SUPPORT PENAJA

Thursday, 12 January 2012

FUYOO.. ASKAR AMERIKA BERSIKAP BIADAP





Lagi skandal  melibatkan tentera Amerika berlaku di Afghanistan apabila video menunjukkan 3 orang askar Amerika kencing kearah mayat beberapa lelaki yang dipercayai pejuang Taliban. 
Didalam video 40 saat tersebut  boleh didengari askar Amerika mentertawakan mayat pejuang Taliban sebelum kencing diatas mereka. 
Salah seorang diantara askar tersebut sempat berkata "Have a good day buddy"


Pihak Pentagon hari ini mengeluarkan kenyataan yang mereka akan melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan video tersebut. Ini bukanlah skandal pertama membabitkan askar Amerika. Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kewujudan "Death Squad" yang membunuh orang awam secara rawak bagi membalas dendam rakan mereka yang mati dibunuh pihak insurgen. Selepas itu insiden askar Amerika membunuh kambing dengan kayu baseball pula tersebar dan juga kekejaman di Guantanamo Bay .




1 comment: