SUPPORT PENAJA

Monday, 16 April 2012

BOB KUMAN SEDANG TENAT..


Atas dasar simpati atas nasib malang yang menimpa seorang insan seni yang selama ini telah banyak menghiburkan kita , disini Ceciter ingin berkongsikan 1 artikel yang dipetik  dan dikongsi dari sebuah blog seorang blogger terkenal iaitu saudara Mazidulakmal bertujuan untuk dikongsi bersama , semoga dengan penyebaran kisah ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau yang kini amat memerlukan bantuan anda semua .  ‘ Bantu serta hulurkan lah walau sedikit sumbangan semoga dengan sumbangan tersebut mampu memulihkan kembali tahap kesihatan  saudara Bob.'


**  Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.

“Ada apa Bob?,” soal saya.

“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor.

Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob. “Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang.

Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah geraiBawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob. Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas. “Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.

“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob.Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


7 KEBAIKAN YANG DAPAT BILA MENANGIS ..



Ada beberapa alasan manusia menangis:

  •  Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  •  Menangis kerana rasa takut.
  •  Menangis kerana cinta.
  •  Menangis kerana gembira.
  •  Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  •  Menangis kerana terlalu sedih.
  •  Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  •  Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  •  Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  •  Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.


Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

JENAKA LADY GAGA CETUS KONTROVERSI ..


MESEJ Lady Gaga dalam lama Twitternya mengenai senaman dan cara pemakanan mencetuskan kemarahan peminat dan aktivis kempen kecelaruan makan.Dalam mesej kepada hampir 23 juta peminatnya, penyanyi berusia 26 tahun itu menulis: “Baru selesai kelas senaman. Makan salad sambil membayangkan ia burger keju - Penyanyi Pop Tidak Makan - Saya dilahirkan begini.” Jenaka itu bagaimanapun, menikam diri apabila Persatuan Kecelaruan Makan Kebangsaan memberi maklum balas di Twitter yang berbunyi: “Huh! Inilah orang yang sama yang baru-baru ini menyeru remaja perempuan henti berdiet.” 


Persatuan itu merujuk kepada mesej Februari lalu apabila Gaga secara umum menggesa remaja perem-puan memupuk imej tubuh sihat, mengakui dia pernah mengalami bulimia ketika di sekolah menengah dan obses untuk memiliki tubuh ramping seperti penari balet.Sesetengah peminat pe-nyanyi itu mempertahankan mesejnya dengan menyifatkannya hanya sebagai kenyataan menyakitkan hati. Bagaimanapun, sebahagian besar memberi maklum balas negatif.Ramai percaya masalah kecelaruan makan tidak boleh dijadikan jenaka walaupun sesetengah peminat dapat membezakan kenyataan penyanyi terbabit dengan mengatakan ia menimbulkan kesedaran terhadap perjuangan popular kaum wanita dalam usaha memperoleh tubuh sempurna. 

Seorang peminat Gaga menulis dalam Twitter: “Lady Gaga, mengapa anda mempromosikan mesej seperti itu? Cukup menjengkelkan apabila anda berjenaka mengenai isu yang serius. 
Walau bagaimanapun, ada juga yang mendapati komennya itu wajar dan menunjukkan dia adalah wanita normal yang mempunyai masalah dan memiliki naluri kemanusiaan yang mengidamkan makanan yang tidak baik untuk kesihatan. Seorang peminat menulis: “Senaman dan cara pemakanan sihat bukan masalah kecelaruan makan.” 
Sementara itu, seorang lagi penyanyi, Demi Lovato menekankan mengenai seriusnya isu berkenaan di laman Twitter, Disember lalu. 

Jenaka kecelaruan makan dibuat dalam rancangan Saluran Disney Shake It Up, apabila karektorya berkata: “Saya boleh saja makan anda semua, anda tahu...Jika saya makan.” 
Demi menulis: “Kepada Saluran Disney, Masalah kecelaruan makan bukan sesuatu yang boleh dianggap lucu.” Berikutan itu, saluran ber-kenaan meminta maaf, sekali gus membatalkan siaran dua lagi episod rancangan itu. 

Miley Cyrus juga pernah menulis di Twitter baru-baru ini menyentuh soal kecelaruan makan apabila dia dituduh menghadapi masalah itu.Selepas mengga-lakkan peminat agar tidak mengambil gluten selama seminggu, banyak kritikan mempertikai keputusannya untuk berkongsi nasihat kesihatan, dengan sesetengah peminat mempersoalkan penampilan terbarunya dengan tubuh kurus kering. Miley menulis: “Untuk semua yang menggelar saya anoreksia, saya mengalami alahan gluten dan laktosa. Ia bukan me-ngenai berat badan tetapi kesihatan.” Masalah kecelaruan makan tentunya bukan gurauan apabila kadar kematiannya mencatat jumlah tertinggi berbanding dengan sakit jiwa.

