Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Jangan Ketawa ini beritahu ibunya, Sharifah Noor Syed Alwi Alhady, 83, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sejak seminggu sebelum perayaan Tahun Baru Cina akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Penyakit ini sering menyerang ibunya yang terpaksa keluar masuk wad dan kali ini paling serius sehingga ditempatkan di wad HDW. Disebabkan itu, Dee terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk melawat ibunya. Sebaik habis menjayakan persembahan di mana-mana tempat, dia akan balik kampung semata-mata untuk berada di sisi ibu tercinta.
Biarpun penat, Dee mengakui tidak kisah berbuat demikian kerana mengenangkan jasa ibu yang menjaganya sejak kecil hingga dewasa. Tambah lagi keadaan ibunya kurang sedar biarpun tidak koma. Mujurlah dia dibantu abang dan kakak yang tidak jemu-jemu menjaga ibunya, tidaklah dia terlalu terdesak sangat untuk berkejar ke sana sini.
Tambahnya, dia turut berterima kasih dengan layanan baik yang diberikan semua kakitangan HSB dan doktor yang merawat ibunya dengan baik sekali. Dia sangat terharu dengan keikhlasan mereka merawat ibunya dengan rapi biarpun ada sesetengah pihak menganggap layanan yang diberikan tidak setaraf layanan hospital swasta. Namun yang agak membuatkan Dee risau ialah tanggapan peminat yang terserempak dengannya di HSB. Katanya, ada yang ingin beramah mesra dan bersalaman dengannya, tetapi dia tidak mampu melayan mereka kerana fikirannya runsing.
Malah ada yang bertanya kenapa dia nampak sombong sedangkan dalam kaca TV dia sentiasa ceria. Justeru, Dee mohon maaf kepada peminat jika terasa dengan sikapnya dan pada masa sama dia reda dengan ketentuan Allah.
Petikan dari Harian Metro
No comments:
Post a Comment