SUPPORT PENAJA

Friday, 17 February 2012

ADELE AND SONGS


Sis percaya sure ramai dari korang nie yang minat giler ler dekat minah nama Adele nie . Sama ler dengan Sis . Bukan sebab pe pun kn , lagu-lagu dia tu bukan korang tak perasan .. banyak yang  sedap - sedap belaka kan . So tak heran ler kalau bebaru nie masa Grammy Award tu , memang tak cukup tangan ler dia nak  pikul sumer tropi yang dia menang malam tu sampai 6 bijik . Konferm kena beli almari baru ler tu. Hebat kan dia ..Tahniah ler Adele .. So kat sini Sis nak share ler dengan korang  antara lagu lagu dia yang Sis pinjam terus amik dari Youtube . Sesuai sangat  ler nak dengar time korang gah boring-boring ke takpun time gah stress . Pastu  pe lagi melalak ler sesuka hati korang . Kasi gegar . Sampai terkeluar anak tekak pun Sis tak kisah .Bukan Sis paksa pun korang melalak dah rupa Cik Pon tu .Tapi awas korang tu jangan ler plak tengah-tengah malam buta  korang  wat keje dajal nie . Kang tak pasal-pasal jiran datang  MengAdele gan korang lak ..haha









Adele - Chasing Pavements




NIAT BAIK DIBALAS DENGAN TETAKAN




Mangsa menerima rawatan
Para pegawai perubatan mencari
 tangan mangsa di tempat kejadian
Niat baik seorang pengurus insuran untuk memberi bantuan akhirnya memakan diri sendiri apabila beliau ditetak di tangan sehingga putus . Kejadian tersebut berlaku di Jalan Ampang , Kuala Lumpur pada 3 Februari lalu kira-kira 9.15 malam . Berikutan kejadian tersebut   sekumpulan doktor hospital Gleneagles mengambil masa selama lapan jam masa bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.

Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus. Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.

“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan. “Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.
“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.
Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.

Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.

Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap. Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.

“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya. Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

THE CONQUEST OF EVEREST




A CENTURY AFTER IT WAS SHOWN TO BE THE EARTH'S HIGHEST POINT, EVEREST WAS FINALLY CONQUERED, BY EDMUND HILLARY AND TENZING NORGAY



A survey carried out in 1852 showed Mount Everest to be the highest point on the surface of the earth, and over the next 101 year expeditions from several countries tried unsuccessfully to climb this mighty peak, leading many to conclude that Everest was unconquerable.
In 1924 George Mallory and Andrew Irvine climb above 28,000 feet / 8,534 m and then disappeared, rasing the possibility that they may have reach the summit and died on the decent, but still noone  knew     whether Everest could be climb. 


George Mallory and Andrew Irvine
The last photograph of George Mallory (left) and
Andrew 'Sandy' Irvine. Courtesy of Royal Geographical Society 
Then, at 11.30am on May 26, 1953, Edmund Hillary and Tenzing Norgay conquered " the unconquerable" and became the first human known to have stood on " the roof of the world



ON TOP OF THE WORLD


Expedition leader colonel John Hunt had decided to launch two assaults  on the summit. The first pair of climbers was driven back by lack of oxygen, and then Hillary and Norgay would given their chance of making history, carrying heavier, but longer - lasting, breathing equipment. 


Hours after living their highest camp, they reach what Hillary describe as " symmetrical, beautiful snow-corn summit,"  where they planted flag, Norgay buried offering to the Gods of mountain and Hillary left a crucifix given to hi by Hunt. The news reached Britain on the eve of Queen Elizabeth II's coronation and The Evening News reported, " Today, while million of flags deck Britain, the loneliest Reunion Jack in the world flies from its highest peak

          This photo is of Tenzing as a young man
British mountain climber George Mallory 
on the Aiguille Verte in France in 1909.
.

































BEATLEMANIA



BEATLEMANIA STARTED WITH TELEVISION APPEARANCE ON SUNDAY NIGHT AT THE LONDON PALLADIUM AND SOON BECAME A GLOBAL PHENOMENON.

