Akibat minat yang terlalu mendalam dalam bola keranjang seorang pelajar sekolah tinggi Maggie Meier , menunjukkan aksi luar biasa ketika koma . Beliau koma akibat jangkitan kuman di otaknya. , Maggie jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.
Dia kemudian dirawat di sebuah hospital untuk tempoh agak lama akibat mycoplasma meningoencephalitis sejenis penyakit meningitis yang menyebabkan keradangan pada otak.Bagi mengelakkan kekejangan pada badannya, pelajar Sekolah Tinggi Blue Valley Northwest di Overland Park yang koma selama tiga bulan itu dialihkan setiap dua atau tiga jam.
Laman sesawang thedaily.com melaporkan, keluarga Maggie meletakkan bola keranjang di tangannya ketika dia didudukkan di kerusi roda dalam keadaan koma.Maggie mengejutkan semua pihak apabila kakinya mula bergerak-gerak, manakala tangannya melontar bola berkenaan, seolah-olah bermain di gelanggang.
Pakar neurologi Maggie, Dr William Graf, berkata aksi melontar bola keranjang itu tertanam di minda pelajar terbabit sebagai sebahagian daripada nalurinya.
Sepanjang tempoh dirawat di hospital, Maggie melakukan beberapa kali lontaran bola sebelum kembali tidak sedarkan diri. Sejak pulih daripada koma pula, Maggie terpaksa belajar semua aspek asas kehidupan termasuk berjalan, bercakap dan membaca.
Sementara itu, rakan Maggie dan jurulatihnya di sekolah meletakkan kerusi kosong di tepi gelanggang sepanjang tempoh dia dirawat bagi mengenang komitmennya.
Semalam, Maggie akhirnya hadir semula ke gelanggang bola keranjang di sekolahnya selepas hampir empat tahun melalui proses pemulihan. Kata Maggie, ketika di hospital, dia tidak terlalu memikirkan bola keranjang.Walaupun pesakit mycoplasma meningoencephalitis boleh pulih sepenuhnya, dalam keadaan tertentu ia mampu menyebabkan kematian. - DM
No comments:
Post a Comment