Insiden pergaduhan yang berlaku di salah satu cawangan iaitu di I-City Shah Alam tersebut sempat dirakam oleh orang ramai yang kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video yang berdurasi selama 28 saat di YouTube . Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu dan salah seorang Pengarah Operasi Restoran tersebut turut memohon maaf dan menjelaskan secara panjang lebar yang mana ada dimuatkan di Facebook rasmi KFC iaitu KFC Malaysia .
No comments:
Post a Comment