran seperti dinyatakan dalam artikel, Gentile berharap ia boleh mengurangkan sedikit pemikiran negatif dan dikotomi dalam bidang penyelidikan permainan video.

Beliau membuat kesimpulan bermain permainan video bukanlah sesuatu yang positif atau negatif. Penyelidikan sedia ada menunjukkan bahawa ia merupakan alat pengajaran yang berkesan, oleh itu ibubapa atau penjaga perlu memilih permainan yang berpotensi ke arah kebaikan dan mensasarkan untuk memaksimumkan kelebihannya sambil mengurangkan potensi yang merosakkan.