SUPPORT PENAJA

Tuesday, 27 March 2012

TANDAS HOTEL DI CHINA PERSENDA TENTERA JEPUN


Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga. Gambar mangkuk di dalam tandas itu pernah disiarkan di laman web Weibo di China.

Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur. – AFP

PESTA LAPAH DAGING MANUSIA

Memang tidak boleh nak trima logik akal betul ler . Walaupun pelbagai makanan berdaging mudah nak dapat kat pasar tu tapi naper ler daging manusia juga yang golongan ini cari , Itulah senario pelik yang berlaku di sebuah daerah di negara jiran kita iaitu Thailand . Penduduk di daerah tersebut gemar untuk makan daging manusia yang telah mati . Yang paling tragis nya macam satu pesta ler pulak . Tua , muda , lelaki perempuan semua akan bersama-sama bergotong-royong  melapah daging mayat mangsa sebelum buat lauk. Kalau korang tak percaya jom ler lihat semua gambar dalam entri yang Ceciter nak share nie ..Selamber jer kan ...


BELLA VALENTINA ANAK ANGKAT STACY CUTE SANGATTTT..

.

.
Dalam diam-diam, rupa-rupanya penyanyi ligat lagi lincah Stacy dah pun ada seorang baby girl yang cute sangat ..Tapi korang jangan ler terkejut ..Sebab baby yang diberi nama Bella Valentina tersebut sebetulnya merupakan anak angkat kepada penyanyi yang cukup popular dengan lagu Pakai Buang tu ..Menurut sumber, anak angkat Stacy ni sebenarnya daripada keluarga yang susah dan tidak mampu unk menjaga ramai anak. Jadi, kerana itu Stacy mengambil keputusan dengan rela hati mahu memelihara bayi tersebut. Lagipun juara Akademi Fantasia (AF6) ni memang menyukai budak-budak. Harap-harap Stacy walaupun sibuk sangat-sangat dapat menjaga anaknya itu dengan baik dan penuh kasih sayang.

TITANOBOA KEMBALI MENGGANAS DI NEW YORK?

                   
Ular terbesar dunia sepanjang 14.63 meter, Titanoboa, muncul kembali untuk tontonan umum. Institusi Kaji Selidik dan Pusat Pendidikan Smithsonian, Washington merakamkan Titanoboa untuk mengupas persoalan yang sering bermain diminda para saintis. Smithsonian Channel mempamerkan Titanoboa seberat 1,134 kilogram yang pernah menghuni Bumi 60 juta tahun lalu melalui ukiran asal di Grand Central New York.





IBU DIRANG TERKILAN ..

Ibu kepada kanak - kanak malang yang kes pembunuhan nya hangat perkatakan kini amat terkilan dengan keputusan terhadap seorang daripada suspek pembunuhan Dirang apabila dia hanya dipenjara sebulan. 


“Bukan mahu mempertikaikan keputusan mahkamah, tetapi sebagai ibu kepada mangsa pembunuhan kejam, saya mengharapkan keadilan yang sewajarnya atas kematian Dirang,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada kanak-kanak yang dibunuh dan dibakar itu atau nama sebenarnya Nurul Nadirah Abdullah, 5, Roselyn ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret pada sesi pendakwaan dua daripada tiga suspek kes pembunuhan anaknya itu, semalam. 


Selepas hampir sebulan kejadian bunuh dan bakar Dirang, akhirnya seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh kanak-kanak malang itu. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini, antara jam 11 pagi hingga 7 malam, 1 Mac lalu. Muidin dituduh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh digantung sampai mati.

Tertuduh hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed.Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Mohd Isa menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. Di kamar sama, seorang lagi suspek dijatuhi hukuman penjara sebulan daripada tarikh dia ditangkap iaitu 2 Mac lalu serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Razmin Mosum, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan, Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, kira-kira pada jam 8.40 malam, 2 Mac lalu. Razmin dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda hingga RM5,000.

Tertuduh turut diperintahkan melapor diri sebulan sekali ke Balai Polis Masai. Pada prosiding semalam, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Pada 1 Mac lalu, negara digemparkan dengan kehilangan Dirang, ketika kanak-kanak berkenaan keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 11 hari kemudian.

PEMUDA TIBET NEKAD BAKAR DIRI


Janphel Yeshiyang merupakan seorang penduduk Tibet bertindak nekad sanggup membakar dirinya dan berlari ke sebatang jalan di New Delhi semalam. Dia melakukan perbuatan itu bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden China, Hu Jintao yang akan melawat India.

