SUPPORT PENAJA

Friday, 27 January 2012

HUJAN RIBUT MELANDA INDONESIA 3 MAUT , 35 CEDERA


Sekurang-kurangnya tiga maut dan 35 cedera semalam apabila beratus-ratus rumah musnah dihempap pokok ketika ribut berserta hujan lebat melanda Jakarta, Malang dan Jawa Timur, lapor pihak berkuasa, hari ini.Ribut itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus.

"Ribut semalam menyebabkan tiga penduduk terbunuh, seorang di Jakarta, manakala lagi dua di Malang dan daerah Blitar di Jawa Timur," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.
 Keadaan di kampung Pemancingan, Pulau Bali 
Jelasnya, ribut tersebut melanda lapan daerah di kepulauan Jawa termasuk Jakarta.Menurut laporan terkini, lebih 450 rumah dan empat sekolah musnah dalam kejadian terbabit.


Akhbar Jakarta Globe melaporkan, cuaca buruk itu turut meragut satu nyawa dan mencederakan enam yang lain di Bali.Nugroho bagaimanapun tidak mengesahkan laporan tersebut.
Akhbar tersebut turut melaporkan, sebuah feri yang membawa lebih 200 penumpang termasuk lima warga Australia yang menuju ke kepulauan Gili hampir karam selepas dipukul ombak setinggi tiga meter. - AFP 

FUYOO.. BERDOSA PERCAYA RAMALAN KIAMAT


Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.
Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.
"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi."Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

Berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

FUYOO..DIPENJARA JIKA JUAL BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan pelajar institut pengajian tinggi menjual atau melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) menerusi Internet. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau kesal atas tindakan mahasiswa yang dikatakan tidak jujur.

"Pelajar cakap kerajaan tidak baik, tidak jujur, tidak baik, tidak ikhlas sekarang mereka pulak yang mainkan peranan itu, cakap pasal orang lain pandai.

"Saya sangka semua baik, jujur... bila kerajaan beri bantuan gunalah sebaiknya, hargai," katanya pada sidang media selepas majlis Amaanat Tahun 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau berkata, hebahan menjual BBIM yang banyak di laman-laman web sudah mula diturunkan.

"Siasatan akan dijalankan oleh pihak polis, dan mungkin mereka yang terbabit boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan," katanya.Terdahulu terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan BB1M daripada kerajaan bertindak menjualnya di laman sosial dengan harga di antara RM150 hingga RM200.Kementerian telah memberikan amaran berhubung dengan kegiatan itu, dan akan merampas baucer berkenaan sekiranya ada pelajar yang cuba menyalahgunakan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.

Thursday, 26 January 2012

FUYOO..MARILYN MONROE SEBELUM DAN SELEPAS


Marilyn Monroe atau nama sebenarnya  Norma  Jeane  Mortenson  lahir pada 1 June 1926 merupakan seorang artis , penyanyi dan juga model yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau dianggap sebagai bintang filem serta simbol seks yang paling terkenal pada abad ke 20 .Setelah beberapa tahun memainkan peranan-peranan kecil, Marilyn Monroe menjadi semakin terkenal disebabkan kecantikannya serta penampilannya di layar perak, sehingga dia menjadi salah satu bintang film yang sangat populer pada tahun 1950an . Disebalik kejelitaan wajah beliau pernah kah uolls terbayang akan wajah beliau sebelum disolek . So jom lihat di bawah dan judge le sendiri k.





FUYOO..STEVEN TYLER CUBA GODA PESERTA AMERICAN IDOL


SELEPAS dikatakan cuba menggoda Jennifer Lopez dengan berbogel di depan penyanyi wanita itu, rupa-rupanya kenakalan Steven Tyler masih lagi berlanjutan apabila dia c uba memikat salah seorang  peserta American Idol bernama Jennifer Diley pada satu uji bakat. 

Menurut laporan Aceshowbiz.com, peserta tersebut yang mengenakan baju renang 'bikini' oleh Steve amat kecewa kerana terasa ditipu dengan kata-kata manis juri berkenaan.Jennifer berkata, dia begitu yakin akan mendapat tempat untuk uji bakat seterusnya apabila Steven yang dipanggil Steve sering memuji kecantikan wajahnya selain memiliki tubuh badan yang menarik. "Selepas menyanyikan lagu With You milik Jessica Simpson dan Hero yang dipopularkan oleh Mariah Carey, tak sangka pula dia mengkritik nyanyian saya. "Malah dia sedikit pun tidak memuji saya seperti mana dia menggoda dan memuji tubuh badan saya ini," katanya.