SUPPORT PENAJA

Showing posts with label FUYOO .. BERITA HANGAT BEB. Show all posts
Showing posts with label FUYOO .. BERITA HANGAT BEB. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

LAUNGAN BERSIH KEDENGARAN SEWAKTU NAJIB BERUCAP DI LONDON


Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin. Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya. Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan."Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di lamanYoutube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi."Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut. Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya. "Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.

Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut. Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.



Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa sebahagian besar ucapan Najib kepada warga Malaysia yang menghadiri majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" yang diadakan di dewan konsert 02 Arena di Greenwich, timur London, adalah mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.
   
Najib berkata dalam mana-mana demokrasi akan ada mereka yang mengundi menyokong dan menentang, tetapi akhirnya, apa yang paling utama ialah pilihan rakyat.

Saturday, 3 March 2012

CADANGAN KENAIKAN GAJI OLEH CUEPACS




Nampaknya keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya….

Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :

Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000


Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya.
Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :

  1. Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.
  2. Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)
  3. Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulahSkim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan
  4. Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
  5. Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500
  6. Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

  1. Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
  2. Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
  3. Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
  4. Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
  5. Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

  1. Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
  2. Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs :
  1. Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan.
  2. Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akanmelibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
  3. Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru

P/S : Tuntutan Cuepacs telah pun dibuat. Nantikan tindakan selanjutnya oleh pihak kerajaan selepas ini. Apa pandangan anda dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan Cuepacs ini?

CADANGAN CUEPACS




Seperti kami perkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….


Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Antara Lain Cadangan Cuepacs : Penambaikan Formula Gaji Baru SBPA 2012

Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah :

  1. Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.
  2. Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuktujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21
  3. Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam
  4. Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun
  5. Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akanmenerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.
  6. Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil

Pastinya kalau ditanya kepada kalangan kakitangan awam, mereka pastinya mengharapkan berita gembira daripada penambaikan formula gaji baru SBPA 2012 kali ini. Sama-sama nantikan apakah bentuk perkhabaran yang bakal diumumkan 2 hari lagi.

PERLAKSANAAN SBPA

Salam semua..Kali ni Mak Jemah saje je nak remind balik cerita SBPA ni....korang mesti fikir balik kan tentang SBPA ni...macam mana perlaksanaannya....sebab nanti Mak Jemah Nak cerita yang lain lak..yang lagi hangat tentak SBPA ni....


Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012

Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana


Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.
3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000


Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.

PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA2012 yang baru ini?

Wednesday, 29 February 2012

SEMAK DAFTAR PEMILIH PENGUNDI - PRU - 13




Salam semua, rasanya tak lama lagi pilihanraya umum (PRU) yang ke-13 akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja lagi kan dan yang lebih meyakinkan lagi bila jentera  kerajaan Barisan Nasional sekarang dalam keadaan yang amat selesa berbanding PRU yang lepas apabila agak goyah keadaannya menyebabkan kerajaan Barisan Nasional kehilangan kuasa di 5 buah negeri Selangor, Kedah, Perak (tadbir semula), Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. 
Sebagai warga negara yang layak mengundi korang sepatutnya sudah pun mendaftar sebagai seorang pemilih.Sebagai langkah persediaan kepada kita semua yang merasakan mereka warganegara yang bertanggungjawab dan sewajibnya mengundi sebagai cara memilih pemimpin yang kita rasakan sepatutnya mentadbir urus negara kita dari segi kewangan , undang-undang malah agama rasmi negara kita islam.

Seandainya anda yang berumur 21 tahun dan ke atas, langkah awal yang perlu anda lakukan adalah mendaftar sebagi pemilih di mana-mana cawangan pejabat pos yang ada menyediakan perkhidmatan ini.Setelah mendaftar sebaiknya selepas beberapa bulan anda perlu memeriksa daftar pemilih anda itu, adakah telah tersenarai sebagai pemilih berdaftar dan layak mengundi.Selain tempat mengundi yang sepatutnya sesuai dan telah anda nyatakan semasa mengisi borang daftar dahulu.



SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN PEMILIH ANDA 



KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN


Patut sangat pun kalau kerajaan berhasrat nak membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu dengan alasan kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini. Rais dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah. 

