SUPPORT PENAJA

Showing posts with label FUYOO..GOSSIP DAN ARTIS. Show all posts
Showing posts with label FUYOO..GOSSIP DAN ARTIS. Show all posts

Monday, 5 March 2012

BENARKAH BUNOHAN BAKAL MENGEGARKAN PANGGUNG 8 MAC INI


Walaupun filem Bunohan  belum lagi ditayangkan di pawagam namun telah banyak yang diperkatakan mengenai filem tersebut .Malah tak kurang pujian yang diberikan mengenai nya yang dianggap bakal membawa  standard tersendiri dalam dunia perfileman tempatan dan antarabangsa. Sejak ‘trailer’ filem tersebut disiarkan di laman Youtube tahun lalu, penggiat dan penggemar filem tanah air mula merasakan yang ia bakal membawa fenomena baru dalam dunia perfileman tanahair.


Awal-awal lagi filem tersebut dihidu Universal Pictures yang berjaya memperoleh hak pengedarannya . Sejak ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Toronto, September tahun lalu, filem terbitan Nandita Solomon itu turut berjaya menembusi beberapa festival lain termasuk Festival Filem Taipei Golden Horse 2011, Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 di Bali, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012 dan Fantastic Fest 2011 di Amerika 
Syarikat.Selain itu, kehebatan jalan cerita Bunohan yang dibintangi Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan dan ramai lagi itu berjaya dipasarkan di hampir 30 negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand. Terbaru filem berkenaan juga mendapat pujian melambung daripada Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin.Dalam satu temubual di sebuah akhbar baru-baru ini, pengarahnya Dain Said menyifatkan Bunohan adalah naskhah yang dilahirkan dari hati yang tulus serta dekat di hatinya.


Apatah lagi, dibesarkan di Tumpat, Kelantan, Dain begitu tertarik dengan aktiviti tomoi yang menjadi aktiviti wajib dan menjana ekonomi daripada kelab-kelab tomoi.


“Boleh dikatakan Bunohan lahir daripada pengamatan dan pengalaman saya sewaktu kecil yang melihat bagaimana aktiviti tomoi juga sebenarnya mempunyai metafora di sebalik definisi ganas yang sering dilabelkan. Ia sebenarnya menghubungkan ikatan kekeluargaan mereka menerusi perniagaan yang dijalankan sekali gus memberi idea kepada saya untuk menulis naskhah ini.

“Mungkin ada yang tidak tahu, Bunohan itu juga merupakan sebuah tempat di Kelantan,” katanya yang memberitahu kisah Bunohan sudah berada dalam mindanya sejak lima tahun lalu sebelum dia mengarahkan filem pertamanya, Dukun.

Namun kata Dain, bukanlah kisah tomoi yang menjadi tunjang kepada penceritaan Bunohan tetapi ia sebenarnya memaparkan kisah hubungan kekeluargaan antara tiga adik-beradik yang dilakonkan oleh Faizal, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.Bunohan berkisar mengenai Adil yang terbabit dalam pertarungan tomoi maut di Thailand, namun dia diselamatkan rakan baiknya, Muski. Kerana melanggar peraturan, Adil diburu oleh Ilham, pembunuh yang diupah oleh penganjur pertandingan haram itu. Muski membawa Adi pulang ke kampung mereka, Bunohan. Tanpa disedari, Ilham ialah abang tirinya yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman sejak melarikan diri ketika remaja, selepas ibu bapanya bercerai. Ilham menjejaki Adil hingga ke Bunohan.Di sana, abang Adil, Bakar turut pulang ke kampung atas alasan menjaga bapa mereka yang sakit. Sebenarnya dia mempunyai agenda jahatnya. So nak menguji kehebatan sebenar filem Bunohan yang dikatakan bakal menjadi filem terhebat abad ini saksikan ia di pawagam mulai Mac ini ....



Saturday, 3 March 2012

ALEYA SAH BERCERAI TALAK SATU



Berita mengejutkan tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah. Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.

