SUPPORT PENAJA

Showing posts with label FUYOO ...FAKTA BEB. Show all posts
Showing posts with label FUYOO ...FAKTA BEB. Show all posts

Monday, 16 April 2012

7 KEBAIKAN YANG DAPAT BILA MENANGIS ..



Ada beberapa alasan manusia menangis:

  •  Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  •  Menangis kerana rasa takut.
  •  Menangis kerana cinta.
  •  Menangis kerana gembira.
  •  Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  •  Menangis kerana terlalu sedih.
  •  Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  •  Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  •  Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  •  Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.


Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Friday, 30 March 2012

GEMPA BUMI BENCANA YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA




Rentetan dari peristiwa gempa yang melanda negara kita iaitu di Mersing semalam , disini Sis nak ler share dengan uolls sebuah artikel yang amat berguna untuk kita semua seandainya kita berada dalam situasi mencemaskan tersebut . Sis harap uolls bacalah keseluruhan artikel ini semoga ianya menjadi panduan penting untuk kita diwaktu berdepan dengan situasi mencemaskan  tersebut  . Mana tau mungkin dengan sedikit bantuan dari artikel ini sedikit sebanyak mampu membantu kita  dalam membuat tindakan yang bijak demi menyelamatkan nyawa kita dan paling penting nyawa orang tersayang iaitu keluarga kita . So jom baca ..

Pernahkah kamu merasakan Gempa? Ketika gempa bumi terjadi, tiba-tiba kepala terasa pusing dan seolah-olah berputar. Mengapa hal tersebut terjadi dan apakah sebenarnya gempa bumi itu? Untuk mengetahuinya, anda boleh membaca artikel ini.

Gempa bumi adalah getaran (goncangan) yang terjadi kerana pergerakan (bergesernya) lapisan batu bumi yang berasal dari dasar atau ke bawah permukaan bumi dan juga boleh disebabkan adanya letusan gunung berapi. Gempa bumi sering terjadi di kawasan yang berada berhampiran dengan gunung berapi dan juga di kawasan yang dikelilingi lautan luas.

Gempa bumi biasa disebabkan oleh pergerakan kerak bumi (lempeng bumi). Kata gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan daerah asal terjadinya kejadian gempa bumi tersebut. Bumi kita walaupun padat, selalu bergerak, dan gempa bumi terjadi apabila tekanan yang terjadi kerana pergerakan itu sudah terlalu besar untuk dapat ditahan.


Anatomi Gempa Bumi

Gempa bumi terjadi setiap hari di bumi, namun kebanyakan kecil dan tidak menyebabkan kerosakan apa-apa. Gempa bumi kecil juga boleh mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sesudah, sebelum, atau selepas gempa bumi besar tersebut.


Mengapa Terjadi Gempa Bumi


Gempa bumi yang hebat umumnya disebabkan oleh proses tektonik, yang terjadi kerana pergerakan lempeng kerak bumi. Para saintis berpendapat bahawa lempeng samudera yang mengapung pada lapisan yang bersifat padat tetapi sangat panas, mengalir secara perlahan, seperti cecair dengan viskositas (kekentalan) tinggi. Pada saat lempeng samudera menyusup ke bawah lempeng benua, terjadi geseran yang menghalang proses penyusupan. Perlambatan gerak penyusupan menyebabkan adanya akumulasi tenaga di zon subduksi dan zon patahan, akibatnya akan terjadi tekanan, tarikan, dan geseran. Apabila batas elastisitas batuan terlampaui akibat tekanan, tarikan, dan geseran, maka akan terjadi pensesaran batuan yang diikuti oleh lepasnya tenaga secara tiba-tiba yang menyebar ke segala arah yang disebut gelombang gempa bumi atau gelombang seismik. Pada zon patahan, getaran gempa bumi boleh berlaku akibat gerak relative naik yang disebut patahan (sesar) naik, gerak relative turun (patahan / sesar turun) dan gerak relative luncurkan (patah / sesar luncurkan).

