MESEJ Lady Gaga dalam lama Twitternya mengenai senaman dan cara pemakanan mencetuskan kemarahan peminat dan aktivis kempen kecelaruan makan.Dalam mesej kepada hampir 23 juta peminatnya, penyanyi berusia 26 tahun itu menulis: “Baru selesai kelas senaman. Makan salad sambil membayangkan ia burger keju - Penyanyi Pop Tidak Makan - Saya dilahirkan begini.” Jenaka itu bagaimanapun, menikam diri apabila Persatuan Kecelaruan Makan Kebangsaan memberi maklum balas di Twitter yang berbunyi: “Huh! Inilah orang yang sama yang baru-baru ini menyeru remaja perempuan henti berdiet.”
Persatuan itu merujuk kepada mesej Februari lalu apabila Gaga secara umum menggesa remaja perem-puan memupuk imej tubuh sihat, mengakui dia pernah mengalami bulimia ketika di sekolah menengah dan obses untuk memiliki tubuh ramping seperti penari balet.Sesetengah peminat pe-nyanyi itu mempertahankan mesejnya dengan menyifatkannya hanya sebagai kenyataan menyakitkan hati. Bagaimanapun, sebahagian besar memberi maklum balas negatif.Ramai percaya masalah kecelaruan makan tidak boleh dijadikan jenaka walaupun sesetengah peminat dapat membezakan kenyataan penyanyi terbabit dengan mengatakan ia menimbulkan kesedaran terhadap perjuangan popular kaum wanita dalam usaha memperoleh tubuh sempurna.
Seorang peminat Gaga menulis dalam Twitter: “Lady Gaga, mengapa anda mempromosikan mesej seperti itu? Cukup menjengkelkan apabila anda berjenaka mengenai isu yang serius.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mendapati komennya itu wajar dan menunjukkan dia adalah wanita normal yang mempunyai masalah dan memiliki naluri kemanusiaan yang mengidamkan makanan yang tidak baik untuk kesihatan. Seorang peminat menulis: “Senaman dan cara pemakanan sihat bukan masalah kecelaruan makan.”
Sementara itu, seorang lagi penyanyi, Demi Lovato menekankan mengenai seriusnya isu berkenaan di laman Twitter, Disember lalu.
Jenaka kecelaruan makan dibuat dalam rancangan Saluran Disney Shake It Up, apabila karektorya berkata: “Saya boleh saja makan anda semua, anda tahu...Jika saya makan.”
Demi menulis: “Kepada Saluran Disney, Masalah kecelaruan makan bukan sesuatu yang boleh dianggap lucu.” Berikutan itu, saluran ber-kenaan meminta maaf, sekali gus membatalkan siaran dua lagi episod rancangan itu.
Miley Cyrus juga pernah menulis di Twitter baru-baru ini menyentuh soal kecelaruan makan apabila dia dituduh menghadapi masalah itu.Selepas mengga-lakkan peminat agar tidak mengambil gluten selama seminggu, banyak kritikan mempertikai keputusannya untuk berkongsi nasihat kesihatan, dengan sesetengah peminat mempersoalkan penampilan terbarunya dengan tubuh kurus kering. Miley menulis: “Untuk semua yang menggelar saya anoreksia, saya mengalami alahan gluten dan laktosa. Ia bukan me-ngenai berat badan tetapi kesihatan.” Masalah kecelaruan makan tentunya bukan gurauan apabila kadar kematiannya mencatat jumlah tertinggi berbanding dengan sakit jiwa.
No comments:
Post a Comment