SUPPORT PENAJA

Monday, 27 February 2012

CHANDRA AKHIRNYA DIIKTIRAF LELAKI TERPENDEK DIDUNIA





Selepas ketinggian nya diukur dengan terperinci oleh beberapa pegawai Guinness World Records akhirnya seorang lelaki dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiiktiraf sebagai lelaki paling rendah didunia . Sewaktu diukur lelaki tersebut iaitu Chandra Bahadur Dangi yang berusia 72 tahun hanya setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina. 
Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun."Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua PengarangGuinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini.
Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records. Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini. Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.
Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek. Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya. - Agensi

No comments:

Post a Comment