SUPPORT PENAJA

Sunday, 5 February 2012

NAIB JUARA MAHARAJA LAWAK 2011 ~ BOBOI


Korang sure rindukan aksi melucukan Boboi dalam Maharaja Lawak Mega kan . Sama ler gan Sis .. So jom layan ..!!!!


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 1 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 2 )         


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 3 ) 


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 4 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 5 )


 MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 6 )          


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 7 )

MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 8 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU 9 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU FINAL~1 )


MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ( MINGGU FINAL~2 )

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PARACETAMOL @ PANADOL

Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.

Baru-baru ini, kawan saya ada forward 1 artikel yang mengingatkan tentang betapa bahaya pengambilan PANADOL ini. (Saya rasa ramai yang dah dapat @ baca artikel ini sebelum ni). Ramai juga yang forward atau share kan info ini di facebook masing-masing. Saya juga ada terbaca dalam facebook kawan-kawan saya.Semua orang nampaknya begitu concern dan prihatin terhadap masalah ini. Menunjukkan rakyat Malaysia ni dah semakin peka terhadap perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Ini satu perkembangan yang bagus. Kepada yang masih belum terbaca tentang perkara ini. Saya kongsikan dengan anda catatan artikel tersebut.

Bahaya Paracetamol (Panadol @ Actifast)
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang kawan yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.



Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Petua hilangkan pening (Cara Alternatif)


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron atau ion di dalam sel otak .Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik (contohnya air 100 Plus).Campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Kalau nak lebih mudah, 1 cawan isotonik dicampur dengan 2 cawan air biasa.



Merendam kaki dalam air suam .
Merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.



Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.




Sumber dari sebuah laman web







SEMAK KUALITI TELEFON BIMBIT ANDA


Tadi terbaca satu article dekat FB tentang status keaslian handphone..ye la kita hanya tahu nak handphone jenama macam ni la..spec dia yang macam tu la..tapi pernah tak kita tahu pasal ke'originality' handphone kita tu..haaaa.yela kalau tanya tauke kedai memanjangje dia kata kualiti baik dan original ..mungkin ada yang dah tau tapi tak sume kan..so nak share kat sini step by step untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit kita.




1) Mula-mula taip *#06#
2) akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
3) semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA



FENOMENA TELUR BERDIRI BUKAN MITOS


KUALA LUMPUR: Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan.
Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.
“Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya kepada Berita Minggu, semalam. 
Beliau diminta mengulas fenomena itu yang dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina. Fenomena itu dikatakan berlaku setahun sekali dan tahun ini, ia bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang semalam.

Jurugambar Berita Minggu, Nik Hariff Hassan, semalam mengambil inisiatif membeli 30 biji telur untuk menguji sejauh mana kebenaran fenomena selama sejam itu di Dataran Merdeka bersama-sama beberapa pelancong yang berada di situ.

Seorang lagi ahli sains UKM, Profesor Dr Jumaat Adam, sebelum ini berkata, fenomena itu memang mencetuskan rasa pelik masyarakat dunia tetapi menegaskan banyak lagi contoh tarikan graviti bumi yang tidak dipandang serius seperti pasang surut air laut dan peralihan siang malam.

“Ada waktu dan ketika tertentu, tarikan graviti bumi dan matahari lebih kuat daripada biasa, membolehkan kita mudah untuk meletakkan telur supaya ia berdiri. Tetapi tarikan graviti ini juga menyebabkan berlakunya fenomena pasang besar iaitu apabila paras air laut meningkat tetapi tidak ramai yang mengendahkannya. Mungkin kerana ia kerap berlaku,” katanya. 

Ahli sains juga menganggap ia berlaku dalam tempoh Equinox, iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi sejajar, selain ketika gerhana matahari atau gerhana bulan.

WANITA KANIBAL KETAGIH MAKAN DAGING MANUSIA


Amat mengejutkan bila terbaca mengenai seorang wanita yang raut wajah dia punya la lembut cam innocent jer , leh bertindak di luar batasan manusia iaitu menjadikan daging manusia sebagai santapan harian beliau . Setakat ini seramai 30 orang telah dibunuh , dikerat , disumbat dalam peti ais dan kemudian dimasak untuk dimakan . Wanita kanibal yang berasal dari sebuah daerah di Filipina ini baru berusia 29 tahun namun bertindak diluar batasan manusia disebabkan telah membunuh ramai mangsa yang terdiri dari kanak-kanak , kaum wanita dan yang paling sadis sekali suami nya pun sanggup dia bunuh .

Memang gilor betol ler ko nyah.  Kalu dilihat dalam peti ais dia pun dah naik penuh stok dengan daging-daging mangsa . Mungkin nak simpan stok untuk Raya kot . Wanita tersebut juga dilaporkan telah kerap mengadakan majlis makan bersama saudara mara serta teman-teman dengan hidangan tersebut tanpa pengetahuan mereka dan diberitahu tetamunya mengatakan daging yang dihidangkan enak ...Uwekkkk...
Wanita tersebut memberitahu keinginan menjadi kanibal adalah disebakan nafsu yang wujud dalam diri nya malah semasa didalam penjara beliau pernah menyerang seorang pengawal wanita dengan mengigit lengan dan seterusnya menelan salah satu jari mangsa..Aduhai ..Engko nie manusia ke dinasour.