SUPPORT PENAJA

Monday, 13 February 2012

10 RAKAMAN VIDEO HANTU JEPUN YANG SAH SERAM




Bila menyebut pasal hantu semua orang pasti akan terasa seram sejuk , mengigil , meremang bulu roma berdebar-debar ...pe lagi ..hehehe ..rasa naak terkuncing pun ada kan . So disini Sis nak share ler dengan uolls video-video seram yang secara tak sengaja Sis terjumpa bila dok boring-boring klik-klik pe nak tengok kat YouTube tu . So terjumpa ler  koleksi video - video seram ni. Ada banyak tapi Sis nak share 10 jer .Kalu tak puas nengok surf ler sendiri yer . Bagi Sis memang seram giler ..Tu bagi Sis ler .. Bagi uolls yang hebat-hebat dan berani tu tak tau ler plak. Tapi aper - aper pun tak kisah ler uolls nie berani ke idak Sis just nak kirimkan pesanan . Bagi sesiapa yang agak-agak ada darah tinggi ke , sakit jantung ke , sakit semput dan sawan takpun darah rendah tu tak yah ler nonton yer . Bukan pe ada scene - scene dalam ni kang yang sampai bawak tido tau .. Tapi pepe pun enjoy k untuk yang ada berani tu .. 





Japanese Scariest Ghost Movies Part 1



Japanese Scariest Ghost Movies Part 2


Japanese Scariest Ghost Movies Part 3



Japanese Scariest Ghost Movies Part 4


Japanese Scariest Ghost Movies Part 5



Japanese Scariest Ghost Movies Part 6



Japanese Scariest Ghost Movies Part 7



Japanese Scariest Ghost Movies Part 8



Japanese Scariest Ghost Movies Part 9




Japanese Scariest Ghost Movies Part 10

ISRAEL BEDIL KANDANG LEMBU



GENTING GAZA - Satu serangan tentera udara Israel semalam membedil kandang lembu milik seorang penduduk Palestin di sini. Beberapa ekor haiwan itu cedera dan terbunuh akibat serangan berkenaan. Dalam serangan itu, seorang penduduk Palestin dilaporkan terbunuh.



KANDANG lembu yang musnah akibat terkena bedilan peluru
 berpandu pesawat tentera Israel di bandar Gaza semalam.
Tentera Israel menyatakan serangan tersebut dilancarkan bagi membalas dendam terhadap satu serangan roket yang dilakukan para pejuang Palestin. Pertubuhan Pusat Palestin Untuk Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di bandar Gaza menyatakan, penduduk yang maut itu ialah seorang petani, Wyad Abdul Hadi Rajab yang berusia 71 tahun. Menurut pertubuhan itu, dia merupakan pemilik kandang lembu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan Israel. Kandang lembu itu diserang dengan peluru berpandu.
Menurut pertubuhan tersebut, semasa serangan, petani itu berada di dalam biliknya yang musnah. Seorang anak lelakinya mengalami luka.  Beberapa ekor haiwan ternakan lain turut terbunuh manakala beberapa peralatan lain juga musnah.

Pada Sabtu lalu, satu serangan roket yang dilancarkan para pejuang Palestin mengenai bandar Ashkelon, selatan Israel menyebabkan seorang wanita negara itu cedera ringan.

BUMBUNG RUNTUH 11 PELAJAR MALAYSIA TERSELAMAT




JAKARTA 12 Feb. - Mahasiswa Malaysia yang rumah sewa mereka ditimpa bumbung di Grogol, Jakarta Utara di sini tengah malam tadi terpaksa menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap. Kejadian selepas hujan renyai itu sekali gus mengakibatkan 11 mahasiswa wanita Malaysia serta 20 mahasiswa wanita tempatan hanya sempat menyelamatkan barangan peribadi dan dokumen penting sahaja.

Menurut seorang pelajar Malaysia, Nor Ubudiah Seti, ketika kejadian, dia bersama lapan daripada 11 teman dari Malaysia sedang berehat di rumah. Bagaimanapun, tiba-tiba dia dan teman-temannya terdengar bunyi kuat dari luar rumah menyerupai bunyi lori simen terbalik.

