SUPPORT PENAJA

Friday, 20 January 2012

FUYOO .. DATUK ANWAR SAMAN UTUSAN MELAYU 150 JUTA



Fuyoo!!! Dasyat nyee saman… Semalam kes saman Shahrizat Saman Zuraida dan Rafizi RM 100 Juta, Hari ni Datuk Seri Anwar Ibrahim Saman Utusan Malaysia RM 150 Juta lak !!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan mendakwa akhbar itu telah "mereka pembohongan" yang beliau mahu menghalalkan homoseksual.

 Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan oleh firma guaman M/s Daim & Gamany, ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah.
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut hari ini, peguam dan naib presiden PKR, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.
"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan," kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang akhbar harian bahasa Melayu itu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.Utusan telah menyiarkan berita muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" pada 17 Januari di mana Anwar telah dikritik oleh Dr Hasan Ali kerana mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu, mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.Komen Hasan - bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang telah dipecat oleh parti itu - disiarkan selepas wawancara Anwar disiarkan di BBC minggu lepas di mana beliau menggesa disemak semula "undang-undang lapuk".

FUYOO .. KEHEBATAN TEKNIK PHOTO EFFECT




Siapa diantara bloggers disini yang kaki photography? mesti ramai bukan? tak kiralah yang menggunakan kamera kompak ke, DSLR ke ataupun kamera handphone. Kalau dah minat mengambil gambar, boleh dikata kaki photogrphy. Dan Ceciter rasa ramai juga uolls ini kategori giler edit mengedit gambar mengunakan photoshop bukan. Mestilah minat, kalau dah kaki ambil gambar mesti minat mengedit, lagipun  gambar tanpa edit umpama lagu tanpa irama. Cewahhh. So disini Ceciter nak share gan uolls beberapa pictures yang telah diedit dengan gempaknyer di share dari sebuah web ..   








                   



                        

















FUYOO ... GURU TERKEJUT BAKI AKAUN BANK AS$10 BILION


Apa perasaan uolls apabila mendapati baki akaun uolls dalam bank bernilai berbilion . Konpem ler terkejut kan . Tersenyum gak ler sebab tetiber jer jadi Bilionair tu . So itu lah yang dialami oleh seorang guru di sebuah sekolah tinggi di  Kolkata, India yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) . Beliau terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion). 
Fuhyooo..Banyakkkkk tuu beb.. Guru itu, Parijat Saha yang berumur 42 tahun yang berasal dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620)."Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
"Kami cuba menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbaia untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

FUYOO ... LAMAN SOSIAL 1MALAYSIA.COM SEDIA MENGANTIKAN FACEBOOK




Nama 1Malaysia sememangnya telah menjadi suatu fenomena besar di Malaysia, dan kini ianya dilihat salah satu laman sosial dibangunkan dengan nama yang sama, iaitu 1Malaysia.com. Sepanjang semalam, pelbagai perubahan yang berlaku pada laman tersebut, dan kini kami percaya, apa yang digunakan sekarang mungkin akan menjadi rekabentuk akhir laman tersebut.aman 1Malaysia.com sebelum ini merupakan salah satu blog, yang membincangkan pasal Malaysia, namun begitu, pemiliknya telah mengubah konsep dan segalanya pada laman tersebut kepada konsep laman sosial. 
Dalam tempoh kurang sehari dilancarkan, lebih daripada 113 orang pengguna telah berdaftar (sehingga artikel ini ditulis), dan angka tersebut meningkat dengan amat pantas sekali.

Dengan fungsi yang mudah dan pelbagai, uolls kini mampu mengetepikan Facebook dan terus menggunakan 1Malaysia.com. Kini ia merupakan sebuah laman jaringan sosial khususya rakyat Malaysia! Mudah dan ringkas! Lebih tepat jika aku boleh katakan sama tidak banyak bezanya berbanding Facebook. Cuma ini mungkin buatan Malaysia!

1Malaysia.com turut sama membawakan pelbagai fungsi sosial, daripada fungsi blog, forum, acara, video dan banyak lagi diintegrasikan bersama padanya. Penggunaan nama domain 1Malaysia.com juga dijangka akan berjaya menarik minat ramai pengguna, selain memudahkan mereka mengingatinya memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mohd Najib menggunakan domain seumpamanya, iaitu 1Malaysia.com.my.

FUYOO... GEMPAR !!! PATUNG JESUS DISAMBAR PETIR




Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang teruk dan meletup kemudiannya terbakar dan mengakibatkan patung tersebut hangus dijilat api. Patung yang bernilai $300,000 US dan diperbuat daripada bahan gentian kaca dan Styrofoam itu hanya tinggal rangka dawai. Kebakaran yang berlaku juga telah menyebabkan kerosakan $400,000 US kepada ‘Solid Rock Church’ di Monroe, Ohio.