SUPPORT PENAJA

Sunday, 19 February 2012

GEMPAR !! BOBBI KRISTINA IKUT SIKAP KETAGIHAN MOMMY DADDY DIA





Belum pun seluruh dunia sunyi dengan isu kematian Legenda Pop iaitu Whitney Houstan yang dikatakan punca kematian nya ada  kaitan dengan dadah , kini kita digemparkan pula dengan isu bahawa satu-satunya anak kepada mendiang Whitney  bersama Bobby Brown iaitu Bobbi Kristina pula kisahnya kini terpalit dengan najis dadah . Inilah dikatakan Bapak Borek Anak Rintik .. Sian kan . So Sis taknak bebel lelebey korang nengok sendiri ler kalau tak caya .

OSAMA RANCANG BUNUH BOBBY UNTUK RAMPAS WHITNEY


Berita mengejutkan bila terbaca mengenai bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, obsess untuk  mengahwini mendiang Whitney Houston, malah pada satu ketika merancang membunuh suami penyanyi itu, Bobby Brown, menurut satu buku baru yang didakwa ditulis oleh seorang wanita berketurunan Sudan, Kola Boof, yang dikatakan tinggal bersama Osama sebagai perempuan simpanannya.
Kola Boof yang dikatakan bekas
perempuan simpanan Osma

Ia berlaku pada 1996 dan beberapa tahun kemudian Osama mendalangi serangan paling dahsyat terhadap Amerika Syarikat. 
Namun, ketika di Maghribi, Osama memikirkan perkara lain termasuk seks, menghisap kanabis dan menari lagu kumpulan pop barat seperti B52s dan Van Halen. Boof, atau nama sebenarnya Naima Harith mendakwa diperlakukan seperti hamba seks oleh Osama, berkata pemimpin al-Qaeda itu berkata, Houston wanita paling cantik pernah dilihatnya dan teruja untuk mengahwini bintang pop itu. Dalam autobiografi diterbitkan pada 2006, Boof mendakwa Osama merancang membunuh Brown sebelum menggoda Houston dengan memberikannya rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum. Menurut ceritanya, Osama menghisap kanabis sebelum mengumumkan dia rela melanggar peraturan warna dan menjadikan Houston salah seorang isterinya.
Osama didakwa percaya Houston beragama Islam tetapi diresapi budaya Amerika. Boof mendakwa Osama memarahinya kerana bertocang dan mengarahkan dia bergaya seperti Houston. “Osama bertanya sama ada saya kenal Houston secara peribadi ketika saya menetap di Amerika dan saya berkata tidak. Katanya dia memang mahukan Whitney Houston. Walaupun mendakwa muzik itu jahat, Osama berkata memperuntukkan banyak wang untuk ke Amerika dan cuba mengatur pertemuan dengan penyanyi itu. “Ia tak mustahil bagi saya. Katanya dia mahu berikan rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum kepada Houston. Osama menjelaskan kepada saya dia rela melanggar peraturan warna yang dibuatnya semata-mata untuk memiliki penyanyi itu dan menjadikan dia isterinya. Sampai satu ketika saya bosan mendengar nama Whitney Houston,” Daily Mail memetik tulisan Boof dalam bukunya.

Cerita Boof mula muncul pada tahun 2002 apabila akhbar Guardian menyiarkan artikel mendakwa dia dipaksa mengaku mengadakan hubungan seks dengan Osama bagi menyelamatkan taraf warganegara Amerika yang dimilikinya. Kemudian, dalam temubual dua bahagian dengan MSNBC dia digelar Bekas Wanita Simpanan Osama bin Laden. Ketika sebahagian mendakwa Boof sengaja mengada-adakan cerita dan mustahil kerana berdarah Afrika-Amerika, Boof tegas dengan ceritanya dan mendakwa bahawa dua daripada 25 anak Osama berkulit hitam dan neneknya yang berasal dari Syria juga dipercayai wanita kulit hitam. 

NENEK DIDUKUNG LEMBAGA HITAM KETIKA HILANG


Seorang nenek Johara Ahmad, 83 yang hilang dalam tempoh 24jam di Sungai Baru dijumpai jirannya ditengah-tengah sawah dalam keadaan letih . Johara yang mempunyai 30 cucu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya. namun sukar mengenal pasti sama ada lembaga hitam tersebut lelaki atau perempuan dan menjelaskan tidak dapat mengingati secara keseluruhan apa yang berlaku.

