KATA orang artis milik masyarakat dan perlu menunjukkan muka manis setiap kali berdepan peminat. Bagaimanapun, jangan terlupa artis juga manusia biasa yang kadangkala dilanda ujian hebat dalam hidup.Inilah situasi yang menimpa pelawak dan pengacara popular, Dee. Ketika rakan SS bertemunya pada majlis sidang akhbar Program Mutiara Kasih Eksklusif Bersama Jamal Abdillah di Restoran Saloma, semalam, Dee meluahkan perasaan gelisah kerana ibunya sedang sakit.
Pelakon yang mencipta nama menerusi sitkom Jangan Ketawa ini beritahu ibunya, Sharifah Noor Syed Alwi Alhady, 83, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sejak seminggu sebelum perayaan Tahun Baru Cina akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Penyakit ini sering menyerang ibunya yang terpaksa keluar masuk wad dan kali ini paling serius sehingga ditempatkan di wad HDW. Disebabkan itu, Dee terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk melawat ibunya. Sebaik habis menjayakan persembahan di mana-mana tempat, dia akan balik kampung semata-mata untuk berada di sisi ibu tercinta.
Biarpun penat, Dee mengakui tidak kisah berbuat demikian kerana mengenangkan jasa ibu yang menjaganya sejak kecil hingga dewasa. Tambah lagi keadaan ibunya kurang sedar biarpun tidak koma. Mujurlah dia dibantu abang dan kakak yang tidak jemu-jemu menjaga ibunya, tidaklah dia terlalu terdesak sangat untuk berkejar ke sana sini. Tambahnya, dia turut berterima kasih dengan layanan baik yang diberikan semua kakitangan HSB dan doktor yang merawat ibunya dengan baik sekali. Dia sangat terharu dengan keikhlasan mereka merawat ibunya dengan rapi biarpun ada sesetengah pihak menganggap layanan yang diberikan tidak setaraf layanan hospital swasta. Namun yang agak membuatkan Dee risau ialah tanggapan peminat yang terserempak dengannya di HSB. Katanya, ada yang ingin beramah mesra dan bersalaman dengannya, tetapi dia tidak mampu melayan mereka kerana fikirannya runsing. Malah ada yang bertanya kenapa dia nampak sombong sedangkan dalam kaca TV dia sentiasa ceria. Justeru, Dee mohon maaf kepada peminat jika terasa dengan sikapnya dan pada masa sama dia reda dengan ketentuan Allah.
Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbuster, The Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.
Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).
"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh."Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan," tambahnya.
Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.
"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.
Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.
Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP
Gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Ritcher melanda kawasan berhampiran pantai Pasifik di tengah Peru awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS).
Gempa yang berlaku pada jam 12.11 pagi (waktu tempatan) itu berpusat kira-kira 23 kilometer di tenggara bandar Ica dengan kedalaman 39 kilometer dari aras laut.Pihak berkuasa Peru berkata, 112 orang telah dirawat bagi kecederaan selepas gempa bumi tersebut namun tiada kehilangan nyawa dan kejadian tsunami dilaporkan.
Pengarah pertahanan awam Cesar Chonate berkata 16 rumah mengalami beberapa kerosakan dalam gempa yang melanda .
Bandar tersebut telah mengalami kerosakan teruk disebabkan gempa bumi pada magnitud-8 pada bulan Ogos 2007 lalu dan juga mengalami kerosakan dalam gempa bumi pada bulan Oktober yang lalu.
Polis Diraja Malaysia PDRM menafikan khabar angin menyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia di London.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Bukit Aman percaya khabar angin itu disebarkan pihak tertentu yang berniat jahat. Tan Sri Ismail dilaporkan berada dalam keadaan baik.
Beliau yang berlepas ke United Kingdom, 25 Januari lalu dengan ditemani isteri, Puan Sri Suriati Md Sobri dijadual akan turut menyampaikan taklimat mengenai perkembangan keselamatan di Malaysia kepada pucuk pimpinan polis dan pasukan keselamatan negara itu.
Di KLUANG, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan penyebaran khabar angin itu sebagai satu fitnah jijik.
PUTRAJAYA - Semangat tinggi sekumpulan pelumba skuad basikal kebangsaan untuk mencatat masa terbaik dalam ujian pemilihan ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 bulan depan bagaimanapun berakhir dengan tragedi, semalam.
Empat daripada mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan berhampiran simpang empat di Kementerian Belia dan Sukan ketika sedang bertanding.
Akibat rempuhan yang kuat itu pelumba wanita elit kebangsaan, Mariana Mohamad cedera parah apabila dilanggar dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju oleh seorang wanita.Nahas yang berlaku pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan mangsa terpelanting dan patah tangan kiri, di samping mengalami luka di bahagian muka.