Badu - yang dikecam kerana bergambar menunjukkan tatu kalimah Allah dalam bahasa Arab di dadanya yang terdedah, di samping beberapa huruf bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid - sepatutnya mengadakan persembahan di Kuala Lumpur malam  ini .
Pembatalan konsert "Ratu Neo-Soul" itu dipercayai ekoran bantahan keras daripada pelbagai pihak, termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Pemuda PAS .

Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal.

"Apa yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu. "Namun demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum daripada Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik.

Friday, 24 February 2012

IMAM BALING KASUT PADA HAKIM

ROSLAN HUSSAIN
Pada 22 Feb yang lepas...ade seorang bekas Imam Masjid Al-Rahimah Kg Pandan telah membaling kasut die yang cantik tu ( Mak Jemah pun tak tahu la...kasut ke selipar..tapi slalunye..dorang ni pakai capal jer..) ke bangku Hakim Makamah semasa pembicaraan tuntutannya membuat rayuan pengusirannya kuaters kediamannya atas dakwaan masalah displin..

MUNGKIN DIE PAKAI CAPAL JENIS NI..
Imam berkenaan iaitu Roslan Hussain telah bertindak membaling kasut ke arah 3 orang hakim persekutuan tersebut apabila rayuan die ditolak..Mak Jemah dapat bayangkan..cam ner la keadaan masa tu...cam main softball agaknye kan...hahaa..

Imam tersebut tak rasa bersalah...kerana dia merasakan keputusan tersebut tidak adil...dan pihak mahkamah pulak mengatakan kes tersebut patut di  bawa ke mahkamah syariah..

Kat sini lagi la terang-terang die tunjukkan sikap die...dah la disingkirkan atas dakwaan disiplin...pastu kat mahkamah...tak hormat lak tuh..aduhai..kan ade cara elok..

Bagi Mak Jemah...kene ke kes ni dibawa ke Mahkamah Syariah..ni kan kes kuaters...ish..ish...

Kalau nak cerita lebih lanjut klik sini

SUMBER : YAHOO NEWS.

Wednesday, 15 February 2012

MENDIANG WHITNEY AKAN DISEMADI SABTU INI




Seperti yang Ceciter share sebelum ini mengenai pemergian DIva Pop terkenal yang telah meninggalkan kita jutaan peminatnya di seluruh dunia . Susulan dari itu pengebumian mendiang diva pop Whitney Houston akan disemadikan pada pukul 12 tengah hari Sabtu ini dimajlis pengembumian tertutup dengan disaksikan oleh mereka yang dijemput khas sahaja. Majlis tersebut akan dilakukan di dalam sebuah gereja di mana dia mula-mula mengasah bakatnya .


Pemilik Rumah Pengebumian Whigham di Newarkribuan peminat Houston tidak dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir memandangkan keluarga mendiang tidak bersetuju mengadakan majlis memperingatinya selama dua hari di kompleks sukan Newark. Whigham Carolyn berkata, perkhidmatan pengkebumian akan melalui jemputan sahaja, mencerminkan hasrat keluarga untuk memberi peringatan yang lebih peribadi.

"Mereka telah berkongsi beliau dengan dunia untuk selama 30 tahun . Jadi ini adalah masa terbaik mereka sekarang untuk mengabadikan perpisahan mereka," katanya."Keluarga Whitney juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat, rakan-rakan dan media, tetapi kali ini adalah masa peribadi mereka bersama Diva tersebut," katanya. Houston yang berusia 48 tahun meninggal dunia Sabtu lalu di sebuah hotel di Beverly Hills, California, hanya beberapa jam sebelum dia bersedia untuk bersiap ke parti Anugerah pra-Grammy anjuran pengeluar Clive Davis '. Dia ditemui berada didalam tab tidak sedarkan diri sewaktu ditarik keluar . 
Kereta jenazah tiba di Newark - February 13, 2012


Selepas bedah siasat dilakukan pada hari Ahad, pihak berkuasa berkata tidak terdapat sebarang tanda-tanda perbuatan khianat ataupun trauma namun ujian toksikologi ditubuhkan untuk mengetahui punca kematian.
Mayat mendiang kemuadiannya dibaa pulang ke New Jersey lewat Isnin. Houston dilahirkan di Newark dan mula menyanyi sejak kanak-kanak di New Hope Baptist Church . Meninggalkan seorang anak perempuan Bobbi Kristina Brown, 18, dari perkahwinannya dengan penyanyi Bobby Brown. 