Beliau ditemui di kawasan lopak berhampiran sawah padi yang terletak di Kampung Parit Buaya, kira-kira 5 kilometer (km) dari rumahnya pada keesokkan harinya .
Anaknya Masitah memberitahu “Sewaktu jiran membawa ibu pulang, dia kelihatan agak letih mungkin disebabkan tidak tidur, makan dan minum semalaman. Ibu juga ada memberitahu saya, dia dijaga oleh tiga lembaga atau 'orang' sepanjang berada di kawasan sawah padi itu, namun tidak mengenali mereka,” katanya. Johara yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Lang dalam kalangan penduduk kampung tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu sejak dia dijumpai kira-kira jam 11 pagi.

Masitah berkata, Johara juga memberitahu dia terlihat orang kampung yang sedang mencarinya di kawasan berkenaan, namun tidak boleh memanggil mereka kerana dihalang oleh lembaga itu. Dia berkata, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai juga terhalang apabila hanya dia sahaja yang boleh nampak orang di sekelilingnya sedangkan orang lain tidak boleh melihatnya walaupun mereka berada di kawasan berhampiran.

“Saya dan adik ada juga mendapatkan bantuan daripada bomoh sewaktu ibu belum ditemui dan bomoh turut memberitahu hanya ibu sahaja yang boleh melihat orang di sekeliling namun tidak sebaliknya. Sejak ibu dibawa pulang, dia juga kurang selera makan berbanding sebelum ini dan lebih banyak minum air termasuk air teh yang sebelum ini dia tidak gemar,” katanya.

Masitah berkata, Johara hanya menceritakan suasana di tempat kejadian kepada mereka sekeluarga setelah mula mengingati apa yang berlaku. Apa pun, mereka sekeluarga berasa lega apabila Johara ditemui dalam keadaan selamat. Sementara itu, Johara berkata, sewaktu perjalanan ke kawasan berkenaan, dia tidak berasa letih walaupun jauh kerana berasa seolah-olah ada orang yang mendukungnya ke sana.

DISIMBAH ASID KETIKA TIDUR


Malang sungguh nasib bila sedang nyenyak tidur , tiba-tiba disimbah pulak dengan cecair dipercayai asid . Isiden tersebut berlaku kepada seorang remaja serta rakan serumahnya awal pagi semalam di Kampung Padang Merchang di Marang . Ketika kejadian 5.10 pagi itu, Mohd Fadzil Hanafi Idrus, 18 yang sedang menunggu keputusan SPM serta Shahurzaman Salim, 38, sedang tidur nyenyak bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen. 

Mohd Fadzil melecur di bahagian muka, badan serta kaki manakala Shahurzaman, yang bekerja sebagai nelayan, cedera di muka serta mata, dan mereka kini dirawat di unit kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dilaporkan stabil. Seorang penyewa di rumah itu, Mohd Harmizi Hussin, 29, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan dihubungi seorang rakannya mengenai kejadian tersebut. 
"Setibanya di rumah, saya terkejut melihat keadaan (Mohd) Fadzil yang melecur di muka sambil menggelupur menjerit kesakitan. Saya terus menghantar kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan Mercang sebelum mereka kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. 

Mohd Harmizi, seorang pemandu bas kilang, berkata Mohd Fadzil biasa datang ke rumah sewanya untuk menonton perlawanan bola sepak. " Saya percaya suspek melontar cecair berkenaan melalui tingkap yang tidak ditutup dan kebetulan pula (Mohd) Fadzil dan Shahurzaman tidur di atas katil berhampiran tingkap tersebut," katanya. 

Pada mulanya, Mohd Harmizi menyangkakan cecair itu adalah sejenis minyak namun sangkaannya meleset setelah melihat kesan terbakar pada tilam dan kain pelekat yang dipakai Mohd Fadzil.  Bapa Mohd Fadzil, Idrus Mohd Nor yang ditemui di HSNZ berkata dia terkilan dengan kejadian itu, yang belum diketahui motif sebenarnya. Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara tersebut. Beliau berkata, polis masih mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