Rakan mangsa yang juga pelumba elit wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd. Radzi bersama dua lagi pelumba pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid cedera ringan di tangan serta jari.Kesemua mangsa diberi rawatan di Hospital Putrajaya di sini, bagaimanapun Mariana yang mengalami patah tangan dihantar ke Pusat Pakar Damansara untuk rawatan lanjut.
Menurut Masziyaton, ketika kejadian dia bersama Mariana berada di bahagian hadapan mendahului 50 pelumba lain sebelum sebuah kereta Kancil tiba-tiba melanggar mereka.
"Dari jauh saya sudah lihat kereta Kancil itu teragak-agak hendak lintas atau tidak pada hal waktu itu beberapa orang marsyal sudah menutup jalan untuk memberi laluan kepada kami.
"Tetapi tanpa disangka-sangka pemandu kereta itu bertindak memecut, nasib baik jarak saya dengan Mardiana agak jauh dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan," katanya diketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab menolak tanggapan bahawa kemalangan itu berlaku akibat kurangnya aspek keselamatan.
Katanya, PKBM bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mengawasipelumba sepanjang pemilihan itu diadakan.
"Selepas ini kami akan memikirkan kaedah lain untuk memastikan keselamatan mereka terutamanya ketika ujian pemilihan atau pun sesi latihan di mana kemungkinan alat penghadang akan digunakan untuk menutup laluan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.
MEREKA pernah mengumumkan bercinta. Itu momen manis kisah cinta yang terjalin antara Miera Liyana dan Shaz Jaszle atau kini lebih dikenali sebagai Shahrizal.
Namun setelah beberapa bulan menjalin hubungan cinta, ikatan cinta mereka itu kini dikatakan sedang berada di ambang peleraian. Miera dan Shahrizal didakwa sudah bergaduh!
Puncanya, Shahrizal yang didakwa curang! Dia dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain yang juga seorang pelajar jurusan perubatan. Meira menitipkan maklumat mengenai perkara itu ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, malah dia mengakui hubungannya dengan hero filem Azura 2012 itu kini berada dalam situasi tidak menentu.
Kosmo!: Adakah benar Miera dan Shahrizal sedang bergaduh seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini?
MIERA: Memang benar hubungan kami sekarang dalam situasi yang sangat sukar dan agak renggang. Bagi saya, itu adalah sesuatu perkara normal sekiranya pasangan kekasih bergaduh dan itulah yang kami alami. Kalau boleh saya tidak mahu menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku. Mungkin ini adalah disebabkan usia kami yang masih muda, tetapi sudah menjalinkan hubungan cinta.
Betulkan Shahrizal memang mempunyai wanita lain dan curang kepada Miera? Baru-baru ini ada seseorang telah bertemu dengan saya dan menceritakan segala-galanya termasuklah hubungan Shahz dengan gadis berkenaan. Namun, saya tidak mahu mendedahkan identiti individu tersebut.
Bagaimana Miera boleh mudah percaya dengan apa yang telah diceritakan itu? Saya akui pada mulanya sukar untuk mempercayainya memandangkan saya memang sedar ramai yang tidak menyukai hubungan saya dengan Shahz. Bagaimanapun, setelah saya tanya sendiri pada Shahz, akhirnya dia mengaku mempunyai hubungan dengan gadis yang dimaksudkan. Adakah Shahrizal cuba menghubungi Miera untuk meminta maaf terhadap kesilapan yang dilakukannya itu? Boleh dikatakan agak kerap juga dia menghubungi saya, tetapi hanya sesekali sahaja saya jawab panggilannya. Sekarang ini biarlah saya tenangkan fikiran dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Apa pun yang terjadi saya hanya anggap ini adalah sebagai satu dugaan yang cukup besar dalam hubungan percintaan kami berdua. Bagi saya perbuatan curang ini adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dimaafkan dan dilupakan sama sekali.
Benarkah dia ada meminta maaf kepada Miera menerusi laman sosial Twitter? Memang dia ada berbuat demikian dengan harapan saya membaca permintaan maafnya itu apabila saya tidak mahu menjawab panggilannya. Lagipun saya memang selalu mengemaskini status laman Twitter saya. Namun, tindakan yang cuba dilakukannya itu memang saya tidak suka kerana masalah peribadi tidak perlulah dihebahkan kepada semua orang. Sepatutnya dia haruslah fikir dahulu sebelum berbuat demikian. Saya anggap tindakannya itu seperti agak kebudak-budakan. Pada usia yang mencecah 25 tahun, dia perlu menjadi lelaki dewasa dan saya mahukan seorang lelaki matang untuk menjadi teman hidup saya. Jadi, apakah status hubungan anda berdua sekarang? Buat masa ini agak sukar untuk saya terangkan status hubungan kami, cuma perasaan sayang dan cinta terhadap dia masih lagi ada. Mungkin saya memerlukan masa untuk menilai semula tentang hubungan ini. Lagipun saya tidak mahu terlalu banyak membuat kenyataan kerana tidak mahu mengaibkan kekasih saya. Walaupun apa yang dia lakukan terhadap saya ini sangat mengguris hati dan perasaan saya.
Adakah pergaduhan kamu berdua ini sekadar gimik memandangkan filem Azura 2012 lakonan Shahrizal akan ditayangkan tidak lama lagi? Gimik? Rasanya kami tidak perlu berbuat demikian memandangkan masing-masing sudah bertapak kukuh dalam industri ini. Apakah projek terbaharu Miera sekarang? Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod iaitu Mulanya Di Sini untuk siaran RTM. Kemudian saya akan terbabit pula dalam sebuah filem arahan Mamat Khalid yang berjudul Amir Dan Lokman Ke Laut dan ia merupakan filem lakonan saya yang kelima.
Ceciter percaya sure uolls masih dok berciter-citer bergosip-gosip pasal pertandingan Juara Lagu 26 malam tadi kan . Ade yang puji puas ati dan juga konpem ade yang dok kutuk tak puas ati kan . Betol tak hehe. Ala nama pun pertandingan kan.Kalu calon-calon artis uolls tak menang tu nak wat camner.Takde rezeki.Lain kali soh cuber lagi yer..
Bagi Ceciter lak takde pe nak komen lelebey tapi just nak bagi thumb up ler wat TV3 sebab berjaya membuat Ceciter tak berkelip mata gak le dek pentas yang kelas gitu.Mau taknyer siap ada hujan , guruh , tapi yang paling best ade le plak akuarium besar kat situ, siap ada ikan besar dan penyu berenang-renang.haha. Tapi dalam dok terkagum tu risau pun ade maklumler pentas basah kan , risau bebeno ler nengok mana ler tau ada ler plak yang tergolek comel atas tu . Especially buat penyanyi wanita yang glams gitu.. Nasib baik ler sume selamat kan .Kalu tak mau front page le dalam paper arini.Opss..!! Melalut kuar topik ler plak .sowey yer . Pepe pun kemuncak AJL 26 malam tadi memang antara yang terbaek ler.
Daripada 12 buah lagu yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26, hanya 5 lagu bertuah yang berjaya merangkul anugerah iaitu Juara Lagu 26, Naib Juara Lagu 26, Tempat Ketiga Juara Lagu 26, Persembahan Terbaik dan juga Vokal Terbaik.
Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, Hafiz yang outfitnya paling sempoi setelah berjaya merangkul trofi Juara Lagu AJL 26 dengan lagunya, “ Awan Nano”. Dia turut merangkul trofi Vokal Terbaik sekaligus mencipta sejarah sekali lagi.Lagu tersebut yang dipersembahkan oleh Hafiz AF7 telah dicipta oleh gandingan mantap Komposer Dato' M.Nasir selaku penulis lirik dan penggubah lagu Budi Hekayat.
Pujian harus diberikan buat Hafiz. Memang layak ler dia menang pun . Penghayatan lagu Awan Nano dengan penuh beremosi berserta lontaran suara power tapi paling tak tahan siap lari turun peluk Herman Tino tu memang cukup mengagumkan ler.
Tidak ketinggalan, “Beribu Sesalan” yang dibawa oleh 3 Suara turut berjaya merangkul Naib Juara AJL 26 dan ini telah menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat.
Manakala Faizal Tahir yang membuat gimik siap bayar piano nasib baik tak terbako pentas , pula berjaya merangkul trofi tempat ketiga AJL 26 dengan lagu “Karma”.
Persembahan Terbaik pula dirangkul oleh Alyah dengan lagunya berjudul Kisah Hati.Alyah yang mempamer persembahan dah rupa patung muzik box tu bagi Ceciter memang layak ler terima anugerah tu.
Berikut adalah senarai penuh lagu yang berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu 26 .
Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz bawa pulang trofi dan wang tunai RM 35,000
Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara bawa pulang trofi dan wang tunai RM 15,000
Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir pula akan membawa pulang RM12,000
Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000
Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000
Keseluruhannya, AJL 26 kali ini membawa tahap penganjuran anugerah ini ke satu peringkat yang lebih baik. Pencahayaan yang begitu cemerlang mengiringi set yang cukup menarik. Seluruh kru produksi AJL 26 seharusnya berbangga atas pencapaian yang telah mereka kecapi berkat kerja keras dan penah lelah mereka. Pepepun Ceciter nak ucapkan tahniah pada sume yang terlibat atas persembahan yang menarik serta menghiburkan .