RITA RUDANI : SAYA BUKAN KEPALA BATU


AMARAN gelombang tsunami yang dikhabarkan melanda utara negara tanah air dan negara jiran pada Rabu lalu seiring dengan berita kegoyahan rumah tangga Rita Rudaini apabila suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak nekad bercerai hidup dengan pelakon berkenaan. Biarpun perit, perkhabaran paling ditakuti golongan isteri itu diterima secara terbuka setelah Rita tidak terdaya melawan gelora ombak kali ketiga terbesar sepanjang melayari bahtera hidup bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sejak empat tahun lalu .
Begitu juga keadaannya tatkala didakwa segelintir pihak menjadi punca perceraian apabila dia dikatakan seorang keras kepala dan kerana lewat menghulurkan salam kemaafan dengan keluarga mentua.Menjawab persoalan tersebut menyebabkan anak kelahiran Perlis ini terus menggelengkan kepala, petanda tidak bersetuju dengan tanggapan liar ditujukan terhadapnya.“Beritahu saya, keras kepala dari segi apa? Saya dan keluarga mentua dah berjumpa, dah minta maaf dan buang semua yang keruh dan ambil yang jernih. Dah selesai semua.“Saya akui pernah berjumpa (keluarga mentua) masa mengandungkan anak (kedua) saya tujuh bulan. Dan masa saya melahirkan anak pun, mak mentua saya ada di hospital. Jadi kenapa kata saya keras kepala,?” soalnya kesal.

Turut menafikan dakwaan tidak berasas mengatakan dia bermasalah dengan suaminya. Tegasnya penuh berpendirian: “Saya tak ada masalah dengan Aidil. Saya tak pernah bergaduh benda-benda besar macam perempuan ke, curang ke, tak ada.”Pemegang gelaran Ratu Telefilem TV Melayu sejak 2005 itu juga tidak mahu mengulas panjang andai ada pihak mengatakan masalah campur tangan keluarga mentua menjadi punca perceraiannya. “Saya tak nak cakap apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu segalanya dan boleh balas semuanya. Kebenaran bagi saya akan terbukti jua dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama,” katanya penuh makna selepas meraikan ulang tahun ke-36 di ibu kota, Rabu lalu.

Berita cerai pelakon drama Rafflesia itu menjadi tajuk utama akhbar Utusan Malaysia apabila Rita sendiri mengesahkan menerima berita sahih bahawa Aidil sudah pun membuat permohonan untuk bercerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Proses permohonan cerai tersebut disampaikan menerusi peguam Aidil kepada peguam Rita, Datuk Zaidi Zain pada Selasa lalu.Dalam pada itu, mengajukan persoalan sama ada Rita menyesal dengan perceraian kali kedua dalam hidupnya itu, pelakon drama Iris di TV3 itu menundukkan wajah sebelum berkata: “Tentu sekali tidak. Saya perlukan lelaki yang tegas untuk melindungi saya dan anak-anak. Walau apa pun yang terjadi atau masalah yang timbul, saya nak lelaki matang, tegas dan tak lari daripada masalah. 

“Tapi bila ada benda terjadi (perselisihan), saya dan anak ditinggalkan. Seorang suami kena kuat, tapi kenapa saya pula yang jadi mummy dan daddy buat anak-anak saya (bila ditinggalkan). Padahal, semua isteri perlukan perlindungan, kasih sayang daripada seorang suami dan bapa pada anak-anak,” tambahnya lagi. Kenyataan penuh kecewa itu mendorong pertanyaan apakah tidak ada sekelumit rasa cinta dan mahu mempertahankan rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dengan Aidil?
“Apa yang saya boleh cakap, mungkin bahagia itu ada, tapi boleh dikira dengan jari, tapi saya bertahan sebab saya nak yang terbaik, bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak.“Kalau benar perceraian itu adalah takdir hidup saya, saya reda, bersyukur dan tak nak menyesal. Terima kasih atas segala-galanya buat Aidil, beri saya dua cahaya mata.“Saya tak nak bersedih sebab sampai sekarang anak-anak masih di sisi dan merekalah kekuatan dan kebahagiaan saya. Saya nak anak-anak lebih bahagia dan tiada lagi masalah seperti sebelum ini sebab mereka adalah tumpuan saya.

“Saya nak cari rezeki dan besarkan anak-anak dan saya berdoa tak ada siapa boleh pisahkan saya dengan anak-anak. Hanya Tuhan saja boleh pisahkan kami dan saya tak nak menangisi masa silam sebab saya susah nak menangis dan tak suka menangis,” katanya hiba.Adakah pelakon filem Mami Jarum ini bersedia untuk menempuh kehidupan mendatang sebagai ibu tunggal beranak dua, Rita sebak sebelum berkata: “Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan sejak hari pertama berkahwin sampai ke hari ini. “Jujurnya, saya berkahwin sebab rasa cinta, bukan sebab harta. Saya bukan jenis memilih duit, tapi bila dah berkahwin dan jadi begini saya sedih. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tidak boleh dijual beli,” katanya berkias. 

PASAR MALAM BERDARAH



Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam ini, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.


Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat
kejadian. "Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika
SEDIH...anggota keluarga tidak dapat menahan sebak
sebaik melihat anggota polis membawa jenazah
 Noor Fathanah (gambar kecil), semalam.
dalam perjalanan ke Hospital Selayang,

Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.