SUPPORT PENAJA

Showing posts with label FUYOO..CERITA SEDIH BEB. Show all posts
Showing posts with label FUYOO..CERITA SEDIH BEB. Show all posts

Sunday, 1 January 2012

FUYOO ...SEDEY BEB


Sejak akhir-akhir ni banyak betul cerita sedih yang menyentuh hati yang saya sehingga ada kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.
Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saudara saya yang disahkan menghidap pelbagai penyakit kronik baru-baru ini. So disini saya ingin share serba sedikit antara cerita sedih yang mungkin boleh memberi kita sedikit pengajaran  dan mungkin juga mampu membuat kita merasai apa yang sahaja yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya . 
Marilah berkongsi perasaan dengan membaca kisah dibawah dengan penuh penghayatan ...

Fuyoo .. Kisah Sedih Tentang Ibu Korbankan Nyawa demi Anak

Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China. Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah.
Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.
Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.
Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Fuyoo..Kisah Sedih Bubble Lady di Vietnam

Wanita berusia 35 tahun ini iaitu Thach Thi Sa Ly tinggal di kawasan luar bandar Vietnam di Delta Mekong, di mana beliau dikenali sebagai 'Bubble Lady' kerana keadaan perubatan yang pelik.
Ly mula tumbuh 'ketumbuhan gelembung' itu ketika dia berusia hanya setahun. Apabila dia membesar, ketumbuhan itu juga semakin menjadi-jadi tumbuh dan membesar saiz mereka. Keluarganya tidak mampu untuk membayar bantuan perubatan, jadi Ly terpaksa hanya tabah dan mempunyai ketulan aneh. Oleh kerana keadaan dirinya yang membuatkan Ly semakin menakutkan dan dijauhi orang lain, hilang pendidikan dan hanya tinggal dalam rumah.


Akhirnya selepas berdekad menanggung derita, ibu bapa Ly membawanya ke hospital di Wilayah Soc Trang, tetapi ahli perubatan bingung tidak dapat menentukan punca gelembung dan ketulan Ly dan memberitahunya untuk cuba di hospital Bandar Raya Ho Chi Minh. Malangnya keluarga itu terlalu miskin untuk membuat perjalanan dan keadaan Ly kekal tidak dikenal pasti dan dirawat.
Minggu ini akhbar Lao Dong di Vietnam menghubungi Ly dan keluarganya, tetapi selepas menemuduga Ly dan mengambil gambarnya, mereka tidak mempunyai apa-apa berita baik untuk menawarkan pada beliau.
Ly diberitahu bagaimana keadaan dirinya sama dengan dua orang pesakit lain yang mereka juga telah dihubungi, Nguyen Thi Dang, seorang wanita berusia 60 tahun di Wilayah Ha Nam, dan Nguyen Dinh Chieu, seorang lelaki berusia 50 tahun di Hanoi.
Doktor di Vietnam telah mengesahkan bahawa kedua-dua pesakit yang lain telah mengalami neurofibromatosis, satu keadaan genetik yang menyebabkan tumor benigna tumbuh di mana-mana bahagian badan.
Malangnya, tidak ada rawatan lagi bagi keadaan itu. Tumor boleh dikeluarkan, tetapi mereka mungkin tumbuh semula dan selalunya dalam jumlah yang lebih banyak.


[The Morning Starr - 3 Disember 2011]


Penyakit ini kelihatannya sama dengan Lelaki gelembung mahu menamatkan kesengsaraan ketumbuhan.Semoga Ly dapat menemui ubat yang mujarab untuk penyakitnya. Dan semoga ada tangan-tangan yang akan membantunya. Apa-apa pun, semoga dia mendapat yang terbaik dari Tuhan, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.


Bagaimana pula dengan ujian yang menimpa hidup anda? Adakah anda sentiasa mewah dan senang? Jangan terpedaya dengan dunia, kerana dunia adalah kesenangan yang menipu. Dan bagaimana kah kita menghadapi ujian yang menimpa kita? Adakah kita semakin ingat dan patuh pada Allah Ta'ala? Alhamdulillah.  Atau kita semakin jauh dariNya?  Na'uzubillahi min zaalik.Allah S.w.t berfirman yang maksudnya, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim : 7)


Bersyukur ialah dengan kita semakin berterima kasih, ingat dan taat pada Allah, bukannya semakin lalai, banyak berhibur, banyak lakukan maksiat, dan seumpamanya .......

Fuyoo..Kisah yang Menyentuh Jiwa

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya dengan begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
“RM25 saja bang.”
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! Bersyukur la kita dengan apa yang ada.