Monday, 27 February 2012

PASANGAN YANG PALING HOT DI ANUGERAH OSKAR KE 84


Judd Apatow and Leslie Mann

Chris Pratt and Anna Faris
Colin Firth and Livia Giuggioli

Nominee Gary Oldman and Alexandra Edenborough
Melanie Griffith and Antonio Banderas
Jean Dujardin
Berenice Bejo and Michel Hazanavicius
Brad Pitt and Angelina Jolie
George Clooney and Stacy Keibler


Natalie Portman and Benjamin Millepied









Friday, 24 February 2012

PASANGAN YUSRI - LISA SAH JADI SUAMI ISTERI





Tahniah buat Yusry Abdul Halim yang kini sah menjadi suami pelakon, Lisa Surihani dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.10 malam tadi. 
Majlis yang bertemakan "Winter Garden " yang dilangsungkan  di Ballroom Hotel Marriot , Putrajaya  dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama . 

Pasangan dinikahkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa. 


Namun kedua pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran. Lisa mengenakan busana baju kurung moden rekaan, Cosry berwarna 'Off White' sementara Yusry mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan samping direka oleh Nuratikah Songket. 

Thursday, 23 February 2012

ADELE BUAT ISYARAT LUCAH DI ANUGERAH MUZIK


Tahun 2012 merupakan tahun bertuah buat Adele apabila dia bukan sahaja meraih enam anugerah Grammy tetapi turut merangkul dua anugerah pada Anugerah Muzik Britain.Namun, Anugerah Muzik Britain yang berlangsung kelmarin juga mengundang kontroversi buat penyanyi tersebut yang popular dengan lagu If I Die Young itu kerana dia dilihat memberi isyarat jari yang dianggap lucah.

Insiden itu berlaku apabila hos anugerah berkenaan bertindak memotong ucapan kemenangan Adele bagi memberi laluan bagi atur cara seterusnya.
"Saya memohon maaf sekiranya saya menyinggung sesiapa tetapi isyarat ini bukan ditujukan kepada peminat saya," kata Adele."Saya sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua (para hadirin) dan semua peminat saya," tambahnya.

Adele, 23, memenangi dua kategori utama Anugerah Muzik Britain iaitu Artis Solo Wanita dan Album Terbaik 2011 menerusi albumnya, 21. Anugerah Artis Solo Lelaki dimenangi Ed Sheeran yang turut merangkul trofi kategori Aksi Cemerlang manakala Coldplay pula meraih anugerah Kumpulan Britain.Penyanyi popular, Bruno Mars memenangi trofi Artis Antarabangsa Solo kategori lelaki. 

Rihanna yang membuat persembahan pada majlis itu memenangi Artis Antarabangsa Solo Wanita. Anugerah Muzik Britain yang berlangsung buat kali kedua di stadium Arena O2 di sini dihoskan oleh aktor popular Britain, James Corden. - AGENSI




Monday, 20 February 2012

TAK HENSEM TAPI TETAP POPULAR



Ingin menjadi artis terkenal dan berjaya sudah semestinya memerlukan pakej yang lengkap lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan gah seperti di Amerika.. Selain dari bakat  , rupa yang boleh bawak  jual  iaitu  tampan dan cantik juga amatlah  penting selain dari personaliti yang mengancam. Semua itu penting dan menjadi modal untuk mencari nama disana . Namun ada juga yang diantara mereka yang tanpa rupa pun boleh berjaya mencipta nama dan menjadi amat terkenal di Holloywood . Siapa kah manusia bertuah itu ..??? Jom layan ..


Laurence Fishburne
Gary Oldman
Ron Perlman
Woody Allen


Christopher Walken

Forest Whitaker

Steve Buscemi

Danny Trejo


DETIK-DETIK TERAKHIR BERSAMA MENDIANG WHITNEY


Korang sumer sure dah tahu yang upacara pengembumian penyanyi legenda pop tersohor iaitu Whitney Houstan telah pun selesai dilangsungkan . Upacara tersebut berlangsung dalam majlis yang tertutup dan hanya seorang wartawan sahaja yang dibenarkan membuat liputan sehingga selesai majlis tersebut . So disini Sis nak share antara beberapa gambar ketika detik-detik terakhir upacara tersebut yang berlangsung di New Hope Baptist Church.







Sunday, 19 February 2012

ZIANA ZAIN BUAT PENDEDAHAN BERANI



Sudah lama kita tidak disajikan perihal penyanyi popular yang meletup dengan lagu Madah Berhelah nie kan Penghujung tahun lalu, khabar angin pernah mengatakan bahawa penyanyi popular Ziana Zain,45 telah menerima suntikan di wajah. Bagaimanapun, perkhabaran itu senyap seketika bak angin lalu. Bagaimanapun peluang bertemu penyanyi Puncak Kasih itu ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, di sini semalam telah memberi kesempatan kepada wartawan dari portal terkenal untuk menuramah beliau .

Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya. 


"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat. "Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung. 

Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut wajahnya, malah juga kesihatan. Jelas Ziana, dia mengambil masa yang agak lama untuk yakin dengan suntikan kolagen, meskipun beberapa individu yang rapat dengannya termasuk doktor kosmetiknya dan adiknya Anuar Zain, telah lama menasihatinya untuk mendapatkan suntikan berkenaan.

"Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya. Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya.
Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh.

Tidak perlu terbang jauh ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan suntikan berkenaan, sebaliknya percaya dengan kebolehan doktor pakar kecantikan tempatan yang ditemui di ibu negara. Tidak perlu juga berbelanja ratusan ribuan ringgit, terang Ziana Zaian, suntikan yang diambilnya itu dibayar pada harga sangat berpatutan, apatah lagi kesannya akan kekal untuk jangkamasa dua tahun lamanya.

"Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan masa kini. "Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya.Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisioanl lain kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya lebih berkeyakinan," katanya.

Wednesday, 15 February 2012

BEYONCE PATENKAN NAMA ANAK


Ramai mungkin sudah tahu mengenai pasangan selebriti Beyonce Knowles dan Jay Z kini sudah memiliki seorang puteri yang amat comel yang diberi nama Blue Ivy Carter Nama bayi tersebut kini menjadi sebutan ramai sehingga memaksa ibunya Beyonce untuk  mematenkan nama puteri pertama mereka, Blue Ivy Carter. Langkah tersebut diambil untuk mencegah kemungkinan penggunaan nama anak sebagai jenama dagangan produk-produk bayi oleh pihak lain.

Menurut laporan di dalam Aceshowbiz, pelantun lagu Ladies itu dan suami telah memfailkan permohonan ke Pejabat Paten dan Dagang Amerika Syarikat baru-baru ini, setelah terdapat beberapa pihak berusaha menggunakan nama anak mereka sebagai nama kedai dan sebagainya. Sebelumnya, perancang busana Joseph Mbeh memakai nama Blue Ivy Carter NYC pada 11 Januari 2012. Sementara pemohon lain pula meminta menggunakan nama bayi mereka seperti Blue Ivy Carter Glory IV untuk produk wangian pada 20 Januari.



Bagaimanapun permohonan itu ditolak dengan alasan nama Blue Ivy milik bayi Beyoncel dan produk yang menggunakan nama tersebut akan memberikan kesan yang salah kepada pelanggan. Namun, ada satu butik di Wisconsin yang lebih dahulu menggunakan nama dagang 'Blue Ivy' sebelum anak Beyonce lahir dan ia kekal dengan nama tersebut.

Tuesday, 14 February 2012

ADELE UNGGULI SENARAI PEMENANG GRAMMYS AWARD KE 54


Nama pemenang bagi Anugerah Grammy 2012 telah pun didedahkan dengan penguasaan Adele mengungguli  pemenang Anugerah Grammy dengan enam anugerah. Acara Anugerah Tahunan Grammy ke-54 2012 telah diadakan di Los Angeles Staples Center pada hari Ahad malam, 12 Februari, 2012. Anugerah Grammy 2012 telah dikuasai oleh artis British sensasi Adele yang memenangi enam anugerah. 


Adele yang berusia 23 tahun mengungguli Anugerah Grammy 2012  dengan memenangi semua anugerah yang telah dikategori iaitu melengkapkan kemenangan dengan memenangi 'Rekod of the Year' dua anugerah akhir untuk 'Rolling Dalam Deep' dan 'Album Tahun untuk' '21 pada majlis itu.
Selain itu, si rambut coklat tersebut juga memenangi Anugerah Grammy 2012 dengan menang  anugerah lagu terbaik iaitu lagu 'Rolling Dalam Deep', ' Artis SoloTerbaik' untuk ' ‘Someone Like You’, ' Vokal Terbaik Album Pop  ' For ''21 dan 'Music Video Pendek Terbaik' untuk 'Rolling In The  Deep'. Beliau juga menerima Anugerah Grammy daripada bintang seperti  Lady LLCool J dan Diana Ross. Beliau sangat emosi dan menitiskan airmata semasa naik ke pentas membuat ucapan .




