SUPPORT PENAJA

Thursday, 19 January 2012

FUYOO .. AKHIRNYA SELEPAS 7 TAHUN AZWAN ALI & UMMI HALFIDA BERDAMAI




Syukurlah Azwan Ali serta adiknya Ummi Halfida kembali berdamai . Selepas heboh  berkenaan ugutan bunuh iaitu Tangkap , Kerat dan Bakar yang dibuat oleh Azwan Ali dalam laman twitter terhadap Ummi hangat di paparkan dalam berita serta akhbar nampaknya Azwan Ali sudah sedar dan insaf dengan tindakannya.. “Saya buat begini kerana memikirkan emak yang mahu melihat anak-anaknya kembali bersatu sebagai satu keluarga. Saya harap dengan adanya sidang media ini, semuanya akan terhenti di sini dan tiada lagi isu mengaitkan saya dan Ummi Hafilda.Sebelum ini, Ummi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri. Dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu. Dalam pada itu, akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.

“Mulai saat ini (17 Januari 2012), saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi dengan segala perkataan yang kesat dan keji tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang abang. 
“Sebagai manusia, saya akui sebagai hamba yang lemah dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, saya akui sudah tersilap membuat andaian negatif terhadap dia semata-mata hanya bersandarkan hasutan manusia tidak bertanggungjawab serta mempunyai agenda tersembunyi yang saya tidak sedar ketika itu,” kata personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali.

Tampil dengan pengakuan bersumpah yang ditulisnya sendiri untuk tidak memburukkan lagi adiknya itu dan melupakan konflik yang berlaku sebelum ini, Azwan menyifatkan apa yang berlaku antara saudara kandungnya sebagai masalah keluarga dan ia sudah selesai dengan permohonan maaf secara terbuka kepada Ummi Hafilda.
Katanya, sebagai abang, dia memohon jutaan maaf kepada Ummi dan ibunya, Che Tom Yahya di atas apa yang berlaku dan berharap hal kekeluargaan seperti itu akan terjawab dengan pengakuan sumpah berkenaan.


Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter, Jumaat lalu. Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda. Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.




No comments:

Post a Comment