GENTING GAZA - Satu serangan tentera udara Israel semalam membedil kandang lembu milik seorang penduduk Palestin di sini. Beberapa ekor haiwan itu cedera dan terbunuh akibat serangan berkenaan. Dalam serangan itu, seorang penduduk Palestin dilaporkan terbunuh.
KANDANG lembu yang musnah akibat terkena bedilan peluru berpandu pesawat tentera Israel di bandar Gaza semalam. |
Menurut pertubuhan tersebut, semasa serangan, petani itu berada di dalam biliknya yang musnah. Seorang anak lelakinya mengalami luka. Beberapa ekor haiwan ternakan lain turut terbunuh manakala beberapa peralatan lain juga musnah.
Pada Sabtu lalu, satu serangan roket yang dilancarkan para pejuang Palestin mengenai bandar Ashkelon, selatan Israel menyebabkan seorang wanita negara itu cedera ringan.
No comments:
Post a Comment