SUPPORT PENAJA

Wednesday, 29 February 2012

KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN


Patut sangat pun kalau kerajaan berhasrat nak membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu dengan alasan kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini. Rais dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah. 

Badu - yang dikecam kerana bergambar menunjukkan tatu kalimah Allah dalam bahasa Arab di dadanya yang terdedah, di samping beberapa huruf bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid - sepatutnya mengadakan persembahan di Kuala Lumpur malam  ini .
Pembatalan konsert "Ratu Neo-Soul" itu dipercayai ekoran bantahan keras daripada pelbagai pihak, termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Pemuda PAS .

Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal.

"Apa yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu. "Namun demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum daripada Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik.

GOLONGAN TERBUANG DI INDIA


“Hijrah” atau “Jantina Ketiga merupakan salah satu kasta di India, Bangladesh, dan Pakistan. Mereka merupakan komuniti manusia atau hermaphrodites yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita. Jumlah populasi golongan ini dianggarkan 50,000 hingga 5 juta orang. Mereka adalah sebahagian daripada budaya Asia Selatan selama beribu-ribu tahun dahulu. Disebabkan perbezaan seksual mereka, mereka merupakan orang buangan sosial. Apabila korang bertemu golongan Hijrah di Bangladesh, anda boleh berasa bangga dengan kehadiran mereka kerana dalam mereka berbeza dari yang lain. 



Tuesday, 28 February 2012

SURAT KARANGAN BUDAK SEKOLAH YANG KASI PECAH PERUT

Hai korang sumer ..Camner hari ni .. ok tak mood ??? ..Bagi yang mood cun tu baguihhh ler yer .. tapi camner ler plak kat korang  yang mood hancurrr semacam jer ..Sure wat apa pun rasa tak best jer kan ..Adatler kan ada hari kita OK .. ..dan ada hari kita KO lak kan .. So bagi yang sedang KO tu Sis nak hadiah kat korang beberapa karangan serta surat yang Sis jumpa dan amat berbesar hati nak share gan korang . Harap pas selesai je baca  , mood korang yang sebelum ni dah lemau cam biskut cicah milo tu akan kembali mekar cam bunga matahari ..heehhe ..So apa lagi Jomler layan karangan pecah perut kat bawah nie ..


SURAT PENGAKUAN IKHLAS


KARANGAN PASAL HANTU


KARANGAN MELAMPAU 



KARANGAN YANG BIKIN OTAK SEWEL BILA BACA


SURAT CINTA BUDAK SEKOLAH RENDAH



SURAT MOHON CUTI YANG NTAH PE PE



KARANGAN UNTUK DATUK (1)


KARANGAN UNTUK DATUK (2)






PENGAWAL PERIBADI YANG TAK BOLEH DIHARAP


Hahaha ..Ingatkan dah pasang Body Guard selamat ler dari gangguan peminat yang ade berniat serong dan jahat.. Tapi salah rupanya. Mau tidaknya  Body Guard yang diharap boleh menolong , memangler dia tolong jugak .. tapi tolong lain ..Ishk ishk ishkkkk . Sungguh kurang asam boi punyer jantan .. Tapi  dalam hal nie , Sis nak salahkan kaum Adam jer pun tak leh jugak .. Nama pun jantan kan . Lain ler kalau jantan tu tak tulen .. , ntah - ntah Pak Lebai dan Ustaz pun boleh tergugat  iman ler , kalau berada kat tempat kejadian time tu .. Hehehe.
Insiden malang tersebut menimpa seorang penyanyi wanita yang  boleh  dikategorikan  terkenal  ler jugak kat Lubnan tu.  Tapi korang  kenal tak. ..

Ianya berlaku ketika artis tersebut yang bernama Haifa Wehbe diserbu oleh peminat beliau selepas selesai membuat satu persembahan . Time tu gak  ler Si Body Guard yang  kononnya berniat baik nak selamatkan si Haifa ,  tapi lain lak citer nya bila dia  plak amik kesempatan main touch-touch  si Haifa nie ..  Haa korang tau per terjadi next kat mamat tu .....Itu mamat sudah dapat angpau besar ler  ...Kena Pecat ler maknanya... Hahahah .. Padan Muka Engko ....Sape soh wat kejer tak senonoh tu .



BABAK GANAS DALAM KARTUN YANG KENA "CUT"



Kalau Sis sebut jer pasal watak-watak kartun dalam Warner Bros sure korang akan teringat tentang watak-watak yang comel sangat kan . Lonney Tunes dengan Bug and The Gang , Cayote dengan Road Runner nyer , Daffy Duck dan paling Sis suka watak Tom & Jerry .. Dan kalau korang perasan ler ,  yang paling menjadi trademark setiap watak tersebut adalah scene buli membuli . Betol tak ?? .. Bagi yang layan citer-citer kartun sure tau sangat dah kan  pe yang Sis dok bebel ni.. Ehehe .. Haaa ..Tapi pernah tak korang terbayang ,  di samping scene  buli membuli ni , sebenarnya  ada  babak-babak yang lebih sadis dan mengerikan tau.. Ada part berdarah - darah ler weyyy ... Tapi jangan risau sebab sumer scene tersebut telah pun diCUT ..  yela sah-sah amatlah  tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak kan.  So kalau tak caya wujudnya scene tersebut .. scrool ler down k ..  .