SUPPORT PENAJA

Monday, 19 March 2012

KANAK-KANAK LEMAS DALAM LUBANG NAJIS


Seorang kanak-kanak tiga tahun maut selepas terjatuh dalam lubang tangki pembetung najis berhampiran rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Jabi di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa, Nur Ammar Adlyn Mohd Husni dikatakan sedang bermain basikal sendirian di tempat kejadian, sebelum terjatuh ke dalam lubang terbabit dan meninggal dunia dipercayai akibat lemas.

Sebelum tragedi malang itu, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik dan juga anak kepada seorang jururawat di situ, sedang bermain basikal berhampiran ibu dan bapanya yang sedang berbual dengan rakan di depan rumahnya.Menurut bapa mangsa, Mohd Husni Mat Hussin, 32, anaknya bermain basikal berhampiran dia dan isterinya yang sedang berbual bersama rakan di hadapan rumah, selepas mereka sekeluarga pulang dari menghadiri kenduri kahwin di Kubang Depu, Jertih.

“Kira-kira 10 minit kemudian, isteri saya menyedari Nur Ammar tiada dan bertanya di mana anak saya itu,” kata kakitangan Majlis Daerah Besut (MDB) itu.

Mohd Husni terlebih dahulu mencari anaknya dalam rumah, namun kelibatnya tidak kelihatan. Sejurus kemudian, dia terdengar jeritan jiran memberitahu anaknya terjatuh dalam lubang najis.Dia kemudiannya berlari ke belakang kuarters jiran dan dari jauh dapat melihat basikal yang dinaiki Nur Ammar berada­ berhampiran lubang itu, di samping sepasang selipar milik ibunya yang dipakai mangsa.

“Apabila menghampiri lu­bang itu, saya dapati anak saya terapung dalam keadaan tertiarap­ dalam lubang najis itu. Isteri saya terlebih dahulu cuba mencapai badannya, namun tidak berjaya.“Saya kemudiannya meniarap lalu menarik anak saya ke atas dan terus dibawa ke klinik sebelum dimaklumkan dia telah meninggal dunia,” katanya.

Mohd Husni berkata, kedalaman lubang tersebut dari permukaan jalan dengan permukaan air najis adalah kira-kira 1.5 meter.Dia sama sekali tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku dalam sekelip mata kerana anaknya hilang dari pandangannya hanya seketika.
Menurutnya, lubang tang­ki­ najis itu tertutup dengan kepingan besi, tetapi dipercayai apabila anaknya terpijak di atas permukaan besi itu, menyebabkan besi terbabit terjatuh ke dalam lubang itu bersama mangsa.Mohd Husni memberitahu, dia difahamkan tangki pembetungan najis itu baru disiapkan dan dia sama sekali tidak menyangka keadaan itu tidak selamat.


Jenazah kanak-kanak malang itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja jam 2 pagi semalam.

BEKAS PELUMBA LE TUA MAUT DIREMPUH



Sesunggunya malang tidak berbau bila aktiviti riadah hujung minggu akhirnya berakhir dengan tragedi. Itulah nasib malang yang menimpa bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan yang terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang D, pagi tadi.
TRAGIK...jenazah Rafizi (gambar kecil) diusung ke
kereta jenazah selepas selesai dibedah siasat di HKL.
 
 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala dan mati tempat kejadian setelah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri. "Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi, kami berjaya mengenal pasti kenderaan itu," katanya. 


Kini, pemandu kereta itu menjadi ‘individu paling dikehendaki’ apabila orang ramai yang berhenti menyaksikan kejadian itu menghantar nombor kenderaan berkenaan di laman twitter serta facebook bagi mengesannya yang melanggar seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, pagi semalam.

Amiruddin berkata, kejadian berlaku di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, polis akan melakukan siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu.



Mengikut sumber dari sebuah blog, maklumat berkenaan kenderaan Proton Saga dengan no flat WCK 2290 serta pemiliknya:-

No Pendaftaran Kereta: WCK 2290
Model: Proton Saga 1.5
Warna: Kelabu
Pemilik: Yahya Arif
Alamat: Lot 333, Batu 7 1/2, Ulu Kelang, Ampang, Selangor



Semoga pihak Polis dapat memberkas pesalah ni secepat mungkin. Takziah buat keluarga arwah. Al-fatihah..