Sebaik menjenguk ke luar rumah, Nor Ubudiah mendapati penduduk setempat mula kecoh dan menjerit melihat bumbung tersebut menimpa bangunan rumah dua tingkat yang didiami itu. Menurut Nor Ubudiah, siasatan polis mendapati tiang penyangga kayu, bahagian hadapan atap rumah berkenaan telah reput hingga menyebabkan ia runtuh dan jatuh hingga menutup pintu keluar rumah.

"Atap rumah itu yang runtuh menyebabkan pintu masuk tertutup dan kami yang berada dalam rumah terperangkap sehingga memaksa jiran tetangga memecahkan salah satu tingkap di bilik tingkat bawah rumah supaya kami dapat keluar menyelamatkan diri," kata Nor Ubudiah pelajar tahun empat jurusan perubatan di Universiti Trisakti di sini menceritakan pengalamannya.

Akibat daripada bencana itu, Nor Ubudian dan rakan-rakan dari Malaysia serta mahasiswa Indonesia terpaksa mencari perlindungan sementara dengan menumpang di rumah kenalan mereka. Nor Ubudiah juga pada masa sama berterima kasih pada pihak Education Malaysia (EM) di Kedutaan Besar Malaysia di sini yang segera menghulurkan bantuan kepada mereka.

Menurut Nor Ubudiah, dia dan teman-teman serumahnya juga hanya berkesempatan menyelamatkan dokumen-dokumen penting, komputer riba serta sedikit pakaian.

"Segala nota dan buku-buku tidak sempat diselamatkan. Hal ini sangat merisaukan kami kerana kami akan mnghadapi peperiksaan hujung minggu depan," kata Nor Ubudiah 23 tahun.

Sementara itu, EM menawarkan tempat tinggal sementara di Malaysia Hall Jakarta bagi memastikan sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam bencana itu dapat menduduki peperiksaan tanpa sebarang halangan.

Menurut Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I (Pendidikan) di EM, Ludinata Misnun, pihaknya akan sentiasa memantau semua mahasiswa berkenaan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terus terpelihara.


Sumber dari UTUSAN

ANAK WHITNEY DIKEJARKAN KE HOSPITAL


Kesian betol kan . Satu-satunya anak tunggal kepada Whitney Houston penyanyi pop tersohor dengan penyanyi Bobby Brown, iaitu Bobbi Kristina telah dikejarkan ke hospital sebanyak 2 kali sejak kematian ibunya Sabtu lalu .

Pada Sabtu lalu dia telah dibawa ke Hospital Cedars-Sinai antara pukul 11.00 malam akibat  'histeria ' serta mengalami tekanan perasaan yang keterlaluan dan pada pagi Ahad pula , beliau sekali lagi dikejarkan ke hospital, tetapi kali ini dia telah diambil dari bilik hotel di Beverly Hilton tempat penginapan di mana ibunya meninggal dunia kurang daripada 24 jam lebih awal .

Bobbi Kristina dibawa ke hospital
akibat histeria serta tekanan yang dialaminya .


Menurut sumber sewaktu kejadian iaitu sekitar pukul 3:55petang Sabtu iaitu bila Whitney dijumpai mati lemas dalam tab mandi , Bobbi Kristina 19 tahun berada di lobi hotel Beverly Hilton .  

CUCI THE MUSICAL LAST KOPEK KASI GEMPAR ISTANA BUDAYA










CUCI THE MUSICAL LAST KOPEK (CUCI 3) BAKAL MENGGEGARKAN ISTANA BUDAYA (IB) | Kesan daripada kejayaan dan fenomena menerusi pementasan Cuci The Musical, pada 2009 dan 2010, membuktikan peminat seni tempatan semakin meminati bidang teater. Justeru, ia sekali lagi dipentaskan kembali di Istana Budaya (IB), di bawah terbitan Tall Order Productions (TOP) Sdn Bhd, bermula 2 hingga 18 Mac 2012 ini. Masih mengekalkan Pengarah sama, Harith Iskander, Cuci The Musical Last Kopek (Cuci 3), pastinya dinanti-nantikan penonton.

