SUPPORT PENAJA

Tuesday, 21 February 2012

BANDUAN LARIKAN DIRI DALAM RUSUHAN


Seramai 30 banduan berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di utara Mexico selepas satu rusuhan penjara yang membunuh sekurang-kurangnya 44 banduan, kelmarin.

“Di tengah rusuhan dan kekacauan dalam penjara, seramai 30 banduan berjaya melarikan diri dari penjara,” kata Rodrigo Medina, Gabenor wilayah Nuevo Leon semalam dalam satu sidang akhbar. Pergelutan meletus antara dua kumpulan saingan di penjara Apodaca, wilayah Nuevo Leon pada pagi kelmarin yang menyebabkan 44 banduan terbunuh dalam rusuhan itu. - AFP 




 




Monday, 20 February 2012

TAK HENSEM TAPI TETAP POPULAR



Ingin menjadi artis terkenal dan berjaya sudah semestinya memerlukan pakej yang lengkap lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan gah seperti di Amerika.. Selain dari bakat  , rupa yang boleh bawak  jual  iaitu  tampan dan cantik juga amatlah  penting selain dari personaliti yang mengancam. Semua itu penting dan menjadi modal untuk mencari nama disana . Namun ada juga yang diantara mereka yang tanpa rupa pun boleh berjaya mencipta nama dan menjadi amat terkenal di Holloywood . Siapa kah manusia bertuah itu ..??? Jom layan ..


Laurence Fishburne
Gary Oldman
Ron Perlman
Woody Allen


Christopher Walken

Forest Whitaker

Steve Buscemi

Danny Trejo


KEM MUSIM PANAS YANG MENYEKSAKAN

Kesian betul tengok muka bebudak perempuan nie . Seksa bebenor jer gaya  kan . Kalau ler di negara kita  sebut  campaing  punyer ler seronok bebudak sekolah kan . Mau tak nyer nengok ler buat kat mana . Kalau tak kat  padang sekolah yang jarak nyer beberapa langkah tu jer pun ,, wat kat kat resort tepi sungai . Aduhai bestnyer  kan . Tapi berbeza sungguh kat Korea Selatan nie . Bebudak ni kena dera dah rupa time latihan tentera yang sah-sah ganas tu . Apa motif sebenar kanak-kanak comel nie diperlakukan sedemikian rupa idak ler Sis tau .



PENYANYI HIPHOP DIDAKWA MEROGOL


Kejam dan bernafsu setan bila seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular  didakwa sanggup merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam. Penyanyi yang  berusia 37 tahun tersebut pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu. “Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam. Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.


Sumber dari MyMetro

PENYANYI VETERAN MENINGGAL DUNIA


Takziah buat keluarga penyanyi era 70an , iaitu Latif Ibrahim bila dunia hiburan tanahair dikejutkan dengan pemergian penyanyi veteran tersebut yang meninggal dunia pada hari ini sekitar pukul 6.05 petang tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Allahyarham berumur 62 tahun . Berita sedih itu disahkan oleh adik Allahyarham sendiri iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Jenazah Allahyarham kini berada di IJN dan akan dibawa ke kediaman Allahyarham di No 1, Jalan AU 3/16B, Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dijangka akan dikebumikan pada malam ini juga.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari IJN pada Sabtu lalu. Penyanyi yang juga pelakon filem itu dikenali dengan lagu Nora dan filem seperti Sumber Ilhamku. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat duka ini .