Kejadian yang amat menakjubkan ini berlaku di Hanover , Jerman. Dengan kekuasaan Allah siapa sangka gambar yang uolls lihat diatas ini iaitu gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya hanya baru sahaja 15 minggu rupanya masih berpeluang untuk hidup hingga kini. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu? Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6 bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?
No comments:
Post a Comment