Menjanjikan yang terbaik dalam pementasan ini, Penerbitnya, Hans Isaac berkata, ia memberi pengalaman baru kepada penonton, sementelah lagi ia merupakan pementasan terakhir Cuci.

“Selepas ini tiada lagi Cuci di pentas teater. Bagaimanapun, pementasan terakhir ini meninggalkan kesan kepada semua dan menjadi sejarah buat Cuci,” katanya ketika majlis sidang media, Cuci The Musical Last Kopek di IB.

Menyediakan komedi lebih spontan dan bersahaja dalam pementasan terakhir ini, Hans menjelaskan pendekatan tersebut diambil berdasarkan kajian dilakukan terhadap penonton ketika menyaksikan Cuci 1 dan 2.

“Rata-rata penonton dilihat lebih menggemari jenaka yang santai dan tidak berpandukan kepada skrip sahaja. Lagipun lawak-lawak spontan ini lebih menjadi. Lebih-lebih lagi pelakon terbabit mempunyai sudah mempunyai aura dan cara tersendiri untuk membuatkan penonton ketawa.

“Selain itu, keunikan bagi Cuci 3 ini adalah kami akan membuat persembahan yang berlainan setiap malam. Ia merupakan satu perkara baru kerana tidak pernah berlaku di mana-mana pementasan teater,” katanya yakin penonton pasti terhibur seperti mana Cuci, musim lalu. Masih mengekalkan Awie, Afdlin Shauki, Nabil, Vanidah Imran, Reefa dan Hans sendiri, plot serta jalan ceritanya juga tidak berubah sama sekali.

Cuci mengisahkan empat sahabat memasang impian untuk mendapatkan tender sebagai pasukan pencuci di Menara Berkembar Petronas. Melibatkan seramai 230 krew, yang mana masih menggunakan khidmat dan hasil kerja kreatif, Acis, selaku pengarah muzik, teater ini turut mendapat sentuhan Azwa sebagai koreografer. Sebanyak 22 pertunjukan akan diadakan termasuk persembahan siang dan malam pada setiap Sabtu dan Ahad.

Sumber : Sinar Harian

JAWATAN KOSONG DI MPSJ


BERITA BAIK KEPADA YANG SEDANG MENCARI KERJA.

JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) | Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan jawatan kosong untuk dipenuhi oleh rakyat Malaysia yang berlayakan untuk jawatan-jawatan seperti yang dinyatakan dibawah.


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:


1. Arkitek
2. Akauntan
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Penolong Jurutera
5. Penolong Pegawai Penilaian
6. Penolong Juruukur Bahan
7. Ahli Muzik
8. Juruteknik Audio
9. Juruteknik Komputer
10. Juruteknik Perancang Bandar dan Wilayah
11. Pembantu Penilaian
12. Pembantu Perpustakaan
13. Pembantu Kesihatan Awam
14. Pembantu Tadbir
15. Pembantu Operasi
16. Pembantu Awam
17. Tukang K2 (Mekanik Bengkel)


-
KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON


Tarikh Tutup Permohonan:22 February 2012!!!

NABILA IKA MINUM ARAK



IKA NABILA - AF6
GAMBAR IKA NABILA MINUM ARAK DI KARAOKE TERSEBAR | Gambar Ika Nabila sambil minum arak disebuah pusat karaoke telah tersebar di beberapa laman blog. Dalam gambar tersebut, Ika Nabila pegang segelas minuman yang dipercayai minuman alkohol seperti dakwaan oleh sesetengah pihak.


Ika apabila ditemui menjelaskan bahawa gambar tersebut bukanlah minuman arak tapi hanya jus sparkling. Menurutnya, ada pihak yang cuba memburukkan namanya dengan menyebarkan fitnah.



















































SEMAKAN ONLINE BR1M


SEMAKAN ONLINE BR1M | STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 | Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.


Panduan Semakan BR1M

Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
Atau anda boleh mula menghantar pertanyaan email ke belanjawan2012@treasury.gov.my. Insyallah anda akan dapat serta merta status permohonan anda.


