Miriam Makeba
Digelar Mama Afrika. Menemui ajalnya pada 9, November 2008 akibat serangan jantung sejurus menyanyikan lagu hit, "PATA PATA" dalam konsert yang diadakan diCastel Volturno, berhampiran Caserta, Itali.
Steve Irwin
Terbunuh pada 4 September 2006. Steve Irwin, yang dikenali sebagai "Crocodile Hunter", telah disakiti dan terbunuh akibat dari tikaman ikan pari sewaktu melakukan penggambaran dokumentari .
Darrell Abbott
8, Disember 2004. Ex-gitaris band Pantera, "Dimebag Darrell Abbott, telah dibunuh di atas pentas oleh lelaki bersenjata semasa menjalankan pesembahan bersama band baru Damageplan di Al Rosa Villa Columbus, Ohio.
Owen Hart 3, May 1999. Owen Hart, ahli gusti profesional WWF kelahiran dari Kanada telah terbunuh sewaktu membuat persembahan aksi ngeri . Terjatuh dari ketinggian 24m mengakibatkan Owen terbunuh akibat hentakan didada menyebabkan urat jantung terputus dan paru-paru dipenuhi darah .
Brandon Lee
1, Mac 1993. Brandon Lee, anak artis
mempertahankan diri Bruce Lee , meninggal dunia ketika penggambaran filem Crow. Pistol propnmeledak , menyebabkan kartrij kosong untuk menggerakkan peluru terkena Lee dan membunuhnya.
Karl Wallenda
Karl Wallenda pengasas The Flying Wallendas, iaitu pertunjukan berani mati berjalan diatas wayar kabel tanpa jaring keselamatan . Namun pada tahun 1978, ketika berusia 73 tahun , Wallenda yang sedang merentas Condado Plaza Hotel San Juan Puerto Rico setinggi 10 tingkat , merentangi wayar sepanjang 37 m telah terjatuh di atas jalan akibat dari angin kencang yang bergerak selaju 48kilometres per jam.
Jon-Erik Hexum
Terbunuh pada 18 Oktober 1984 .Beliau yang merupakan seorang model dan pelakon di Amerika telah terbunuh sewaktu pengambaran filem akibat kesilapan tembakan senjata api.
|
No comments:
Post a Comment