Monday, 13 February 2012

JAWATAN KOSONG DI MPSJ


BERITA BAIK KEPADA YANG SEDANG MENCARI KERJA.

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) | Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan jawatan kosong untuk dipenuhi oleh rakyat Malaysia yang berlayakan untuk jawatan-jawatan seperti yang dinyatakan dibawah.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:


1. Arkitek
2. Akauntan
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Penolong Jurutera
5. Penolong Pegawai Penilaian
6. Penolong Juruukur Bahan
7. Ahli Muzik
8. Juruteknik Audio
9. Juruteknik Komputer
10. Juruteknik Perancang Bandar dan Wilayah
11. Pembantu Penilaian
12. Pembantu Perpustakaan
13. Pembantu Kesihatan Awam
14. Pembantu Tadbir
15. Pembantu Operasi
16. Pembantu Awam
17. Tukang K2 (Mekanik Bengkel)


-
KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON


Tarikh Tutup Permohonan:22 February 2012!!!

SEMAKAN ONLINE BR1M


SEMAKAN ONLINE BR1M | STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.


Panduan Semakan BR1M

Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.


Setelah mendapatkan baucar berkenaan, bolehlah ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai. Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, anda perlu mengisi borang rayuan dengan segera. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan dilaksanakan sehingga 15 Mac 2012 mengikut jadual.


Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.

-
Rayuan


Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my atau untuk mendownload borang rayuan sila klik DISINI.

Sunday, 12 February 2012

SUSULAN KONTROVERSI DANG SURIA BUAT PENJELASAN


Rentetan daripada kontroversi akibat dari kelantangan Dang Suria Zainordin semasa ujibakat rancangan “On Air” yang lalu dikatakan memberi kritikan pedas sehingga mengaibkan peserta dalam uji bakat tersebut,telah melahirkankan rasa tidak puas hati oleh segelintir pihak dan ada juga yang menganggap kritikan itu terlalu kejam dan biadap disebabkan Dang Suria mengaitkan dengan paras rupa dan fizikal peserta yang menghadiri uji bakat itu.Impaknya Dang Suria menjadi bahan perbualan panas di internet menerusi laman blog hiburan mahupun laman sosial facebook,Ekoran itu Dang Suria tampil menjelaskan situasi sebenar di portal berita mstarOnline

Namun Dang Suria memberi penjelasan bahawa , apa yang telah ditonton di televisyen menerusi saluran Astro Ria tidak seperti yang terjadi ketika uji bakat berlangsung sebaliknya ia banyak disunting bagi meraih rating penonton.

“Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu,” selorohnya.
Mengakui mengenai kritikan itu sedikit kasar, Dang Suria enggan memberi harapan palsu kepada para peserta yang bersungguh-sungguh mencuba dalam uji bakat tersebut sebaliknya mahukan ia menjadi satu pembakar semangat buat mereka.“Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka.Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu hakikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama.

“Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran.Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga,” tegasnya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

Saturday, 11 February 2012

KISAH DISEBALIK KEJADIAN DI KFC ICT


Sure uolls ada mendengar tentang isu hangat kini iaitu seorang pelanggan telah dibelasah oleh pekerja KFC di sebuah cawangan KFC iaitu di ICT Shah Alam . Ekoran dari kejadian tersebut beberapa andaian telah timbul . Ada yang kata wujudnya provokasi dalam insiden yang berlaku . So untuk menjawab teka-teki yang bersarang dalam diri uolls tu jom layan video ni untuk mendapat jawapan yang lebih clear dan sila ler wat judgement sendiri yer . Bagi Sis biarler pihak polis dan KFC yang setelkan  . Betol tak ??





