Dapat tak korang bayangkan camner ler hidup dok terperap jer kat umah . Takde le nak g nengok wayang ke , g shopping ke atau jauh sekali nak g nengok konsert tak pun g nengok pertunjukan bunga atau g fun fair . Tapi itulah hakikat nya yang berlaku kepada seorang wanita yang baru berusia 43 di Britain . Wanita tersebut Brenda Flanagan-Davies kini menjadi wanita paling gemuk di Britain dan masalah itu menyebabkan dia tidak pernah meninggalkan rumahnya sejak empat tahun lalu. Kesian kan . Di kediaman yang dibiayai pembayar cukai itu, Brenda, 43, juga tidak pernah sekali pun duduk di ruang tamu kerana dengan berat 254 kilogram, dia tidak mampu berjalan dari katil ke situ.
Berasal dari Gateshead, Brenda kini menjadi wanita paling berat di Britain disahkan selepas kematian Sharon Mevsimler pada 2010. Ketika meninggal dunia, berat Sharon ialah 286 kilogram. Brenda memakan lebih 6,000 kalori sehari, termasuk sembilan bar coklat dan tiga liter minuman berkarbonat. Jumlah kalori yang disarankan bagi wanita dewasa hanya 2,000.
Saiz badan yang besar melampau itu memaksa Brenda terperap di katil dan disebabkan ketagihannya untuk makan, sebuah peti sejuk padat berisi coklat dan minuman ringan ditempatkan di sebelahnya.
Kini, Brenda merayu bantuan selepas doktor memberinya amaran supaya mengubah sikap atau berdepan dengan maut dalam waktu terdekat. Kata Brenda, dia menghabiskan masanya di atas katil semata-mata. Menurut Brenda, dia mencuba pelbagai disiplin pemakanan tetapi ia tetap gagal menghalangnya untuk makan. “Saya tak mampu berjalan ke bilik mandi yang terletak hanya enam meter dari katil tanpa tercungap-cungap,” katanya.
Menyedari serba terbatas, Brenda berkata, dia benci hidup begitu dan bercadang mahukan anak sementara masih mampu. Masalahnya, kata Brenda, dia tidak cukup sihat untuk hamil.
Pemeriksaan doktor mendapati, tabiat pemakanan Brenda mengancam nyawanya kerana berat badan bekas pembantu kedai itu menekan pelbagai organ dalamannya.
Masalah nya Brenda tidak mampu untuk menghilang ketagihan beliau terhadap makanan sehingga mengakibatkan beliau berisiko mengalami masaalah jantung . Kata Brenda, dia tidak mahu mengalami nasib sama seperti Sharon - ibu kepada empat anak - yang meninggal dunia hanya 13 bulan selepas menjalani pembedahan mengikat saluran perut.
Beliau juga terlalu takut untuk keluar rumah kerana bimbang terjatuh dan tidak mampu berdiri semula. selain menghadapi kesukaran keluar masuk kereta kerana sentiasa bimbang jika kerusi tempat duduk akan patah . Kesian kan . Simpati sangatle dengan nasib dia . Harap Encik Doktor dapatlah membantu Brenda untuk menjalani kehidupan normal sebelum beliau mengalami nasib yang sama seperti Sharon ..
No comments:
Post a Comment