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.


Setelah mendapatkan baucar berkenaan, bolehlah ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai. Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, anda perlu mengisi borang rayuan dengan segera. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan dilaksanakan sehingga 15 Mac 2012 mengikut jadual.


Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.

-
Rayuan


Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my atau untuk mendownload borang rayuan sila klik DISINI.

POLIS LEMAS BERSAMA ANAK TIRI


KUANTAN - Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak yang dilanda ombak kuat nyata meleset apabila seorang anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas manakala seorang lagi masih hilang. Kejadian di antara pukul 4.45 dan 6.50 petang kelmarin menyebabkan Lans Korporal Mohd. Asri Kamis, 28, yang bertugas di bahagian pentadbiran Balai Polis Mentakab, Temerloh, dan anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasri, 15, mati.
PILU...Kalsom Daud tidak dapat menahan 
kesedihan selepas melihat jenazah cucunya,
Muhammad Hasryzam (gambar kecil). 

Mayat Mohd. Asri ditemui berhampiran kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3.10 petang semalam di muara Sungai Baging kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Adik Muhammad Hasryzam, Muhammad Hairulnizam, 13, yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemui.Isteri mangsa, Norsharulizam Osman, 32, berkata, mereka ke situ selepas ajakan anak sulungnya untuk mandi di Teluk Chempedak ditolak oleh suaminya atas alasan pantai itu bahaya.

SEDIH...Norsaharlizam ditenangkan ahli keluarga





Katanya, suaminya kemudian mencadangkan mereka ke Pantai Cherating kerana ia lebih selamat. "Sebaik sampai, kedua-dua anak saya terus mandi dan berenang jauh dari pantai. Saya risau sebelum meminta suami pergi mendapatkan mereka."Namun, selepas menunggu lama, suami dan anak-anak saya masih belum kembali sebelum saya membawa dua anak perempuan saya, Siti Nurafzani Hasri, 11, dan Nurul Nabila Natasya Mohd. Asri, 6, ke bilik mandi. Kami seterusnya menunggu mereka berhampiran kereta pada pukul 5.30 petang," ceritanya.






Sumber dari Kosmo

LEMAS PUNCA KEMATIAN WHITNEY


Dunia telah dikejutkan dengan berita kematian penyanyi legenda pop dunia dari Amerika iaitu  Whitney Houston yang dikatakan mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, semalam. Whitney 48 tahun ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya. Menurut sumber, turut ditemui di bilik hotel itu, beberapa botol mengandungi ubat. Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam. Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya.




Rakan sepupu Whitney, Dionne Warwick, yang turut bergegas ke hotel itu berkata, Bobbi “tidak dapat dipujuk” sesiapa.Setakat ini, punca kematian Whitney belum diketahui.Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi.Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama.


Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis.Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutig Grammy, Neil Portnow, berkata majlis itu sama sekali tidak akan dibatalkan. 
Mayat Whitney dibawa 
keluar dari hotel 






Menganggap Whitney sebagai rakan, Portnow berkata, Jennifer Hudson akan mengadakan persembahan di majlis anugerah itu hari ini untuk memperingati penyanyi terbabit.Berita kematian Whitney mendorong ramai tokoh terkenal turut memberi penghargaan terhadap penyanyi yang terkenal itu.Menurut Simon Cowell, Whitney adalah “diva sebenar” dan seorang daripada penyanyi memiliki suara terhebat pernah didengarnya.Rihanna pula berkata, dia menangis apabila mendapat tahu kematian Whitney, manakala Mariah Carey terlalu sedih kerana kehilangan seorang kawan. Mitch Winehouse, bapa Amy Winehouse - penyanyi yang mati akibat ketagihan dadah tahun lalu - berkata muzik Whitney dan anaknya akan kekal selamanya.

Sumber tidak disahkan berkata, Whitney ditemui bersendirian dalam tab mandi dan mungkin mati akibat lemas. Jurucakap polis mengesahkan, mereka menerima panggilan dari hotel itu pada jam 3.43 petang dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.