The Beatles already had a huge following in the clubs of Liverpool and Hamburg by the time they signed a recording contract in 1962, and within a year of releasing their first single, " Love Me Do," that club following had been turned into a national phenomenon. On October 13, 1963, after three No. 1 singles, the Beatles topped the bill on the British television show Sunday Night at the London Palladium and drew and estimated 15 million viewer for a performance that was almost completely drowned out by the screams of the live audience - a hysterical and soon typical reaction that the media named Beatlemania.

The symptoms of Beatlemania, which mainly affected teenage girls, were a tendency to block streets by gathering in large crowds near theaters, television studios, or airports; a high incidence of screaming, crying, an hysterical wailing; uncontrollable clutching pf the face and hair; fainting; and occasional loss of bladder control.

BEATLEMANIA CROSSES THE ATLANTIC

If the Beatles had ever worried about "breaking" the American market, those fears were laid to rest when, with " I Want to Hold Your Hand" at No.1 om the U.S. charts, they arrived in New York on February 7, 1964, to be greeted by the now familiar sight of some 3,000 screaming, faiting girls. They made three consecutive appearances on The Ed Sullivan Show,  the first of which was watched by record 73 million people, and two months later " Can;t Buy Me Love became the first single to simultaneously top the UK and U.S. charts. Beatlemania had crossed the Atlantic, and with the phenomenon also begining to affect Australia and Europe, It soon took over the world.

ROKOK ELEKTRONIK MELETUP DALAM MULUT



Malang sungguh nasib seorang lelaki yang dah tanam niat suci serta sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik beliau meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur. Lelaki malang tersebut ialah Tom Holloway 57 tahun berusaha untuk menghentikan tabiat buruk tersebut akibat mengalami masaalah paru-paru . 
Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar. “Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan ‘terbang’ keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya,” menurut Holoway. 


Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna.


PELAKON DIVA DIBELASAH SUAMI


Sebelum ini  kita semua dikejutkan dengan cerita penyanyi dangdut terkenal iaitu Ani Mayuni dibelasah oleh suami beliau hanya disebabkan disuruh belikan makanan jer pun . Kini seorang pelakon  dan pemenang tempat ke 3 pencarian Gadis Metro iaitu  Balkisyh Semundur Khan, 25 pula mengalami nasib yang hampir sama . Beliau  bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.  

Kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3. “Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengetahui kebenaran, suami kembali bertenang dan kami berdua berbaik semula,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kisah cemburu buta suaminya itu sejak berumah tangga pada 2007. Menurut sumber, pelakon itu dipukul suami sebaik tiba di rumah.

“Mangsa bertanyakan punca kejadian itu, tetapi dijawab dengan tamparan dan wanita itu cuba menolak suaminya dalam usaha melepaskan diri. “Bagaimanapun, suaminya menarik baju mangsa sebelum menghentak kepala di almari menyebabkan pelakon terbabit jatuh,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian cuba mengambil telefon bimbitnya namun dicekik suaminya itu. “Suami mangsa yang melihat isterinya itu mengalami kesukaran bernafas berhenti berbuat demikian dan kesempatan itu diambil pelakon terbabit keluar dari rumah bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun,” katanya.

Katanya, pelakon berkenaan membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya dan difahamkan, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.


Sumber dari MyMetro

4 TAHUN HIDUP ATAS KATIL JER


Dapat tak korang bayangkan camner ler hidup dok terperap jer kat umah . Takde le nak  g nengok wayang ke  , g shopping ke  atau  jauh sekali nak g nengok konsert tak pun g nengok pertunjukan bunga atau g fun fair . Tapi itulah hakikat nya yang berlaku kepada seorang wanita yang baru berusia 43 di Britain . Wanita tersebut 
 Brenda Flanagan-Davies kini menjadi wanita paling gemuk di Britain dan masalah itu menyebabkan dia tidak pernah meninggalkan rumahnya sejak empat tahun lalu. Kesian kan . Di kediaman yang dibiayai pembayar cukai itu, Brenda, 43, juga tidak pernah sekali pun duduk di ruang tamu kerana dengan berat 254 kilogram, dia tidak mampu berjalan dari katil ke situ.