Antara pemenang Anugerah Grammy 2012 :
                                                                                                                                                                                                                        
Award CategoryGrammy Award Winner
Record Of The Year‘Rolling In The Deep’ Adele
Album Of The Year’21’ Adele
Song Of The Year‘Rolling In The Deep’ Adele Adkins And Paul Epworth (Song Writer Award)
Best New ArtistBon Iver
Best Pop Solo PerformanceAdele ‘Someone Like You’
Best Rock AlbumFoo Fighters ‘Wasting Light’
Best Pop DuoTony Bennett And Amy Winehouse ‘Body And Soul’
Best Pop Vocal AlbumAdele ‘21’
Best Rap AlbumKanye West ‘My Beautiful Dark Twisted Fantasy’
Best Pop Instrumental AlbumBooker T. Jones ‘The Road From Memphis’
Best Dance RecordingSkrillex ‘Scary Monsters And Nice Sprites’
Best Dance/Electronica AlbumSkrillex ‘Scary Monsters And Nice Sprites’
Best Traditional Pop Vocal AlbumTony Bennett & Various Artists ‘Duets II’
Best Rock PerformanceFoo Fighters ‘Walk’
Best Hard Rock/Metal PerformanceFoo Fighters ‘White Limo’
Best Rock SongFoo Fighters (Songwriters) ‘Walk’
Best Alternative Music AlbumBon Iver ‘Bon Iver’
Best R&B PerformanceCorinne Bailey Rae ‘Is This Love’
Best Traditional R&B PerformanceCee Lo Green & Melanie Fiona ‘Fool For You’
Best R&B SongCee Lo Green, Melanie Hallim, Jack Splash (Songwriters) ‘Fool For You’
Best R&B AlbumChris Brown ‘F.A.M.E’
Best Rap PerformanceJay-Z & Kanye West ‘Otis’
Best Rap/Sung CollaborationKanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie ‘All Of The Lights’
Best Rap SongJeff Bhasker, Stacy Ferguson, Malik Jones, Warren Trotter & Kanye West (Songwriters) ‘All Of The Lights’
Best Country Solo PerformanceTaylor Swift ‘Mean’
Best Country Duo/Group PerformanceThe Civil Wars ‘Barton Hollow’
Best Country SongTaylor Swift (Songwriter) ‘Mean’
Best Country AlbumLady Antebellum ‘Own The Night’
Best New Age AlbumPat Metheny ‘What’s It All About’
Best Improvised Jazz SoloChick Corea ‘500 Miles High’
Best Jazz Vocal AlbumTerri Lyne Carrington & Various Artists ‘The Mosaic Project’
Best Jazz Instrumental AlbumCorea, Clarke & White ‘Forever’
Best Large Jazz Ensemble AlbumChristian Mcbride Big Band ‘The Good Feeling’
Best Gospel/Contemporary Christian Music PerformanceLe’Andria Johnson ‘Jesus’
Best Gospel SongKirk Franklin (Songwriter) ‘Hello Fear’
Best Contemporary Christian Music SongLaura Story (Songwriter) ‘Blessings’
Best Gospel AlbumKirk Franklin ‘Hello Fear’
Best Contemporary Christian Music AlbumChris Tomlin ‘And If Our God Is For Us…’
Best Latin Pop, Rock, Or Urban AlbumMana ‘Drama Y Luz’
Best Regional Mexican Or Tejano AlbumPepe Aguilar ‘Bicentenario’
Best Banda Or Norteno AlbumLos Tigres Del Norte ‘Los Tigres Del Norte And Friends’
Best Tropical Latin AlbumCachao ‘The Last Mambo’
Best Americana AlbumLevon Helm ‘Ramble At The Ryman’
Best Bluegrass AlbumAlison Krauss & Union Station ‘Paper Airplane’
Best Blues AlbumTedeschi Trucks Band ‘Revelator’
Best Folk AlbumThe Civil Wars ‘Barton Hollow’
Best Regional Roots Music AlbumRebirth Brass Band ‘Rebirth Of New Orleans’
Best Reggae AlbumStephen Marley ‘Revelation Pt. 1: The Root Of Life’
Best World Music AlbumTinariwen ‘Tassili’
Best Children’s AlbumVarious Artists ‘All About Bullies … Big And Small’
Best Spoken Word AlbumBetty White ‘If You Ask Me (And Of Course You Won’t)’
Best Comedy AlbumLouis CK ‘Hilarious’
Best Musical Theater Album‘The Book Of Mormon’
Best Short Form Music VideoAdele ‘Rolling In The Deep’
Best Long Form Music VideoFoo Fighters ‘Foo Fighters: Back And Forth’