SUPPORT PENAJA

Thursday, 23 February 2012

ADELE BUAT ISYARAT LUCAH DI ANUGERAH MUZIK


Tahun 2012 merupakan tahun bertuah buat Adele apabila dia bukan sahaja meraih enam anugerah Grammy tetapi turut merangkul dua anugerah pada Anugerah Muzik Britain.Namun, Anugerah Muzik Britain yang berlangsung kelmarin juga mengundang kontroversi buat penyanyi tersebut yang popular dengan lagu If I Die Young itu kerana dia dilihat memberi isyarat jari yang dianggap lucah.

Insiden itu berlaku apabila hos anugerah berkenaan bertindak memotong ucapan kemenangan Adele bagi memberi laluan bagi atur cara seterusnya.
"Saya memohon maaf sekiranya saya menyinggung sesiapa tetapi isyarat ini bukan ditujukan kepada peminat saya," kata Adele."Saya sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua (para hadirin) dan semua peminat saya," tambahnya.

Adele, 23, memenangi dua kategori utama Anugerah Muzik Britain iaitu Artis Solo Wanita dan Album Terbaik 2011 menerusi albumnya, 21. Anugerah Artis Solo Lelaki dimenangi Ed Sheeran yang turut merangkul trofi kategori Aksi Cemerlang manakala Coldplay pula meraih anugerah Kumpulan Britain.Penyanyi popular, Bruno Mars memenangi trofi Artis Antarabangsa Solo kategori lelaki. 

Rihanna yang membuat persembahan pada majlis itu memenangi Artis Antarabangsa Solo Wanita. Anugerah Muzik Britain yang berlangsung buat kali kedua di stadium Arena O2 di sini dihoskan oleh aktor popular Britain, James Corden. - AGENSI




No comments:

Post a Comment