Berasal dari Gateshead, Brenda kini menjadi wanita paling berat di Britain disahkan selepas kematian Sharon Mevsimler pada 2010. Ketika meninggal dunia, berat Sharon ialah 286 kilogram. Brenda memakan lebih 6,000 kalori sehari, termasuk sembilan bar coklat dan tiga liter minuman berkarbonat. Jumlah kalori yang disarankan bagi wanita dewasa hanya 2,000.
Saiz badan yang besar melampau itu memaksa Brenda terperap di katil dan disebabkan ketagihannya untuk makan, sebuah peti sejuk padat berisi coklat dan minuman ringan ditempatkan di sebelahnya.

Kini, Brenda merayu bantuan selepas doktor memberinya amaran supaya mengubah sikap atau berdepan dengan maut dalam waktu terdekat. Kata Brenda, dia menghabiskan masanya di atas katil semata-mata.  Menurut Brenda, dia mencuba pelbagai disiplin pemakanan tetapi ia tetap gagal menghalangnya untuk makan. “Saya tak mampu berjalan ke bilik mandi yang terletak hanya enam meter dari katil tanpa tercungap-cungap,” katanya.

Menyedari serba terbatas, Brenda berkata, dia benci hidup begitu dan bercadang mahukan anak sementara masih mampu. Masalahnya, kata Brenda, dia tidak cukup sihat untuk hamil.
Pemeriksaan doktor mendapati, tabiat pemakanan Brenda mengancam nyawanya kerana berat badan bekas pembantu kedai itu menekan pelbagai organ dalamannya.

Masalah nya Brenda tidak mampu untuk menghilang ketagihan beliau terhadap makanan  sehingga mengakibatkan  beliau berisiko mengalami masaalah jantung . Kata Brenda, dia tidak mahu mengalami nasib sama seperti Sharon - ibu kepada empat anak - yang meninggal dunia hanya 13 bulan selepas menjalani pembedahan mengikat saluran perut.

Beliau juga terlalu takut untuk keluar rumah kerana bimbang terjatuh dan tidak mampu berdiri semula. selain menghadapi kesukaran  keluar masuk kereta kerana sentiasa bimbang jika kerusi tempat duduk akan patah . 
Kesian kan . Simpati sangatle dengan nasib dia . Harap Encik Doktor dapatlah membantu Brenda untuk menjalani kehidupan normal sebelum beliau mengalami nasib yang sama seperti Sharon ..

PENGADIL TERBAIK DI PENJARA

Mungkin akibat gelap mata dengan wang yang disogok seorang bekas pengadil bola sepak terkemuka dari China, Lu Jun dihukum penjara lima setengah tahun setengah kerana didapati bersalah mengambil rasuah mengatur perlawanan bola sepak. Lu Jun, yang merupakan pengadil rasmi Piala Dunia, salah satu daripada sembilan orang disabitkan atas tuduhan berkaitan rasuah dalam bola sepak dan masing-masing menerima hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun.
Hasil siasatan mendapati Lu Jun terbabit dengan kegiatan rasuah melibatkan empat kelab bola sepak, termasuk Shanghai Shenhua, yang baru sahaja menandatangani bintang bola sepak Perancis, Nicolas Anelka. Dia yang pernah dinamakan pengadil terbaik oleh Persekutuan Bola Sepak Asia sebanyak dua kali diberikan peranan sebagai pengadil kejohanan Piala Dunia 2002 anjuran secara bersama oleh Jepun dan Korea Selatan.

Lu Jun dihukum penjara atas kesalahan mengatur keputusan melibatkan tujuh perlawanan liga bola sepak pada 2003. Dia turut mengaku menerima rasuah lebih $128,000 (RM384,000).Berikutan elemen rasuah, penyokong-penyokong Cina beralih minat ke atas pasukan Eropah. Sehubungan itu, China telah melancarkan kempen pembersihan sukan bola sepak China pada 2009. Lu Jun yang sebelum ini menerima gelaran 'wisel emas' kini ditukarkan gelaran kepada 'wisel hitam'.