Penyebab lain membolehkan terjadinya gempa bumi iaitu terjadi runtuhan pada atap-atap gua atau terowong di daerah perlombongan. Gempa semacam ini disebut gempa runtuhan. Intensitas gempanya tidak begitu kuat dan hanya terasa di daerah sekitar runtuhan.

Intensitas .
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dinamakan Pengukur Richter.Gempa bumi dibahagikan ke dalam skala dari satu hingga sembilan berdasarkan saiznya (skala Richter). Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli.


Faktor-faktor Penyebab Gempa Bumi

Faktor yang pertama disebabkan kerana bergeser dan terpisahnya lapisan-lapisan yang terdapat dalam kerak bumi. Yang kedua, kerana adanya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat. Letusan yang dahsyat tersebut juga selain menyebabkan goncangan yang kuat juga sering menyebabkan adanya gelombang ombak yang sangat tinggi di lautan yang terkenal dengan nama gelombang "Tsunami".

Jenis Gempa Bumi Dari faktor-faktor penyebab terjadinya, maka gempa bumi dapat digolongkan menjadi dua. Pertama di sebut gempa "Tektonik". Gempa Tektonik terjadi kerana lapisan kerak bumi yang keras menjadi genting (perisian) dan akhirnyabergerak. Teori dari "Tektonik Plate" menjelaskan bahawa bumi terdiri dari beberapa lapisan batuan, sebahagian besar kawasan dari lapisan kerak itu akan hanyut danterapung di lapisan seperti salju. Lapisan tersebut begerak perlahan sehinggaberpecah-pecah dan bertembung satu sama lain. Hal inilah yang menyebabkan terjadinya Gempa Tektonik.




Gempa Vulkanik jarang berlaku apabila dibandingkan dengan gempa tektonik. Gempa gunung berapi terjadi kerana adanya letusan gunung berapi yang sangat dahsyat.Ketika gunung berapi meletus maka getaran dan goncangan letusannya boleh terasa sampai dengan sejauh 20 batu. Sejarah mencatat, di Indonesia pernah terjadi letusan gunung berapi yang sangat dahsyat pada tahun 1883 iaitu meletusnya Gunung Krakatau yang berada di Jawa barat. Letusan ini menyebabkan goncangan dan bunyi yang terdengar sampai sejauh 5000 Km. Letusan tersebut juga menyebabkan adanya gelombang pasang "Tsunami" setinggi 36 meter di lautan dan letusan ini memakan korban jiwa sekitar 36,000 orang.
Oleh kerana itu, untuk mengetahui aktiviti gunung berapi, manusia dengan akalnya telah berjaya membuat alat pengukur aktiviti gunung berapi dan juga alat pengukur besarnya gempa. Saiz gempa ini dikenal dengan sebutan Richter, sama dengan nama orangyang membuat dan mengembangkannya iaitu Charles Richter.


 AWAN  GEMPA .


Awan gempa adalah awan yang diduga sebagai tanda akan terjadinya gempa bumi.Awan aneh ini bentuknya memanjang seperti asap yang ke luar dari pesawat.

Seorang saintis India, Varahamihira (505 - 587) dalam bab 32 dari karyanya Brihat Samhita membahas beberapa tanda-tanda peringantan akan adanya gempa bumi,misalnya: kelakuan binatang-binantang yang tidak seperti biasanya, pengaruh astrologi,pergerakan bawah air tanah dan formasi awan yang aneh, yang muncul seminggu sebelum terjadinya gempa bumi.




Sejak tahun 1990, seorang pesara ahli kimia di kalifornia, Zhonghao Shou, telah membuat berdozen-dozen ramalan gempa bumi berdasarkan pola-pola awan hasil pencitraan oleh satelit. Tekanan dan geseran dari tanah dapat menguapkan air jauh sebelum gempa bumi terjadi, pendapat Shou, dan awan yang terbentuk akibat mekanisme ini mempunyai bentuk yang amat berbeza dengan awan-awan pada umumnya. Shou mendedahkan, dari 36 awan yang diteliti, 29 terbukti menjadi awal petanda gempa. Ramalannya yang paling terkenal adalah ketika dia melihat awan berbentuk garis memanjang dengan ekor mengarah ke Barat Laut.