BEKAS TEMAN LELAKI UGUT DEDAHKAN GAMBAR BOGEL


Sekali lagi aduan diterima Biro Pengaduan Awam MCA bila satu lagi kes membabitkan seorang wanita yang diperas ugut oleh bekas kekasihnya untuk mendedahkan gambar bogelnya melainkan mangsa bersetuju menjadi hamba seksnya. Ketua Bironya, Datuk Michael Chong berkata, ia adalah kes ketiga yang dilaporkan pada tahun ini di mana mangsa terbaru yang dikenali sebagai Woon, 29, telah diugut oleh bekas teman lelakinya yang berusia 29 tahun sejak 9 Februari lalu.
"Kami diberitahu, mangsa menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya sejak tahun 2000 ketika mereka belajar di sekolah yang sama di Kepong. Hubungan itu putus pada Jun 2003. Bagaimanapun, ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu, bertemu kembali bekas teman lelakinya pada Mei 2010 pada satu perjumpaan dan menyambung kembali hubungan dengannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada 12 Februari lalu di Balai Polis Tun H.S. Lee terhadap lelaki itu. Woon kini menderita akibat tekanan dan ketakutan yang keterlaluan angkara perbuatan bekas kekasihnya selain diganggu berkali-kali dengan panggilan telefon untuk mengadakan hubungan seks atau gambar itu didedahkan di internet dan di kalangan anggota keluarga serta kawan-kawannya," katanya. - BERNAMA

VISA PENGAMBILAN PENUNTUT ASING DIHENTIKAN



Lega gak ler bila Sis baca dalam salah sebuah akhbar tempatan hari ini berkenaan dengan niat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini . Yela bukan apa bagi Sis ini perlu untuk membendung penyalahgunaan pas berkenaan dan kebajiran orang asing yang dah semakin ketara kebelakangan ini . Menterinya , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian itu hanya akan mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan dengan Jabatan Imigresen dilakukan dua bulan lalu. "Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakannya pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan KPT," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini. Khaled diminta mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya KPT mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.

Beliau berkata, mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan KPT terlibat dengan kegiatan tersebut. "Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya.

NAK ELAK SERANGAN SAKIT JANTUNG MINUM TEH


Tips yang baik . Melalui hari ini korang kena la ubah cara pemakanan korang .Nie berkenaan satu kajian terbaru mengatakan pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak korang daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2. Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular. “Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan,” kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP). Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.


Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran. Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.

“Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh,” katanya. - AGENSI 

ZIANA ZAIN BUAT PENDEDAHAN BERANI



Sudah lama kita tidak disajikan perihal penyanyi popular yang meletup dengan lagu Madah Berhelah nie kan Penghujung tahun lalu, khabar angin pernah mengatakan bahawa penyanyi popular Ziana Zain,45 telah menerima suntikan di wajah. Bagaimanapun, perkhabaran itu senyap seketika bak angin lalu. Bagaimanapun peluang bertemu penyanyi Puncak Kasih itu ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, di sini semalam telah memberi kesempatan kepada wartawan dari portal terkenal untuk menuramah beliau .

Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya. 


"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat. "Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung. 

Sedar kecantikannya semakin dimamah usia, Ziana Zain bagaimanapun memilih sikap berhati-hati sebelum mendapatkan suntikan tersebut kerana gusar sekiranya memberi kesan sampingan bukan saja kepada raut wajahnya, malah juga kesihatan. Jelas Ziana, dia mengambil masa yang agak lama untuk yakin dengan suntikan kolagen, meskipun beberapa individu yang rapat dengannya termasuk doktor kosmetiknya dan adiknya Anuar Zain, telah lama menasihatinya untuk mendapatkan suntikan berkenaan.

"Saya sedar, pada zaman sekarang ramai wanita yang berusia 20-an pun sudah berani membuat suntikan, tetapi tidak buat saya. Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya.
Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh.

Tidak perlu terbang jauh ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan suntikan berkenaan, sebaliknya percaya dengan kebolehan doktor pakar kecantikan tempatan yang ditemui di ibu negara. Tidak perlu juga berbelanja ratusan ribuan ringgit, terang Ziana Zaian, suntikan yang diambilnya itu dibayar pada harga sangat berpatutan, apatah lagi kesannya akan kekal untuk jangkamasa dua tahun lamanya.

"Saya tidak mensyorkan kepada sesiapa, tetapi cukuplah saya katakan tepuk dada tanyalah selera. Saya tahu apa yang saya lakukan dan saya rasa suntikan kolagen ini sudah biasa diamalkan dalam kehidupan masa kini. "Jadi saya tak rasa ianya akan menjadi perkara besar bila saya menggunakannya. Alhamdulillah selepas menggunakannya wajah saya tampak segar, kulit muka saya kembali tegang dan ianya nyata telah mengembalikan keremajaan saya.Tidak bermakna pula saya melupakan rawatan tradisioanl lain kerana bagi saya ianya tetap penting bagi penjagaan dalaman. Jika anda berusia 40-an barulah anda faham kepentingannya. Apa yang penting saya lebih berkeyakinan," katanya.