PENJARA TERBAKAR RAMAI TERKORBAN


Terkejut serta simpati dengan nasib para banduan  penjara di Honduras .Satu kebakaran besar yang berlaku dalam penjara yang penuh sesak telah mengakibatkan lebih daripada 350 penghuni nya terbunuh disebabkan terperangkap dalam sel mereka .  Ia adalah salah satu daripada kebakaran penjara terburuk di dunia dan nampaknya dimulakan oleh salah satu penghuni pada lewat malam Selasa lepas di penjara di Comayagua, kira-kira 75 km (45 batu) ke utara Tegucigalpa . 
Danelia Ferrera, seorang pegawai kanan di pejabat peguam negara berkata 359 orang telah disahkan terkorban. "Seorang banduan telah berhubung dengan saya hanya selepas 11 malam  untuk mengatakan banduan lain telah membakar tilam di penjara blok 6 . Penjara tersebut disumbat penuh dengan banduan  Honduras, yang  terdiri oleh samseng jalanan yang ganas, pengedar dadah kejam  Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara tersebut mempunyai kadar pembunuhan yang tertinggi di dunia. "Kami mendengar jeritan dari orang-orang yang terbakar," kata seorang banduan kepada pemberita serta menunjukkan jari beliau yang patah akibat melarikan diri kebakaran. "Kami terpaksa menaikkan panel bumbung untuk keluar."



"Ianya amat dasyat ... Kakitangan kami pergi ke dalam sel dan menjumpai banyak badan-badan hangus, kebanyakan mereka sudah tidak dapat dikenali," Ferrera kata kepada Reuters, sambil menambah pegawai perlu menggunakan rekod pergigian dan DNA dalam banyak kes untuk mengenal pasti mereka yang terbunuh. Gabenor wilayah Comayagua, Paola Castro pula berkata kebakaran disyaki akibat berpunca dari banduan .

Presiden Porfirio Lobo berkata beliau telah mengantung kerja pengarah penjara Comayagua dan ketua sistem penjara negara bagi memastikan siasatan rapi dijalankan.Polis melaporkan bahawa salah seorang yang mati adalah seorang wanita yang telah bermalam di penjara dan selebihnya adalah penghuni penjara tersebut .

JERUSALEM POST PUJI ANWAR




Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu. 
Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu."Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-offyang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com. Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.
Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.

USTAZ PUN KENA CEKUP KER ???




Sebelum nie kita selalu dengar citer para pegawai agama tak terkecuali Ustaz dok cekup kapel-kapel yang dok berasmara dana buat kerja tak senonoh kini lain ler plak citer . Memetik laporan dari sebuah akhbar mengenai seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam. Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah. Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.

Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan. Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

“Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita
itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu,” katanya.

Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya. Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.

Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


Sumber dari Sinar Harian 

BAPA KEJAM DIPENJARA


Seorang bapa di Ayer Keroh , Melaka sanggup bertindak kejam, memukul anaknya menggunakan besi, seterika dan botol sos, selain menumbuk dan menendang hingga menyebabkan mangsa koma selama 12 hari, alasan hanya kerana mahu ‘mengajar’ anaknya yang nakal. 
Akibatnya, bapa kepada lima anak yang bekerja sebagai penebang pokok, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
M Anbalagan, 39, dari Pulau Sebang, Alor Gajah, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Ahmad Sazali Omar selepas dia menukar penga­kuan kepada bersalah pada hari perbicaraan, semalam. Anbalagan didapati mendatang kecederaan parah dengan menggunakan sebatang besi ke atas seorang lelaki berusia 17 tahun di sebuah rumah di Taman Baiduri, Pulau Sebang, Alor Gajah, kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi pada 14 Julai 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Dalam rayuannya, Anbalagan menangis memohon hukuman diringankan kerana insaf dengan perbuatannya itu. Bagaimanapun, Timbalan Pen­dakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat meminta mahkamah memberikan hukuman berat.

