SUPPORT PENAJA

Wednesday, 18 January 2012

FUYOO.. DIBOGELKAN SEBAB MENCURI ..



Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.
Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.

Tuesday, 17 January 2012

FUYOO.. KATTY PERRY USIR SUAMI DARI RUMAH ..





MISTERI kedatangan van pengangkut barang ke rumah pasangan Russell Brand dan Katy Perry beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila Russell telah diusir daripada kediaman mewah mereka di Hollywood Hills.
DailyMail melaporkan, Russell kelihatan muram ketika mengangkat barang-barangnya keluar daripada rumah tersebut.
Pelawak berusia 36 tahun itu juga dikhabarkan akan kembali ke London selepas memutuskan untuk menceraikan isterinya.Sementara itu, bekas isterinya, Katy pula kelihatan ceria apabila mempamerkan rambut barunya yang berwarna biru selepas mengumumkan perpisahan dengan Russell.

Khabar angin turut mengatakan ibu bapa Katy ingin menjodohkannya dengan pemain bola keranjang terkenal, Tim Tebow.

FUYOO.. ELFIRA ROY DIKUTUK ???

Pelakon berbakat besar, Elfira Loy menjelaskan dia tidak berkecil hati apabila ramai peminat pelakon 
popular Indonesia, Randid Pangalila mengutuknya menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook gara-gara gandingan mereka dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang disiarkan baru-baru ini.
Elfira, 17, berkata, dia tidak melenting dengan perkara itu kerana telah menjangkakan ia akan berlaku kerana Randid adalah pelakon popular dan ramai peminat.
"Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.


"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Elfira berkata, perkara tersebut berlaku kerana lakonan mereka dalam drama arahan Michael Ang itu mendapat sambutan hangat sehingga diulang tayang sebanyak beberapa kali di saluran Astro Ria.
Tambahnya, adegan romantik antara mereka juga mungkin menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadapnya.

"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Elfira berkata, perhatian yang diberikan oleh peminat Randid terhadapnya adalah sebagai tanda kehadirannya sebagai pelakon telah disedari oleh masyarakat.
Selain Elfira dan Randid, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora, Didie Alias dan Sharikah Sakinah.

Monday, 16 January 2012

FUYOO.. ADIRA MENGAKU BUKAN LESBIAN PUNCA PUTUS DENGAN HAFIZ





Setahun menjadi pasangan bermadu kasih, percintaan pasangan duet lagu Ombak Rindu iaitu Hafiz dan Adira akhirnya sampai ke penamat. Kedua-duanya gagal mengenali hati budi masing-masing dan kini mahu lebih fokus kepada kerjaya. Namun mereka berdua masih menjadi kawan baik dan masih selesa berkongsi masalah dan cerita masing-masing. 


Kata Hafiz:-
Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya 



Manakalah Adira pula tidak menolak yang kesibukan kerja merupakan salah satu perpisahan mereka


Kata Adira :-
Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. 


Selain itu Adira juga memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.
“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.
Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.
“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.
Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.

"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

FUYOO..VIDEO DATO' SITI YANG WAJIB DITONTON




Bertuah sungguh kan Diva terkenal tanah air kita siapa lagi kalau bukan  Dato’ Siti  Nurhaliza .  Sempena ulang tahun kelahiran  yang ke 33 tahun beliau , pihakAstro telah pun menyiarkan Biography Dato’ Siti Nurhaliza di History Channel.

Memang menarik kisah hidup Dato’ Siti. Pelbagai kisah dapat ditonton, daripada disuruh balik kampung oleh wartawan-wartawan kerana tidak mahu bergambar dengan artis lelaki sehinggalah majlis perkahwinannya dengan Dato’ K, kesemuanya diceritakan di dalam video tersebut. Bagi pendapat Ceciter ler memang wajib tontonler  walaupun uolls bukan peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Kepada Dato’ Siti, Ceciter nak ucapkan Selamat Hari Jadi, semoga dimurahkan rezeki dan cepat mendapat cahaya mata.