Penduduk Tibet tersebut, Janphel Yeshi, 27, melakukan perbuatan itu di Jantar Mantar yang merupakan tempat perhimpunan awam dan demonstrasi.Beberapa saksi berkata, dia yang memakai baju dan seluar panjang menjerit semasa api membakar tubuhnya. Menurut seorang ahli perniagaan Tibet, Nyima Tashi, Yeshi kemudian terjatuh selepas dia berlari .



."Kami semua terkejut," katanya yang berusia 39 tahun."Salah seorang penyokong kami membaling sehelai kot ke arahnya sebagai usaha untuk memadamkan kebakaran."Polis kemudian menghantarnya ke hospital," tambahnya. Tashi berkata, dia pernah melihat Yeshi menghadiri perhimpunan bagi menuntut kebebasan Tibet. 
"Kami menentang penguasaan China ke atas Tibet, kekurangan kebebasan agama dan hak asasi," jelasnya.Seorang pegawai polis berkata, 85 peratus tubuhnya melecur. Menurut Dr, R.K. Doshi di Unit Kecemasan Hospital Ram Manohar Lohia, beberapa kakitangan perubatan berusaha untuk menyelamatkan nyawa Yeshi. "Keadaan dirinya amat kritikal. Peluang untuknya hidup amat tipis," katanya. Sebilangan aktivis Tibet berkata, Yeshi merupakan penganggur yang telah merancang untuk melakukan perbuatan tersebut sejak beberapa hari lalu.Menurut mereka, lelaki itu tiba di lokasi penunjuk perasaan dengan membawa botol mengandungi minyak tanah yang digunakan untuk membakar dirinya.Dia melarikan diri dari Tibet pada tahun 2006 dan tinggal di sini sejak dua tahun lalu. - Agensi

PEMBUNUH DIRANG DIDAKWA

Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, awal bulan ini. Tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac lalu.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.Pada prosiding hari ini, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan.Ibunya, Roselyn Alan, 25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat hadir kira- kira jam 9.30 pagi.

Sementara itu, seorang rakan tertuduh yang turut dikaitkan dengan kes Dirang tidak didakwa atas tuduhan membunuh sebaliknya mengaku bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah, 2 Mac lalu.Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Seri Alam, di sini jam 8.40 malam pada tarikh tersebut.


Mohd Isa menetapkan hukuman penjara sebulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap dan pengawasan polis selama dua tahun ke atas Razmin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

BANGLO MAWI DIPECAH MASUK




Selepas rumah milik keluarga selebriti terkenal, Wardina Safiyyah di Ampang dipecah masuk baru-baru ini, tiba pula giliran keluarga Juara Akademi Fantasia, Mawi,  disamun perompak Indonesia bersenjatakan parang serta pisau dalam kejadian yang mengambil masa selama 20 minit di Bangi Golf Resort di sini pada awal pagi semalam.

MAWI menunjukkan tangga aluminium yang digunakan 
empat perompak untuk memanjat tembok rumahnya
di Bangi Golf Resort, Bangi, Kajang semalam.  
Rumah banglo milik penyanyi terkenal, Mawi, telah dipecah masuk oleh beberapa orang perompak pada awal pagi tadi sehingga menyebabkan keluarganya kerugian yang dianggarkan berjumlah RM10,000.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 4 pagi ketika Mawi, isterinya, Nora’asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin; ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55, neneknya, Salmah Sehan, 77; anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah sedang tidur di dalam banglo tersebut. Bagaimanapun, kesemua mereka tidak cedera.Banglo tersebut mempunyai lima bilik. 

Difahamkan, dua jam sebelum kejadian, Mawi baru tiba dari Johor Bahru untuk mempromosikan majlis Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mengimbau semula kejadian itu, Mawi memberitahu, dia terjaga selepas pintu biliknya diketuk kuat oleh perompak tersebut sebelum Ekin bangun untuk membuka pintu kerana menyangka Salmah yang berbuat demikian.Katanya, apabila pintu dibuka, tiga daripada empat perompak yang memakai serba hitam dan bertopeng itu terus mengacukan pisau ke leher isterinya dan meminta barang kemas.


DICEROBOH...Mawi menunjukkan tingkap belakang 
rumahnya yang digunakan 
perompak untuk memecah masuk. 
“Suspek kemudian menolak Ekin ke atas katil sebelum mengikat tangan dia dan ibu mertua saya menggunakan wayar pengecas telefon bimbit. Salah seorang suspek pula mengikat kaki dan tangan saya sebelum menutup muka saya dengan baju.“Mereka kemudian mula menggeledah bilik sebelum melarikan rantai nenek, wang, serta empat buah telefon bimbit jenis BlackBerry dan Nokia yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000,” cerita juara Akademi Fantasia musim ketiga itu.