“Mangsa adalah anak sulung daripada lima beradik. Apa juga alasan diberikan tertuduh tidak boleh dijadikan sebab yang membenarkan dia bertindak sedemikian rupa terhadap anak kandungnya. Akibat perbuatannya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan seluruh tubuh selepas dipukul menggunakan besi, seterika, botol sos dan mangkuk kaca selain ditumbuk dan ditendang,” katanya.

Petikan dari sumber 

ANCAM BUNUH DIRI SELEPAS TAHU AKAN DIBUANG KERJA



Akibat mengetahui akan dibuang kerja seorang pekerja wanita di Athens , Greece  telah menimbukan situasi yang mencemaskan  apabila dia mengancam untuk terjun dari bangunan tempat dia bekerja di sini kelmarin. Pekerja wanita itu duduk di tepi balkoni bangunan Pertubuhan Perumahan Pekerja seperti dia mahu terjun. Seorang saudara wanita itu kelihatan menangis sambil ditenangkan oleh beberapa anggota polis. 
Dia mengancam untuk terjun selepas pemerintah memutuskan untuk menutup pertubuhan tersebut dan membuang pekerja .Nasib baik wanita itu menghentikan niat diri untuk untuk terjun dari tingkat dua menyebabkan drama tersebut berakhir selepas lebih empat jam rundingan dibuat antara para perunding dengannnya.Greece kini berdepan dengan masalah hutang negara sebanyak AS$350 bilion (RM1.07 trilion) yang menyebabkan pihak pemerintah melaksanakan dasar berjimat- cermat termasuk mengurangkan pekerja bagi mengelakkan negara daripada menjadi bankrap.






SATA..OOO..PAKCIK SATAR

Salam semua...Mak Jemah tak leh tido lagi la...sebab idea tengah mencurah-curah dah ni...tak leh nak tapis atau tutup lagi da...hik..hik..mangsanya korang la..kene bace entri Mak Jemah ni...

Bukan ape..dok la Mak Jemah minum tadi...teringat la Mak Jemah ngan satu kisah yang memang Mak Jemah tak leh nak lupe...ni Mak Jemah nak share la ni...Mak Jemah kan prihatin...so Mak Jemah share la ngan korang sume..karang ade lak yang ngajuk...

Actually Mak Jemah ade jugak dapat emel minta untuk postkan ade satu info tu...tapi tu tugas si Sis la...Mak Jemah pas kan kat die... Mak Jemah tak terer sangat..so kepada pembaca tu..sabar yer..Sis tengah cari info..

ALAMAK LUPA!

Tengok..Mak Jemah lupe plak cite yang Mak Jemah nak citer..bukan ape..saje-saje je selitkan cite...Kisah yang Mak Jemah nak citer ni memang antara yang klakar yang Mak Jemah dengar..sebenarnye ade la orang tu yang mengalami kes ni..tapi Mak Jemah tak bagitau..nnt orang tu malu..so after Mak Jemah cite ni..Mak Jemah harap korang semue leh la rate cite ni best ke tak...kalau tak best..Mak Jemah kene fikir kan lagi la ni..adui..byk keje Mak Jemah..

KISAHNYE BERMULA DISINI

Singkatkan cite...diceritakan kepada Mak Jemah oleh seorang kenalan.. gelarkan la die Minah...Minah gi la Kelantan bersama family kawan die..da seronok-seronok ni beli macam-macam..biase la..shopping sakan...tapi si Minah ni tak sakan...die beli pelekat peti ice tu jer..mmg hobi dan habit die berbuat sedikian rupe..so byk la jugak pelekat ice box yang die beli untuk diagihkan kepada kawan-kawan dan sahabat handai...sahabat handal tak dapat eh..terutama yang handal ngumpat dan mengata tu..hahhaa...( ni Mak Jemah yang suke suki tambah)..