Sebagai teori alternatif, disokong oleh para penganut model elektrik Semesta (ElectricUniverse), menyatakan bahawa beberapa gempa bumi kemungkinan mempunyai ciri-ciri elektrik, termasuk di dalamnya fenomena aural, radio dan gangguan VLF (Very LowFrequency). Namun dewasa ini sebagai ramalan gempa bumi, umumnya para ahli lebih mempercayai hasil dari alat-alat seismologi. 



Persiapan menghadapi gempa bumi



Persiapan untuk Keadaan Kecemasan



1. Menentukan tempat-tempat berlindung yang selamat jika berlaku gempa bumi.Tempat berlindung yang selamat adalah tempat yang yang dapat melindungi anda dari benda-benda yang jatuh atau perabot yang runtuh, seperti di kolong meja.



2. Menyediakan air minum untuk keperluan kecemasan. Bekas botol air mineral boleh digunakan untuk menyimpan air minum. Keperluan air minum biasanya 2 hingga 3 litersehari untuk satu orang.


3. Menyiapkan tas ransel yang mengandungi (atau dapat diisi) barang-barang yang sangat diperlukan di tempat pelarian. Barang-barang yang sangat diperlukan dalam keadaan kecemasan seperti:
* Lampu senter ini bateri cadangannya
* Air minum
* Kotak P3K mengandungi ubat penghilang rasa sakit, plaster, tuala dan sebagainya
* Makanan yang tahan lama seperti biskut
* Sejumlah wang tunai
* Arahan tabungan
* Korek api
* Lilin
* Helmet
* Pakaian dalam
* Barang-barang berharga yang harus dibawa di saat keadaan kecemasan



4. Mengencangkan perabot yang mudah roboh (seperti almari pakaian) dengan langit-langit atau dinding dengan menggunakan logam berbentuk siku atau skru agar tidak mudah roboh di saat terjadi gempa bumi.



5. Mencegah kaca jendela atau kaca almari pakaian agar tidak pecah berantakan di saat gempa bumi dengan memilih kaca yang kalau pecah tidak berselerak dan melukai orang (Safety Glass) atau dengan menempelkan kaca film.



6. Mencari tahu lokasi tempat pemindahan dan rumah sakit yang berdekatan. Jikakerajaan tempatan tidak mempunyai tempat pemindahan, pastikan anda tidak pergi ketempat yang lebih rendah atau tempat yang dekat dengan pinggir laut / sungai untukmengelakkan Tsunami



Ketika Terjadi Gempa

1. Matikan api dapur jika anda sedang memasak. Matikan juga alat-alat elektronik yangboleh menyebabkan timbulnya api. Jika berlaku kebakaran di dapur, akan padamkanapi dengan menggunakan alat pemadam api. Jika tidak mempunyai pemadam apigunakan pasir atau karung basah.

2. Membuka pintu dan mencari jalan keluar dari rumah atau bangunan.

3. Cari maklumat mengenai gempa bumi yang terjadi lewat televisyen atau radio.

4. Utamakan keselamatan terlebih dahulu, jika berlaku kerosakan pada tempat andaberada, segeralah berpindah ke tempat pelarian berdekatan.

5. Tetap tenang dan tidak terburu-buru keluar dari rumah atau bangunan. Tunggu sampai gempa mereda, dan sesudah agak tenang, turun tas ransel berisi barang-barang keperluan kecemasan dan keluar dari rumah / bangunan menuju ke tanah kosong sambil melindungi kepala dengan helm atau barang-barang yang boleh digunakan untuk melindungi kepala.

6. Jika anda harus berjalan di tengah-tengah jalan raya, berhati-hatilah terhadap papan reklame yang jatuh, tiang elektrik yang tiba-tiba roboh, kabel elektrik, pecahan kaca,dan benda-benda yang jatuh dari atas bangunan.

