Kola Boof yang dikatakan bekas perempuan simpanan Osma |
Ia berlaku pada 1996 dan beberapa tahun kemudian Osama mendalangi serangan paling dahsyat terhadap Amerika Syarikat. Namun, ketika di Maghribi, Osama memikirkan perkara lain termasuk seks, menghisap kanabis dan menari lagu kumpulan pop barat seperti B52s dan Van Halen. Boof, atau nama sebenarnya Naima Harith mendakwa diperlakukan seperti hamba seks oleh Osama, berkata pemimpin al-Qaeda itu berkata, Houston wanita paling cantik pernah dilihatnya dan teruja untuk mengahwini bintang pop itu. Dalam autobiografi diterbitkan pada 2006, Boof mendakwa Osama merancang membunuh Brown sebelum menggoda Houston dengan memberikannya rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum. Menurut ceritanya, Osama menghisap kanabis sebelum mengumumkan dia rela melanggar peraturan warna dan menjadikan Houston salah seorang isterinya.
Osama didakwa percaya Houston beragama Islam tetapi diresapi budaya Amerika. Boof mendakwa Osama memarahinya kerana bertocang dan mengarahkan dia bergaya seperti Houston. “Osama bertanya sama ada saya kenal Houston secara peribadi ketika saya menetap di Amerika dan saya berkata tidak. Katanya dia memang mahukan Whitney Houston. Walaupun mendakwa muzik itu jahat, Osama berkata memperuntukkan banyak wang untuk ke Amerika dan cuba mengatur pertemuan dengan penyanyi itu. “Ia tak mustahil bagi saya. Katanya dia mahu berikan rumah mewah yang dimilikinya di Khartoum kepada Houston. Osama menjelaskan kepada saya dia rela melanggar peraturan warna yang dibuatnya semata-mata untuk memiliki penyanyi itu dan menjadikan dia isterinya. Sampai satu ketika saya bosan mendengar nama Whitney Houston,” Daily Mail memetik tulisan Boof dalam bukunya.
Cerita Boof mula muncul pada tahun 2002 apabila akhbar Guardian menyiarkan artikel mendakwa dia dipaksa mengaku mengadakan hubungan seks dengan Osama bagi menyelamatkan taraf warganegara Amerika yang dimilikinya. Kemudian, dalam temubual dua bahagian dengan MSNBC dia digelar Bekas Wanita Simpanan Osama bin Laden. Ketika sebahagian mendakwa Boof sengaja mengada-adakan cerita dan mustahil kerana berdarah Afrika-Amerika, Boof tegas dengan ceritanya dan mendakwa bahawa dua daripada 25 anak Osama berkulit hitam dan neneknya yang berasal dari Syria juga dipercayai wanita kulit hitam.

No comments:
Post a Comment