Anda mungkin sering mengalami apa yang namanya dikatakan kecewa atau pun frust akibat putus cinta. Memang sesuatu perjalanan cinta itu kadangkala tidak berlaku seperti yang kita bayangkan. Mempersatukan perbezaan - perbezaan, atau prinsip di antara dia dan anda sering kali menyebabkan jalinan asmara berakhir di tengah jalan.
Tapi bukan itu sahaja yang menyebabkan putus cinta, ada banyak faktor yang menyebabkan putus jalinan tali asmara. Lalu apasaja penyebab paling biasa berakhirnya jalinan cinta seseorang? :
Ketidakserasian
Mungkin awalnya mereka boleh menerima perbezaan masing - masing dalam segala hal, dengan maksud hubungan akan semakin menarik dan menjadi cabaran tersendiri. Tapi ketika hubungan sudah mula berlanjutan ke tahap yang lebih serius, ketidakserasian kerana perbezaan sering kali jadi titik konflik dan batu sandungan yang menyebabkan berakhirnya hubungan.
Pacaran jarak jauh (LDR)
Menjalani hubungan jarak jauh tanpa adanya komunikasi yang mendedah boleh menyebabkan memudarnya rasa cinta yang dimiliki masing - masing pasangan. Akibatnya saat keduanya bertemu muka seperti berhadapan dengan orang asing atau orang yang baru dikenalnya. Hingga menyebabkan jalinan cinta tak boleh berlangsung sampai ke jinjang perkahwinan. Kerana timbulnya perasaaan curiga masing - masing pasangan saat menjalani LDR.
Hilangnya kepercayaan
Kepercayaan pada pasangan masing - masing adalah kunci utama jalinan cinta agar tetap mulus, tapi ketika kepercayaan hilang akibat cemburu buta atau salah satu dari pasangan berselingkuh, hal ini menjadi penyebab putusnya tali asmara.
Timbul kebosanan
Timbulnya rasa bosan dan keinginan untuk segera menamatkan hubungan adalah salah satu momok penyebab putus cinta. Faktor penyebabnya mungkin kehilangan minat pada salah satu pasangan yang awalnya terasa begitu membara, tapi dalam tempoh tertentu boleh saja menjadi kaku, canggung dan sejuk atau terasa hambar kerana telah pudar.
No comments:
Post a Comment