7. Pastikan tidak ada ahli keluarga yang tertinggal pada saat pergi ke tempatpemindahan. Jika boleh ajaklah tetangga dekat anda untuk pergi bersama-sama.

8. Jika gempa bumi terjadi pada saat anda sedang memandu kenderaan, jangan sekali-kali mengerem dengan mendadak atau menggunakan rem kecemasan. Kurangkan kelajuan secara berperingkat dan hentikan kenderaan anda di bahu jalan.Jangan berhenti di dekat stesen minyak, di bawah kabel voltan tinggi, atau di bawah jambatan penyeberangan.



TINDAKAN KITA SAAT TERJADI GEMPA  BUMI
Jika gempabumi melanda secara tiba-tiba, berikut ini 10 petunjuk yang dapat dijadikan pegangan di mana-mana anda berada.


DI DALAM RUMAH
Getaran akan terasa beberapa saat. Selama jangka waktu itu, anda harus mengupayakan keselamatan diri anda dan keluarga anda. Masuklah ke bawah meja untuk melindungi tubuh anda dari jatuhan benda-benda. Jika anda tidak mempunyai meja, lindungi kepala anda dengan bantal. Jika anda sedang menyalakan dapur maka matikan segera untuk mencegah terjadinya kebakaran.



DI LUAR RUMAH

Lindungi kepala anda dan elakkan benda-benda berbahaya. Di daerah pejabat atau kawasan industri, bahaya boleh muncul dari jatuhnya kaca-kaca dan papan-papan reklame. Lindungi kepala anda dengan menggunakan tangan, tas atau apa-apa yang anda bawa.



DI MALL PUSAT MEMBELI BELAH
Jangan menyebabkan kepanikan atau korban dari kepanikan. Ikuti semua arahan dari pegawai atau pegawai keselamatan.



DI DALAM LIFT
Jangan gunakan lif saat terjadi gempabumi atau kebakaran. Jika anda merasakan getaran gempabumi saat berada di dalam lif, maka tekanlah semua butang. Ketika lif berhenti, keluarlah, lihat keselamatan dan mengungsilah. Jika anda terjebak dalam lif, hubungi pengurus bangunan dengan menggunakan interphone jika ada.



DI DALAM KERETA API
Berpeganganlah dengan erat pada tiang sehingga anda tidak akan terjatuh seandainya kereta dihentikan secara mendadak. Bersikap tenanglah mengikuti penjelasan dari pegawai kereta. Salah mengerti terhadap maklumat pegawai kereta atau stesen akan mengakibatkan kepanikan.



DI DALAM KERETA
Saat terjadi gempabumi besar, anda akan merasa seakan-akan roda kereta anda gundul. Anda akan kehilangan kawalan terhadap kereta dan susah mengendalikannya.Jauhi persimpangan, pinggirkan mobil anda di kiri jalan dan berhentilah. Ikut arahan dari radio kereta. Jika harus berpindah maka keluarlah dari kereta, biarkan kereta tak berkunci.



DI GUNUNG / PANTAI
Ada kemungkinan lonsor terjadi dari atas gunung. Menjauhlah terus ke tempat yang selamat. Di pesisir pantai, bahayanya datang dari tsunami. Jika anda merasakan getaran dan tanda-tanda tsunami tampak, cepatlah berpindah ke dataran yang tinggi.



BERI PERTOLONGAN
Sudah dapat diramalkan bahawa banyak orang akan cedera saat terjadi gempabumi besar. Kerana petugas kesihatan dari rumah-rumah sakit akan mengalami kesulitan datang ke tempat kejadian maka bersiaplah memberikan pertolongan pertama kepada orang-orang berada di sekitar anda.



EVAKUASI
Tempat-tempat pelarian biasanya telah ditetapkan oleh pemerintah daerah.Pengungsian perlu dilakukan jika kebakaran meluas akibat gempabumi. Pada prinsipnya, pemindahan dilakukan dengan berjalan kaki di bawah kawalan pegawai polis atau agensi kerajaan. Bawalah barang-barang secukupnya.



DENGARKAN MAKLUMAT
Saat gempabumi besar terjadi, masyarakat terpukul kejiwaannya. Untuk mengelakkan panik, adalah penting sekali setiap orang bersikap tenang dan bertindaklah sesuai dengan maklumat yang benar. Anda boleh mendapatkan maklumat yang benar dari pihak berkuasa, polis, atau pegawai keselamatan. Jangan bertindak kerana maklumat yang tidak jelas.


Kerosakan akibat gempa yang melanda
Kobe , Jepun pada tahun 1978
Peristiwa Berkaitan

Beberapa gempa yang terjadi antara tahun 1993 hingga 2006 dikaitkan dengan munculnya formasi awan ini sebagai tanda-tanda.Di Jepun tepatnya di Kobe, lapan harisebelum terjadi gempa dahsyat pada tahun 1995, ditandai dengan kemunculan awan seperti itu. Awan serupa juga muncul sehari sebelum terjadinya gempa di Kagoshima tahun 1993. Bahkan gempa di Niigata tahun 2004 terjadi cuma empat jam selepas kemunculan awan aneh seperti itu. Hal yang sama juga berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2006, awan seperti itu muncul beberapa saat sebelum terjadi gempa dahsyat.

China bahkan sudah membicarakan tanda alam tersebut tahun 1622, tepatnya 25 Oktober, di mana terjadi gempa bumi besar 7 skala Richter di Guyuan, Wilayah Ningxia, China barat. Masyarakat China barat pada waktu itu melihat ada awan aneh sebelum gempa, Tahun 1978, sehari sebelum gempa Kanto di Jepun, Wali Kota Kyoto Kagida melihat awan aneh. Ia mengaitkan gempa dengan awan tersebut. Fenomena itulalu disebut Kagida Cloud atau Awan Kagida, yang menganggarkan sumber gempa di titik paling tengah awan gempa. Namun, tahun 1985 pendapatnya dibantah. Sumber gempa diduga di titik terus terjadinya pembentukan awan. Satelit IndoEx memperlihatkan rakaman-rakaman fenomena gempa diiringi awan. Pada 20 Disember2003, langit sekitar Bam, Iran, muncul awan memanjang. Empat hari kemudian terjadi gempa 6.8 SR. Pada 17 Januari 1994 muncul awan seperti asap roket di sekitar Northride,  Amerika Syarikat. Sehari kemudian terjadi gempa. Pada 13 Februari 1994 muncul awan berbentuk gelombang di Northride dan 20 Mac 1994 ada gempa bumi besar. Pada 31 Ogos 1994 ada awan bentuk bulu ayam di Northern California, AmerikaSyarikat. Pada 1 September 1994 terjadi gempa di daerah itu. Awan seperti sinar terjadi di kawasan Joshua Tree, Amerika Syarikat, 22 Julai 1996, dan 23 hari kemudian terjadi gempa.


Wednesday, 14 March 2012

FAKTA - FAKTA YANG MUNGKIN BELUM PERNAH ANDA KETAHUI



  1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
  2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
  3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
  4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
  5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.
  6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
  7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
  8. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
  9. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
  10. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
  11. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
  12. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.
  13. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
  14. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
  15. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
  16. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
  17. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
  18. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley’s gum.
  19. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
  20. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
  21. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
  22. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.
  23. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
  24. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
  25. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
  26. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.
  27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

Tuesday, 28 February 2012

BABAK GANAS DALAM KARTUN YANG KENA "CUT"