Sebelum ini Ceciter ada share mengenai bunyi aneh dari langit yang mengemparkan dunia masa kini dan negara kita tak ketinggalan dihantui dengan bunyi tersebut . Susulan dari itu nampaknya pihak berkuasa mengambil pendekatan pro-aktif dalam menyiasat insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu.
Ia sekali gus menunjukkan dakwaan tersebut serius dan bukanlah satu bahan lawak.Walaupun penjelasan mengenainya masih ‘tergantung’, namun banyak pihak yang menganggapnya satu bahan gurauan terutama di laman Facebook.Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, satu pasukan telah pun ditubuhkan yang diketuai Dr. Mustafa Subari dari Agensi Angkasa Negara bagi mengkaji bunyi yang didakwa.
Beliau berkata, pihaknya ada bertanya kepada Jabatan Meteorologi namun mereka tidak dapat memberikan penjelasan berhubung bunyi aneh itu.” Menurut pengarahnya, mereka tidak dapat menjelaskan mengenai perkara itu, ia bagaimanapun tidak ada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Sumatera baru-baru ini,” kata Fadhillah yang dipetik dari The Borneo Post.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, beliau sudah bercakap dengan salah seorang saksi kejadian dan pasukan yang ditubuhkan akan menemui saksi itu dalam masa terdekat.Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Selain itu sebelum itu seorang mufti dari Perak Tan Sri Harussani Zakari menyifatkan kejadian tersebut sebagai suatu amaran buat semua umat manusia di akhir zaman ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.
“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…
“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.
Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.
“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.
“Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…
“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.
Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.
Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.
Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.-
Semua orang dok tanya sane.. tanya sini.. dok cari sana..dok cari sini ..semua nak tahu..kenapa la Jac yang nyanyikan lagu Sedetik Lebih yang memang da melekat pada Anuar Zain ni...
Aduooiii haii... CECITER pun penat gak usha-usha...macam-macam sumber yang dapat...tapi ape yang leh CECITER ringkas kan kat sini sebab musabab yang ber bab-bab kenapa Anuar Zain kite di gantikan oleh Jac.
Lagu Sedetik Lebih dari hasil nukilan dan gubahan bunga lagu oleh Edry KRU telah layak untuk ke AJL-26. Tapi problemnye mak senah... Abang Anuar kite tak pat nak nyanyi lagu tu.. mungkin die busy, sibuk or busybody mase tu kot...Tak la...sebenarnya abang Anuar kite memang da tak nak join pertandingan nyanyi-nyanyi ni..even karoke pun tak nak..apetah lagi karoke jamban..hikk ( tu CECITER suke )
Edry pun tak kisah dan hormat keputusan Anuar..Tapi bile la abang Anuar da tak nak nyanyi lagu tu untuk AJL 26 terpaksa la cari pengganti untuk nyanyikan lagu tu nanti...pikir dok pikir..akhirnye Jac terpilih... Maybe sebab Jac nye suara ala-ala gemersik ber krim kot..kot la...bukan kot lain k..
Tapi bagi CECITER.. Lagu tu sedap bile dinyanyikan oleh Anuar...sebab lagu tu biar tone lemak-lemak merdu gitu bukan lemak-lemak nyaring...eh..lemak ke lunak ek..tak kisah la..
Tapi mungkin telinga kite juga selalu di limpahkan dengan suara Anuar nyanyi lagu tu kot..sampi kite rase.. memang die sorang saje yang sesuai...
Ape-ape pun tunggu je la nanti Jac nye kePOWERan suare die lak k...jgn marah-marah..
Lagi pun...AJL ni nak pertandingkan lagu je kan...tak kisah la sape pun penyanyi die...tapi maybe tanggungjawab penyanyi tu yang da diberikan lagu tu penting gak...eh..tak kisah la..
Sekarang ni hangat perkatakan tentang AJL ke-26 yang akan bersiaran esok ( 29 Jan 2012 ) secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, dan akan disiarkan kat TV3 le...
Video Promo AJL 26
Pesaing kali ni memang hangat-hangat belaka...dan CECITER pun tak sabar nak tengok...mane tak nye..tiket cepat gile habis cam pisang goreng panas..ramai la yang balik kecewa weh...CECITER dok kat TV je la...heheeeee...
Konsep AJL kali ni adalah berkonsepkan elemen air..
Antara artis yang bakal berentap...
1-KALAU BERPACARAN – Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate
2-KARMA – Faizal Tahir
3-PENAKUT – Yuna
4-SEDETIK LEBIH -Anuar Zain/Jaclyn Victor
5-AWAN NANO – Hafiz AF7
6-CINTA MUKA BUKU – Najwa Latif
7-WANITA SELURUH DUNIA – Projek Pistol
8-BERIBU SESALAN – Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura