SUPPORT PENAJA

Monday, 5 March 2012

2 TERKORBAN DI GENTING - BAS TERBABAS




Sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang, pelancong-pelancong warga India, terbalik di Kilometer 4.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pada jam 8.15 pagi tadi.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, dua orang termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an disahkan maut manakala dua terperangkap.Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur.
Bas pelancong berkenaan, yang membawa 22 penumpang warga India, pemandu dan kelindan, dikatakan terbabas ketika menuruni kawasan bukit dan memasuki selekoh tajam dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi. 



"Akibat selekoh tajam serta menuruni bukit, bas berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan menyebabkan dua warga India maut iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 20 lagi cedera," kata jurucakap Polis Daerah Bentong.
 










Identiti dua mangsa yang maut itu masih belum dikenal pasti. Jurucakap itu berkata kesemua mangsa, termasuk dua mangsa yang terkorban, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Katanya pemandu bas dan kelindannya kini ditahan polis untuk diambil keterangan.   









Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Bentong pula berkata kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan daripada bas berkenaan kira-kira 9.20 pagi.

Seramai 50 anggota melibatkan lima jentera dari balai bomba Bentong, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Genting Highlands dan Wangsa Maju terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa, katanya.

No comments:

Post a Comment