Kalau Sis sebut jer pasal watak-watak kartun dalam Warner Bros sure korang akan teringat tentang watak-watak yang comel sangat kan . Lonney Tunes dengan Bug and The Gang , Cayote dengan Road Runner nyer , Daffy Duck dan paling Sis suka watak Tom & Jerry .. Dan kalau korang perasan ler ,  yang paling menjadi trademark setiap watak tersebut adalah scene buli membuli . Betol tak ?? .. Bagi yang layan citer-citer kartun sure tau sangat dah kan  pe yang Sis dok bebel ni.. Ehehe .. Haaa ..Tapi pernah tak korang terbayang ,  di samping scene  buli membuli ni , sebenarnya  ada  babak-babak yang lebih sadis dan mengerikan tau.. Ada part berdarah - darah ler weyyy ... Tapi jangan risau sebab sumer scene tersebut telah pun diCUT ..  yela sah-sah amatlah  tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kan.  So kalau tak caya wujudnya scene tersebut .. scrool ler down k ..  .

Sunday, 12 February 2012

10 AMALAN YANG MEROSAKKAN OTAK

Otak adalah antara organ yang terpenting dalam badan kita .Otak yang sihat menjadikan kita manusia yang mempunyai pemikiran yang bijak serta cergas dalam menjalani kehidupan seharian  . Namun kadang kala pernah tak uolls ada certain hari tu uolls rasa cam tak bermaya je . Otak dan pikiran tertiber cam bengap jer .Sure pernah kan . Nak tau sebab pe tak .Nie ler antara sebab nya .. Jom kiter kaji sesamer manale tau pasnie yang mana rasa dirinya cam bengap dan mudah lupa tu leh ler elak memana yang memudaratkan ..Moga otak kita sume akan bertambah power kan .


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita..

Sunday, 5 February 2012

SEMAK KUALITI TELEFON BIMBIT ANDA


Tadi terbaca satu article dekat FB tentang status keaslian handphone..ye la kita hanya tahu nak handphone jenama macam ni la..spec dia yang macam tu la..tapi pernah tak kita tahu pasal ke'originality' handphone kita tu..haaaa.yela kalau tanya tauke kedai memanjangje dia kata kualiti baik dan original ..mungkin ada yang dah tau tapi tak sume kan..so nak share kat sini step by step untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit kita.




1) Mula-mula taip *#06#
2) akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
3) semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA



CAM TAK CAYE JE DORANG NI POMPUAN..

Hai all sume...ari ni Mak Jemah dok belek-belek statistik blog ni...tgk2 ramai gak dok tgk cite ASALNYA WANITA, KINI...

So Mak Jemah rase ramai yang nak tau lagi cam ner dorang leh jadi cam ni..cam ne rupe pompuan dorang sebelum ni...n jadi ke 100% dorang jadi lelaki..

Tapi memang ar dorang ni...bg Mak Jemah.. dorang ni mmg da jadi cam lelaki da..sampaikan Mak Jemah sendiri pun tak dapat nak bezakan...aduhai...

Korang sume leh la tgk n nilaikan..tapi Mak Jemah konfem korang sume mesti cari lagi yg lain...hehheee


THOMAS BEATIE

Nama asalnya adalah Tracy, anak kelahiran Honolulu Hawaii..yang bestnye si Thomas ni pernah masukpertandingan ratu cantik Hawaii dan USA..dan dia pernah menjadi finalist..aduhai...kire perempuan cantik la ni...

Thomas da berkahwin dan mempunyai 3 orang anak...die sendiri yang mengandung dan lahirkan anak die... so kire die ni famous ngan gelaran Mr Mama...


BALIAN BUSCHBAUM


Nama asal dia adalah Yvone, seorang atlit lompat bergalah kelahiran German..memang sangat femes..lagi femes bile die tukar janitina..samapaikan buku yag die tulis dengan tajuk buku tu name die sendiri mendapat sambutan disana.. tukar jantina pada tahun 2008.. die antara transgender yang berjaya dan terhensem..sampaikan dapat jadi model dan masuk carta most beatiful man lagi tuh.....



lupe lak... konfem ar die da tak jadi atlet lompat bergalah kategori perempuan..da berhenti da..tapi bukan sbb tukar jantina...tapi mmg die nak berhenti sebab kecederaan...tapi kalau Mak Jemah fikir...kalau die stil jadi atlit...die nak masuk kategori mane ek..uhuhu..




