SUPPORT PENAJA

Wednesday, 25 January 2012

FUYOO.. GEMPAR BILA AIR ASIA DISAMAN


 SAMAN !!!! Ini mungkin satu tamparan hebat buat syarikat tambang murah terulung Asia iaitu Air Asia. Dan diharap dengan apa yang berlaku, pihak AirAsia akan mengambil langkah serius akan hal ini. Bukan apa, sebelum ini ada juga dengar-dengar pelanggan dan penumpang yang kurang berpuas hati soal harga yang disiarkan di laman web dengan harga yang perlu dibayar semasa check-in .... 
Para pelanggan perlu  diberi penjelasan yang lengkap berkenaan semua aspek . Cara promosi perlu betul, telus dan mudah bagi semua terutama bagi mereka yang ingin pertama kali merasa terbang di awan biru. 

Seandai semua ini tidak dipandang serius oleh Air Asia sesuatu mungkin akan terjadi seperti mana di Australia bila AirAsia disaman oleh sebuah Suruhanjaya pengguna di negara kanggaru tersebut kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman  web. 
Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne. 

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

"Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh," tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.

FUYOO .. REKAAN MENARA DI KOREA DIKATAKAN MEMERLI PERISTIWA 9/11




Terletak di pintu masuk Dreamhub Yongsan, direka oleh Daniel Liebskind sebuah menara yang dalam pembinaan yang diberi nama The Cloud dikatakan memperli peristiwa hitam 9/11. Sebuah bangunan yang didirikan bersebelahan dan pada konsepnya seperti awan di tengah-tengahnya. Namun bagi orang Amerika mereka merasakan bangunan ini menyerupai peristiwa letupan World Trade Centre.



FUYOO..RAKAMAN SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA DISELURUH DUNIA

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina baru sahaja berakhir. Tapi mb belum terlambat gak ler kalau Ceciter nak amik peluang untuk ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada seluruh masyarakat Tionghua seluruh dunia dan khas buat yang menyambutnya di Malaysia . Memang meriah dan sungguh berwarna-warnikan . Dan sempena tahun naga pada tahun ini Ceciter nak share dengan uolls beberapa pictures sambutan Tahun Baru Cina yang disambut meriah dibeberapa buah negara dunia .

Hsi Lai, USA

Jakarta
Manila's Chinatown 
 Singapore

Beijing
 Singapore

Temple of Earth park in Beijing
Madrid, Spain




DISCO MENYERUPAI MASJID DI SEPANYOL

Terkejut sungguh Ceciter bila terbaca sebuah laman web tentang wujudnya sebuah disco yang binaannya umpama sebuah masjid dan yang paling mengejutkan ialah namanya  "La Meca". 
Siapa pemilik disco di Sepanyol yang menyerupai masjid dengan nama La Meca tersebut ? Ternyata dia seorang bekas penjaga gol real madrid, Santiago Canizares.



Binaan tersebut merupakan disko yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.Hmm tak paham sungguh macam takde nama lain nak letak kan .
La Meca merupakan disco yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disco ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara  tersebut .






Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disco tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperangan besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.Akibat kontoversi tersebut, akhirnya ketua perisik memperingatkan pemilik disco, Santiago Canizares. Kerana saat ini mereka menjadi target ekstrimis muslim yang mengistiharkan disco tersebut telah menghina agama islam.

Kemudian Santiago Canizares pun setuju untuk mengganti nama disco miliknya setelah bertemu dengan para pemimpin Muslim di Sepanyol. Sebelumnya badan perisik Sepanyol, National Intelligence Centre , memperingatkan para pemilik atas ancaman yang dilakukan secara online yang dilakukan umat muslim moderat Sepanyol yang meminta supaya nama disco tersebut diubah.
Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol Mohamed Ali, mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran.“Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam ,” katanya. , “Padahal umat Islam selalu peka terhadap perasaan non-Muslim,” ujarnya.


Tuesday, 24 January 2012

TRAGEDI BERDARAH DI KAMPUNG BARU


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas selama enam jam apabila menjadi tebusan seorang lelaki disyaki penagih dadah di rumahnya di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, di sini semalam 23 Januari 2012.Dalam insiden cemas bermula pukul 9.50 pagi itu, suspek berusia 34 tahun yang dalam keadaan separuh bogel menceroboh masuk ke dalam rumah itu sebelum mengambil pisau di dapur dan mengugut mencederakan mangsa, Fifi Ramadhani Safruddin.
Pihak polis yang tiba di tempat kejadian pada pukul 10 pagi mengambil pelbagai langkah bagi memujuk mangsa termasuk menggunakan khidmat pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain memanggil teman wanita suspek. Selain itu, polis turut menawarkan makanan segera kepada suspek seperti Kentucky Fried Chicken dan McDonalds selain minuman tetapi gagal.Sepanjang tempoh tebusan itu, polis hanya berkomunikasi dengan mangsa menerusi pintu bilik dengan kanak-kanak tersebut yang hampir setiap masa diacukan pisau ke dadanya oleh suspek.

Drama tebusan tersebut bagaimanapun berakhir pada pukul 4.10 petang apabila sepasukan polis dipercayai dari unit khas dipanggil lalu menyerbu masuk ke dalam bilik itu dan melepaskan empat das tembakan yang mengenai suspek. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.Suspek mati ketika dalam perjalanan ke hospital untuk rawatan. 
“Tiga daripada tembakan itu mengenai rusuk kiri suspek dan dalam masa sama, kita berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. 
Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dihantar ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.Kata Zulkarnain, semasa dalam tempoh enam jam kejadian tebusan itu, suspek tidak membuat sebarang tuntutan lain, kecuali meminta sejumlah dadah jenis syabu.
Polis bagaimanapun enggan memenuhi permintaan tersebut kerana menyalahi undang-undang.Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Sabah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun di daerah Dang Wangi.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, Safruddin Marlis, 47, dia berada dalam bilik semasa suspek menceroboh ke ruang tamu rumahnya.Saya panik apabila melihat suspek dalam keadaan separuh bogel itu bertindak mengugut akan membunuh anak saya sekiranya saya bertindak melakukan sesuatu.“Memandangkan keadaan saya yang kurang upaya, saya tidak dapat berbuat apa-apa semasa dia mengheret anak perempuan saya ke bilik belakang, katanya yang menggunakan kaki palsu kerana kudung.



Safruddin memberitahu, kesemua ahli keluarganya di rumah itu termasuk isteri, seorang anak dan dua anak saudaranya dapat melarikan diri semasa suspek menceroboh masuk kecuali dia yang hanya keluar dari rumah itu selepas ketibaan polis.Katanya, dia telah tinggal di kawasan itu sejak 15 tahun lalu dan tidak menyangka kejadian tersebut boleh menimpa keluarganya.

Dalam pada itu, menurut seorang saksi, Azhar Osman, 47, sebelum kejadian tebusan tersebut berlaku, dia melihat suspek berkenaan mundar-mandir dalam keadaan separuh bogel di Stesen LRT Kampung Baru.“Saya telah menyuruh suspek untuk memakai baju dipegangnya tapi dia kemudian menghilangkan diri, saya tidak menyangka pula dia akan menceroboh rumah orang dan menjadikan kanak-kanak sebagai tebusan,” katanya.