SUPPORT PENAJA

Friday, 17 February 2012

PENGADIL TERBAIK DI PENJARA

Mungkin akibat gelap mata dengan wang yang disogok seorang bekas pengadil bola sepak terkemuka dari China, Lu Jun dihukum penjara lima setengah tahun setengah kerana didapati bersalah mengambil rasuah mengatur perlawanan bola sepak. Lu Jun, yang merupakan pengadil rasmi Piala Dunia, salah satu daripada sembilan orang disabitkan atas tuduhan berkaitan rasuah dalam bola sepak dan masing-masing menerima hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun.
Hasil siasatan mendapati Lu Jun terbabit dengan kegiatan rasuah melibatkan empat kelab bola sepak, termasuk Shanghai Shenhua, yang baru sahaja menandatangani bintang bola sepak Perancis, Nicolas Anelka. Dia yang pernah dinamakan pengadil terbaik oleh Persekutuan Bola Sepak Asia sebanyak dua kali diberikan peranan sebagai pengadil kejohanan Piala Dunia 2002 anjuran secara bersama oleh Jepun dan Korea Selatan.

Lu Jun dihukum penjara atas kesalahan mengatur keputusan melibatkan tujuh perlawanan liga bola sepak pada 2003. Dia turut mengaku menerima rasuah lebih $128,000 (RM384,000).Berikutan elemen rasuah, penyokong-penyokong Cina beralih minat ke atas pasukan Eropah. Sehubungan itu, China telah melancarkan kempen pembersihan sukan bola sepak China pada 2009. Lu Jun yang sebelum ini menerima gelaran 'wisel emas' kini ditukarkan gelaran kepada 'wisel hitam'.





No comments:

Post a Comment