IAN HARVIE


Ian Harvie ni seorang pelawak kat negara die.. mmg aktif dalam bidang lakonan. ade show sendiri iaitu The Ian HarvieShow.

Tapi sori la beb..Mak Jemah takde la plk gambar die sebelum jadi lelaki..die da filter kat internet kot...celeb la katekan..






PAIGE ELLIOT PHEONIX

Mmg name asal die...kire lom tukar kad pengenalan la ni...berumur 35 tahun...Actually die ni orang biase2 je..tapi femes pas masuk satu rancangan realiti akt Australia iaitu X-Factor..iaitu program nyanyi-nyanyi cam Aerican Idol tu.. Suare die mg superb...sbb die mmg nyanyi lagi laki jer...dan mmg tak sangka die ni transgender...


Friday, 3 February 2012

PERISTIWA DARI SEBUAH KEMATIAN


Sebut saja tentang ajal maut ramai yang pasti jadi kecut perut , seram sejuk , terketar kaki tangan dan macam-macam lagi ler. Kematian itu suatu yang pasti . Setiap makhluk hidup di dunia ini pasti akan mati . Bila , dimana dan bagaimana itu suatu teka-teki buat kita semua . Kematian adalah merupakan suatu jalan akhir dari sebuah kehidupan.

Berikut beberapa fakta unik mengenai kematian:
  • Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah indera terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Indera pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuhan.

 
  • Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barang yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.


  • Mayat pada hari ini lebih lambat membusuk dibandingkan dulu disebabkan banyak terdapat bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Satu lagi fakta, mayat membusuk empat kali lebih cepat di dalam air dibandingkan yang dikubur di dalam tanah.

  • Sewaktu Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masehi, sebuah jalan khas telah dibuat dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender waktu itu dengan nilai mata wang pada hari ini, biayanyanya dianggarkan US$600 juta.


  • Tidak lama sebelum Thomas Edison meninggal pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.



  • Pencipta seri TV Star Trek, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di luar angkasa.


  •  Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh karena itu mereka akan mencukur kepala mereka apabila kucing peliharaan mereka mati. 


Wednesday, 1 February 2012

SENARAI KEDAI BUKU MENERIMA BAUCHAR 1MALAYSIA



Dibawah adalah senarai syarikat yang menerima Baucar Buku 1 Malaysia:

1. Syamoz Sdn Bhd
2. Sykt Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Boarders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
9. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
10. Uniworld Bookstore (Kota Samarahan) (buku terbitan UNIMAS sahaja dengan potongan 10%)
11. MPH
12. Kinokuniya
13. PTS
14. Kedai/koperasi buku universiti uolls
15.Semua kedai buku dekat Malaysia, sila tanya kaunter kedai buku untuk kepastian.

Tuesday, 24 January 2012

KENCING TIKUS BOLEH MEMBAWA MAUT ..


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang lagi artis kita iaitu Izwan Pilus yang mana dikatakan berpunca dari jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan virus kencing tikus atau nama saintifiknya leptospirosis dan mana ianya juga dikatakan menjadi punca kematian 
personaliti radio dan tv popular, Allahyarham Din Beramboi .  Memang amat bahaya  kencing tikus ini kan . Ramai antara kita sebenarnya tak mengetahui atau mengambil mudah tentang wabak yang boleh membunuh dalam senyap ini. So disini Ceciter nak share skit dengan uolls berkenaan  fakta wabak yang telah banyak meragut nyawa ini moga ianya boleh dijadikan panduan agar kita, keluarga serta orang tersayang akan lebih berhati-hati.   Adakah ianya sejenis penyakit yang memang berpunca dari tikus ataupun ianya adalah serangan biologi yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak  bertanggungjawab .

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.




Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.
Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ 
“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.
Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. 
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya. 
Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak  (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.