SUPPORT PENAJA

Friday, 17 February 2012

ANCAM BUNUH DIRI SELEPAS TAHU AKAN DIBUANG KERJA



Akibat mengetahui akan dibuang kerja seorang pekerja wanita di Athens , Greece  telah menimbukan situasi yang mencemaskan  apabila dia mengancam untuk terjun dari bangunan tempat dia bekerja di sini kelmarin. Pekerja wanita itu duduk di tepi balkoni bangunan Pertubuhan Perumahan Pekerja seperti dia mahu terjun. Seorang saudara wanita itu kelihatan menangis sambil ditenangkan oleh beberapa anggota polis. 
Dia mengancam untuk terjun selepas pemerintah memutuskan untuk menutup pertubuhan tersebut dan membuang pekerja .Nasib baik wanita itu menghentikan niat diri untuk untuk terjun dari tingkat dua menyebabkan drama tersebut berakhir selepas lebih empat jam rundingan dibuat antara para perunding dengannnya.Greece kini berdepan dengan masalah hutang negara sebanyak AS$350 bilion (RM1.07 trilion) yang menyebabkan pihak pemerintah melaksanakan dasar berjimat- cermat termasuk mengurangkan pekerja bagi mengelakkan negara daripada menjadi bankrap.






No comments:

Post a Comment