Seperti kami perkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….
Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Antara Lain Cadangan Cuepacs : Penambaikan Formula Gaji Baru SBPA 2012
Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah :
- Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.
- Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuktujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21
- Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam
- Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun
- Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akanmenerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.
- Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil
Pastinya kalau ditanya kepada kalangan kakitangan awam, mereka pastinya mengharapkan berita gembira daripada penambaikan formula gaji baru SBPA 2012 kali ini. Sama-sama nantikan apakah bentuk perkhabaran yang bakal diumumkan 2 hari lagi.
No comments:
Post a Comment