Menurutnya, akaun itu yang turut menggunakan nama Aznil Haji Nawawi bukan miliknya.
“Saya cukup terkejut selepas pengikut di Twitter memberi mesej dia keliru dan tidak tahu yang mana satu akaun sebenar saya.
“Saya amat terkilan selepas mendapati tweet yang dikeluarkan pemilik palsu itu banyak berunsur fitnah,” katanya ketika dihubungi .
Selain itu, Aznil juga mendapati pemilik akaun itu banyak mengikuti akaun tokoh-tokoh politik, malah menggunakan kesempatan itu untuk berhubung dengan mereka.Jangan main-main sama Pak Nil! Setelah peringatan untuk menutup akaun Twitter palsu tidak diendahkan, akhirnya pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Haji Nawawi nekad untuk membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut.
Menurut pengamatan kami, akaun palsu yang menggunakan handle @AznilHjNawawi ini hanya mengutarakan isu berkenaan politik semasa tempatan. Keadaan ini boleh mengundang bahaya kepada Pak Nil sekiranya dia membiarkan ia berlarutan.
Ramai pihak boleh salah faham dengan apa yang dikatakannya. Harap-harap perkara ini menjadi iktibar buat semua. Tak ada gunanya menjadi penyamar. Hanya menambahkan dosa saja.
No comments:
Post a Comment