SUPPORT PENAJA

Saturday, 21 January 2012

AL-FATIHAH BUAT IZWAN PILUS TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH




Berita gempar yang melanda dunia hiburan tanahair apabila dikejutkan dengan berita penyanyi Izwan Pilus, 33 tahun iaitu abang kepada Aril AF telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 20 hb Jan 2012 jam 6.15 ptg di Hospital Ampang . Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.  Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini pada disember lalu akibat demam panas yang berpanjangan. 




Allahyarham turut sempat memberi laporan keadaan beliau pada masa itu dalam Tweeter .












Berita pemergian Izwan Pilus telah di maklumkan melalui laman twitter Aril .


















Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang diredhai oleh ALLAH..Amin..

Friday, 20 January 2012

FUYOO.. GAMBAR DAN VIDEO TERKINI LAUREN SCRUGGS



Selepas 6 minggu tragedi dengan kipas kapal terbang, Lauren Scruggs, model yang berusia 23 tahun telah keluar dari hospital dimana dia menerima rawatan akibat dari kemalangan tersebut.

Sebelum ini, Lauren yang kehilangan mata dan juga rangan kirinya akibat kemalangan dengan kipas kapal terbang yang dinaikinya sewaktu teruja melihat pokok krismas yang diterangai oleh cahaya lampu pada beberapa hari sambutan perayaan tersebut.
Pesawat yang digunakan sewaktu kejadian .
Pemandu kapal terbang sempat memberi nasihat kepada penumpang yang lain supaya mengambil iktibar akan kejadian ini dan ikut la langkah peraturan yang telah 
disediakan.




Didalam video dan gambar tersebut, Lauren sempat memberi senyuman walaupun kita tahu akan seksaan yang bakal dia hadapi.

Gambar teakhir diambil sebelum kejadian




 


FUYOO... FAKTA TENTANG ANGRY BIRD DAN PENCIPTA NYA

Sure uolls tau apa permainan yang  memang menjadi kegilaan dan ketagihan ramai masa kini kan ..mestila tau kan pe lagi kalau bukan Angry Bird. Tapi tahu kah uolls citer disebalik permainan Angry Bird nie . Mesti ramai yang geleng kepala kan  pa benda angry bird ni..ramai benar yang sembang pasal angry birds.. Pemainan yang diinspirasi dan dibangunkan oleh Ravio sebuah syarikat yang berpengkalan di Finland mulanya diilhamkan oleh seseorang yang bernama Peter Vesterbacka . Majalah yang paling berpengaruh iaitu Times telah menamakan Peter Vesterbacka tersenarai sebagai antara 100 orang yang paling berpengaruh . Ravio telah memulakan perniagaan permainan dalam telefon mudah alih sejak 2003. 


Permainan tersebut yang pada mulanya telah dicipta oleh  seramai 12orang kini telah meningkat selepas beberapa
 tahun.Permainan tersebut menduduki carta tertinggi yang dibayar oleh aplikasi Apple selama berbulan-bulan di 60 buah negara dan menjadi rebutan pelabur untuk mencapai potensi pasaran lebih dari 1 billion penguna .   
Permainan angry birds telah menyumbang sebanyak AS $42juta kepada syarikat pengeluarnya Rovio..Angy birds telah dimuat turun sebanya 300 juta kali dan terdapat beberapa siri Angry Birds, Birds Angry Angry Birds Seasons dan the Rio. Pemain angry birds menyumbang 200juta minit setiap hari .Untuk permainan ini permain selalu mengunakan amplikasi Android dan juga Apple .
 Selain itu kajian yang dilakukan mendapati permainan Angry Birds  dilaporkan membuat seseorang akan berasa sangat santai (23%) dan membuat suasana yang lebih baik (58). membuat pemain menjadi ketagih (54%) dan paling menarik mampu membuat seorang kanak-kanak itu berasa terhibur dan paling menarik  berupaya membuat mereka berhenti  menangis .



Menurut kajian yang dibuat peratusan yang bermain permaian ini mengunakan iPhone (32%), iPod touch (33%), iPad (15%), Android (41%) and PC (25%).

FUYOO ... IRAN DILANDA GEMPA BUMI






Sekurang-kurangnya 110 orang cedera di Iran apabila gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda bandar timur laut Neyshabur semalam 19 Januari 2012 , kata Agensi Berita Republik Islam .
IRNA melaporkan gempa bumi tersebut melanda pada pukul 4:05 petang waktu tempatan  . Namun tiada laporan kematian, dikeluarkan dan kira-kira 18 orang yang mengalami kecederaan akibat patah tulang telah dibawa ke hospital.Dan pada hari ini IRNA berkata kira-kira 75 gegaran susulan dicatatkan.  
Gempa bumi dahsyat di Iran, berukuran 6.6 pada skala Richter, melanda tenggara pada tahun 2003, mengakibatkan 31,000 terkorban , menurut US Geological Survey

FUYOO ... BERTAUBATLAH ..UGUT UMMI TERHADAP PEMIMPIN PKR

              
 Ummi Hafilda Ali mengugut untuk terus menyerang tiga peminpin dalam PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali iaitu abangnya dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jika mereka tidak bertaubat.

Beliau berkata beliau masih belum mengumumkan "rahsia" yang akan mendedahkan lebih banyak salah laku yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin PKR
"Bukti tersebut akan disimpan untuk pilihan raya umum yang akan datang. Jika mereka terus menjadi ancaman kepada negara dan bangsa dan bersekutu dengan saya, saya akan mengeluarkan semua bukti-bukti itu untuk menyerang mereka, " kata ahli perniagaan berusia 44 tahun itu kepada pemberita di restoran di sini semalam.  Bagaimanapun, beliau berkata bahawa jika Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang, mengakui kesilapannya, Ummi akan menghentikan niatnya untuk menyerang pemimpin PKR itu. Menahan air mata, Ummi Hafilda, yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama pada tahun 1998, juga menggesa Azmin untuk bertaubat dan bersatu kembali bersama keluarga.
"Walaupun saya marah, jauh di sudut hati saya, Azmin yang masih abang saya. Jika dia bertaubat, saya tidak akan mendedahkan salah laku beliau kepada dunia. Tetapi jika dia terus menolak saya, saya tiada pilihan melainkan mendedahkan salah lakunya, "kata Ummi Hafilda yang ditujukan kepada Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR.Beliau juga mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji dengan Azmin bahawa beliau akan dijadikan Menteri Kewangan, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, jika mereka mengambil alih kerajaan.
Sebelum ini, Ummi Hafilda mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997 dengan mengarahkan penangkapan beliau.Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan kemudiannya disabitkan atas tuduhan liwat dan tuduhan rasuah. Beliau menghabiskan masa selama enam tahun di penjara sebelum dibebaskan pada tahun 2004.YB Azmin, ketika dihubungi menyatakan bahawa PKR hanya akan membincangkan isu-isu sebenar untuk kebaikan negara dan ekonomi bukannya menghidangkan politik kotor.
"Kami lebih prihatin tentang isu-isu seperti kos hidup yang tinggi dan bagaimana untuk menamatkan kemiskinan dan rasuah. Sesiapa yang mahu mengkritik kita boleh terus berbuat demikian tetapi kami komited untuk membantu rakyat, "katanya.