Walaupun filem Bunohan belum lagi ditayangkan di pawagam namun telah banyak yang diperkatakan mengenai filem tersebut .Malah tak kurang pujian yang diberikan mengenai nya yang dianggap bakal membawa standard tersendiri dalam dunia perfileman tempatan dan antarabangsa. Sejak ‘trailer’ filem tersebut disiarkan di laman Youtube tahun lalu, penggiat dan penggemar filem tanah air mula merasakan yang ia bakal membawa fenomena baru dalam dunia perfileman tanahair.
Awal-awal lagi filem tersebut dihidu Universal Pictures yang berjaya memperoleh hak pengedarannya . Sejak ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Toronto, September tahun lalu, filem terbitan Nandita Solomon itu turut berjaya menembusi beberapa festival lain termasuk Festival Filem Taipei Golden Horse 2011, Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 di Bali, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan Fantastic Fest 2011 di Amerika
Syarikat.Selain itu, kehebatan jalan cerita Bunohan yang dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan dan ramai lagi itu berjaya dipasarkan di hampir 30 negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand. Terbaru filem berkenaan juga mendapat pujian melambung daripada Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin.Dalam satu temubual di sebuah akhbar baru-baru ini, pengarahnya Dain Said menyifatkan Bunohan adalah naskhah yang dilahirkan dari hati yang tulus serta dekat di hatinya.
“Mungkin ada yang tidak tahu, Bunohan itu juga merupakan sebuah tempat di Kelantan,” katanya yang memberitahu kisah Bunohan sudah berada dalam mindanya sejak lima tahun lalu sebelum dia mengarahkan filem pertamanya, Dukun.
Namun kata Dain, bukanlah kisah tomoi yang menjadi tunjang kepada penceritaan Bunohan tetapi ia sebenarnya memaparkan kisah hubungan kekeluargaan antara tiga adik-beradik yang dilakonkan oleh Faizal, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.Bunohan berkisar mengenai Adil yang terbabit dalam pertarungan tomoi maut di Thailand, namun dia diselamatkan rakan baiknya, Muski. Kerana melanggar peraturan, Adil diburu oleh Ilham, pembunuh yang diupah oleh penganjur pertandingan haram itu. Muski membawa Adi pulang ke kampung mereka, Bunohan. Tanpa disedari, Ilham ialah abang tirinya yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman sejak melarikan diri ketika remaja, selepas ibu bapanya bercerai. Ilham menjejaki Adil hingga ke Bunohan.Di sana, abang Adil, Bakar turut pulang ke kampung atas alasan menjaga bapa mereka yang sakit. Sebenarnya dia mempunyai agenda jahatnya. So nak menguji kehebatan sebenar filem Bunohan yang dikatakan bakal menjadi filem terhebat abad ini saksikan ia di pawagam mulai Mac ini ....












