SUPPORT PENAJA

Thursday, 9 February 2012

ANGKARA SKANDAL SEKS DI SEKOLAH





LOS ANGELES: Keseluruhan kakitangan di sekolah di bandar raya ini digantikan ketika polis melakukan siasatan skandal penderaan seks membabitkan seorang guru yang didakwa memberi air maninya kepada kanak-kanak semuda enam tahun.


Tindakan itu dibuat ekoran kebimbangan ibu bapa terhadap kes itu cuba ditutup, selain cuba memahami mengapa polis mengambil masa lebih setahun untuk menahan Mark Berndt, guru berusia 61 tahun yang mengajar di sekolah rendah Miramonte di timur Los Angeles itu.
 Berndt didakwa mengambil gambar 23 kanak-kanak yang ditutup mata dan mulut dengan lipas di wajah mereka serta sudu berisi air mani di mulut mereka antara 2005 dan 2011. Lebih 40 gambar milik suspek diserahkan kepada pihak berkuasa oleh individu yang memproses filem berkenaan pada Januari tahun lalu, tetapi Berndt hanya ditahan minggu lalu dan didakwa atas 23 pertuduhan jenayah. Guru tambahan sekolah itu, Martin Springer, 49, didakwa kelmarin kerana melalukan perbuatan tidak sononoh terhadap seorang kanak-kanak dalam tempoh tiga bulan pada 2009, lapor CNN. 
Mark Berndt (kiri) dan Martin Springer (kanan) yang
dilaporkan bersikap biadap terhadap
 kanal-kanak di sekolah rendah Miramonte .
Murid dan ibu bapa berarak ke sekolah itu kelmarin untuk melakukan demonstrasi membantah keputusan menggantikan semua guru, manakala sesetengahnya mengutuk apa yang dikatakan mereka “Kes itu cuba ditutup” sambil mengutarakan “Siapa lagi yang kami boleh percaya?” 
Pegawai tinggi pendidikan Los Angeles, John Deasy berkata, sekolah berkenaan akan ditutup hingga hari ini apabila semua kakitangan seramai 150 orang - guru, kakitangan pentadbiran, setiausaha dan pengawal keselamatan akan digantikan oleh senarai kakitangan baru. 

Kakitangan yang didapati tidak terbabit dengan kes penderaan itu kemudiannya akan dikekalkan, lapor LA Times sambil menambah Springer dan Berndt saling mengenali dan membawa murid untuk aktiviti luar sekolah bersama sekurang-kurangnya dua kali. - AFP






Sumber dari Harian Metro

BAYI GERGASI DI CHINA

Chun-chun ditempatkan bersebelahan ibunya .
Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 7.04 kilogram di Hospital bersalin Xinxiang China di bandar ini pada Sabtu lalu. Ibunya yang berusia 29tahun melahirkan nya dengan kaedah cesarean yang mengambil masa selama 20 minit. Namun kedua-dua dilaporkan dalam keadaan baik .


Bayi lelaki yang bernama Chun Chun itu dipercayai yang paling besar pernah direkodkan di China sejak negara ini dibentuk pada tahun 1949. Rekod Guinness World Records sebelum ini merekodkan bayi terberat yang pernah dilaporkan dilahirkan di Ohio pada tahun 1879 dengan berat d 23.7 paun (10.77 kilograms).
BAYI gergasi seberat 7.04 kilogram dimandikan oleh seorang 
jururawat di Hospital Bersalin Xinxiang di bandar Xinxiang, China pada Sabtu lalu. 

KEMARUK RABA SESAMA JENIS



KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.
Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka ‘kemaruk’ meraba lelaki lain.



Sumber dari Harian Metro

AKIBAT HILANG SABAR STAFF KFC BELASAH PELANGGAN



Kemungkinan akibat dah terlalu lapar dan terpaksa lak menunggu selama sejam dan tup - tup dah tunggu lama ayam lak habis , seorang brother telah naik angin sehingga meminta pihak KFC untuk meminta maaf atas masalah yang timbul. Namun permintaan brother tersebut nampaknya tidak diendahkan sebaliknya salah seorang kakitangan KFC tersebut pula menjerit kearah pelanggan tersebut sambil berkata : “Kalau mau makan, buat sendiri lah.” 


Insiden pergaduhan yang berlaku di salah satu cawangan iaitu di I-City Shah Alam tersebut  sempat dirakam oleh orang ramai yang kemudian  dimuat turun ke laman perkongsian video yang berdurasi selama 28 saat di YouTube . Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu dan salah seorang Pengarah Operasi Restoran tersebut turut memohon maaf dan menjelaskan secara panjang lebar yang mana ada dimuatkan di Facebook rasmi KFC  iaitu KFC Malaysia .