Friday, 10 February 2012

BORANG RAYUAN BRM1



Bagi pemohon yang telah mendapat surat maklumbalas tapi tak bernasib nak merasa duit BRM1 janganlah  berputus asa. Kalau ada lagi rezeki tak kemana kan . Kepada pemohon yang gagal ,  peluang masih lagi terbuka kepada uolls . Pemohon boleh mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat petugas di Pusat Khidmat wakil rakyat dan penyelaras Barisan Nasional (BN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Persekutuan .



BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA


Thursday, 9 February 2012

AKIBAT HILANG SABAR STAFF KFC BELASAH PELANGGAN



Kemungkinan akibat dah terlalu lapar dan terpaksa lak menunggu selama sejam dan tup - tup dah tunggu lama ayam lak habis , seorang brother telah naik angin sehingga meminta pihak KFC untuk meminta maaf atas masalah yang timbul. Namun permintaan brother tersebut nampaknya tidak diendahkan sebaliknya salah seorang kakitangan KFC tersebut pula menjerit kearah pelanggan tersebut sambil berkata : “Kalau mau makan, buat sendiri lah.” 


Insiden pergaduhan yang berlaku di salah satu cawangan iaitu di I-City Shah Alam tersebut  sempat dirakam oleh orang ramai yang kemudian  dimuat turun ke laman perkongsian video yang berdurasi selama 28 saat di YouTube . Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu dan salah seorang Pengarah Operasi Restoran tersebut turut memohon maaf dan menjelaskan secara panjang lebar yang mana ada dimuatkan di Facebook rasmi KFC  iaitu KFC Malaysia .

Wednesday, 1 February 2012

DATUK SERI ANWAR NASIHATKAN TUN ' DUK DIAM-DIAM '






Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.
"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion."Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi. Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.
"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."
"Dey ane! Mana satu ini."Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.
Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.  Anwar juga diraikan dengan hidangan ‘yee sang’ dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.
Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.
“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)
“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid). Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini menteri.“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.
Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.


Petikan dari Malaysikini.com

Tuesday, 31 January 2012

FILEM THE GIRL WITH THE DRAGON TATOO DIHARAM DI INDIA



Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbuster, The Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.

Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).

"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh."Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan," tambahnya. 

Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.

"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.

Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.

Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP

Sunday, 29 January 2012

FUYOO.. PENTAS AJL 26 GEMPAK

  • Kos bagi set pentas pada kali ini mencecah sehingga RM 600,000.
  • Proses pembikinan set pentas telah bermula sejak 22 Januari lalu.
  • 100 orang pekerja terlibat bagi merealisasikan rekabentuk pentas AJL pada kali ini.
  • 50% daripada set pentas terdiri daripada tiga skrin ‘layer’ LED
  • Aliran ‘air’ dapat dilihat di atas pentas yang merupakan simbolik bagi aliran muzik yang dibawa oleh penyanyi dan seterusnya turun ke hati penonton.



Pelan set pentas dari atas kertas:






FUYOO.. DEBARAN AJL 26



Sekarang ni hangat perkatakan tentang AJL ke-26 yang akan bersiaran esok ( 29 Jan 2012 ) secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, dan akan disiarkan kat TV3 le...

Video Promo AJL 26

Pesaing kali ni memang hangat-hangat belaka...dan CECITER pun tak sabar nak tengok...mane tak nye..tiket cepat gile habis cam pisang goreng panas..ramai la yang balik kecewa weh...CECITER dok kat TV je la...heheeeee...

Konsep AJL kali ni adalah berkonsepkan elemen air..

Antara artis yang bakal berentap...



1-KALAU BERPACARAN – Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate



2-KARMA – Faizal Tahir

3-PENAKUT – Yuna
4-SEDETIK LEBIH -Anuar Zain/Jaclyn Victor

5-AWAN NANO – Hafiz AF7

6-CINTA MUKA BUKU – Najwa Latif

7-WANITA SELURUH DUNIA – Projek Pistol

8-BERIBU SESALAN – Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura

9-KEKANDA ADINDA – Monolog dan Atilia

10-SUNGAI LUI – Aizat

11-KISAH HATI – Alyah

12-GADIS SEMASA – Yuna