Setelah habis shopping..tiba la masa untuk pelepasan berangkat pulang ke KL...biase la..duit da kering..tak tau nak beli ape lagi..tangan da penuh..kete da tak muat..balik je la..Dalam perjalanan pulang tu..Si bapa dok la cerita nak cari Sata jap... Si Minah pun faham la niat murni bapa kawan die nak jumpe Pakcik Sata tu...da lame benar agaknye tak jumpe...so...dalam hati die pun kate la..tak pe la berhenti jap jumpe Pakcik Sata...

Sampai di destinasi...bapa kawan si Minah ni minta si Minah ni gi cari Pakcik Sata ni.. ye la..da si Minah dok paling tepi..so die diberikan tugas berat la untuk mencari Pakcik Satar...berkata la si bapa ni " Minah..tolong tanya Sata ade tak..". " kat mana Pakcik Satar tu..?" tanya si Minah.. " ala ko masuk je kat dalam kedai tu..ko tanya kat orang Sata ade tak"..."OK..OK..saya tanya pakcik"..fuh..konfiden betul si Minah ni..Maka keluar la si Minah dengan ala-ala gaya model keluar kereta...fuh..berstyle betul la..

Nak..anak ni cari ayah Pakcik ke..ayah Pakcik tak de
- Ni la abang Macho tu-
Sesampai je si Minah ni dalam kereta..si Minah ni cari penuda pemudi yang hensem lagi kacak ala-ala Tom Cruise untuk die tanya soalan..ala-ala Tomato die tak nak..memilih betul si Minah ni...dengan penuh keyakinan dan romantik di tambah dengan lemah lembutnya..si Minah ni tanya.. " Bang..tumpang tanya...PAKCIK SATAR ADE TAK".. Si Mamat ni pun pelik la..dalam hati die mesti terdetik.." eh minah ni...SATAR mane la yang die cari"...tapi takpe...untuk jaga macho die..die pun jawab la.." dik PAKCIK SATAR TAKDE KAT SINI"..



HAMPA..

Si Minah setelah mendengar jawapan macho dari abang macho tadi mengangguk tanda faham...tapi dalam hatinya sedih jugak sebab bapa kawan die tak dapat jumpe ngan Pakcik Satar.. mesti die sedihkan..tapi nak cakap ape...

dengan langkah sedih..tapi masih lagi bergaya...si Minah masuk kedalam kereta...Si Minah terus memaklumkan dan meluahkan berita ketiadaan Pakcik Satar kat bapa kawannya.." Pakcik...sori la..Pakcik Satar takde...die tak datang kedai ni kot" luah si Minah...tiba-tiba...

Ni la rupe sata yang sebenar
Tiba-tiba...dalam kereta tadi yang sunyi sepi...hanya bunyi radio jer...jadi gamat dengan bunyi ketawa semua oramg..takat ketawa takpe la..ni sampai ade yang terlepaskan angin skali sbb tak tahan gelak..." Nak oooiii.. SATA tu bukan orang...SATA tu makanan" Maklum mak kawan Minah kepada Minah..." APE..MAKANAN" jeng..jeng...jeng...dalam hati Minah..aduhai..malunya...." da la Pakcik mane saya tau..saya ingat Pakcik Satar..malu la saya nak gi kuar lagi...."

Akhirnya..dapat juga dorang beli dan makan Sata tu hasil belian dari kawan si Minah tu..Minah da tak nak kuar lagi..malu nak tanya soalan yang sama kat mamat Tom Cruise tadi..soalan die tak de perkataan pakcik...hahahaa...kesian si Minah tu..

MORAL OF STORY

Moral of story...kite ni kene tahu nama-nama, rupa dan segalanya tentang makanan kat Malaysia ni...memang nama dorang pelik..tapi kebanyakkan sedap...tapi tu semua tengok negeri la...sebenarnya..Mak Jemah pun tak tau SATA tu ape.. Mak Jemah tahu SATA Cable je.....lepas si Minah ni citer..baru la Mak Jemah tahu...so..2x5...hahaha cuma Mak Jemah tak de je dalam story to..nasib baik...